1747

 
Rencana ini adalah berkenaan dengan tahun 1747. Bagi kegunaan lain, sila lihat 1747 (nombor).


Milenium: milenium ke-2
Abad:
  • abad ke-17
  • abad ke-18
  • abad ke-19
Dekad:
  • 1720-an
  • 1730-an
  • 1740-an
  • 1750-an
  • 1760-an
Tahun:
  • 1744
  • 1745
  • 1746
  • 1747
  • 1748
  • 1749
  • 1750

1747 merupakan tahun biasa yang bermula pada hari Khamis dalam kalendar Gregory.


Peristiwa

Januari - Jun

9 April: Lord Lovat.
  • 31 Januari - Klinik penyakit kelamin yang pertama dibuka di London Lock Hospital.
  • 11 Februari - Angkatan tentera gabungan Perancis dan India yang diketuai oleh Coulon de Villiers menyerang askar British di Grand Pré, Nova Scotia.
  • 9 April - Lord Lovat, penyokong Jakobitisme Scotland, dipancung kepala dengan kapak di Tower Hill, London, kerana penderhakaan. Beliau merupakan orang terakhir yang dihukum mati dengan cara itu di Britain.
  • 14 Mei - Perang Pewarisan Austria: Pertempuran pertama Tanjung Finisterre.
  • 9 Jun - Maharaja Momozono mewarisi Maharaja Sakuramachi dan naik takhta di Jepun

Julai - Disember

Tarikh tidak diketahui

James Lind & skurvi.
  • Kandahar ditaklukkan oleh Ahmad Shah Durrani dan dijadikan ibu kota yang pertama kepada Negara Afghan yang baru merdeka.
  • James Lind menemui bahawa buah sitrus dapat mencegah penyakit skurvi.
  • Perang Pewarisan Austria: Tentera Sepanyol menyerang dan menaklukkan kota-kota pinggir laut di Beaufort dan Brunswick yang terletak di Royal Colony of North Carolina (Koloni Diraja Carolina Utara) semasa apa yang kini dikenali sebagai Spanish Alarm (Kecemasan Sepanyol). Mereka kemudian diusir oleh tentera awam tempatan.

Peristiwa yang sedang berlangsung

  • Perang Pewarisan Austria (1740-1748).
  • Samuel Johnson mula mengerjakan A Dictionary of the English Language (Kamus Bahasa Inggeris).

Kelahiran

  • 15 Januari - John Aikin, doktor dan penulis Inggeris (maut 1822)
  • 19 Januari - Johann Elert Bode, ahli astronomi Jerman (maut 1826)
  • 26 Januari - Samuel Parr, guru besar Inggeris (maut 1825)
  • 19 Februari - John "Walking" Stewart, pengembara dan ahli falsafah Inggeris (maut 1822)
  • 21 Februari - Eugenio Espejo, ahli sains Ecuador (maut 1795)
  • 5 Mei - Leopold II, Maharaja Rom Holy (mangkat 1792)
  • 6 Julai - John Paul Jones, kapten angkatan tentera laut Amerika Syarikat (maut 1792)
  • 9 September - Thomas Coke, biskop Gereja Methodist Amerika Syarikat yang pertama (maut 1814)
  • 8 Oktober - Jean-François Rewbell, ahli politik Perancis (maut 1807)
  • 12 Disember - Anna Seward, penulis Inggeris (maut 1809)
  • Tarikh tidak diketahui
    • François Tourte, pembuat alat muzik Perancis (maut 1835)
    • Francis Salvador, setia negarawan Amerika Syarikat (maut 1776)

Kematian

  • 16 Januari - Barthold Heinrich Brockes, pemuisi Jerman (lahir 1680)
  • 16 Mac - Christian Augustus dari Anhalt-Zerbst, bapa Catherine II dari Rusia (lahir 1690)
  • 23 Mac - Claude Alexandre de Bonneval, askar Perancis (lahir 1675)
  • 2 April - Johann Jacob Dillenius, ahli botani Jerman (lahir 1684)
  • 7 April - Leopold I, Putera dari Anhalt-Dessau, Marsyal Tentera Darat Prusia (lahir 1676)
  • 9 April - Simon Fraser, Lord Lovat Ke-11, ketua puak Scotland (lahir kk. 1667)
  • 9 Mei - John Dalrymple, Earl Kedua dari Stair, askar dan diplomat Scotland (lahir 1673)
  • 28 Mei - Luc de Clapiers, marquis de Vauvenargues, penulis Perancis (lahir 1715)
  • 31 Mei - Andrei Osterman, negarawan Rusia (lahir 1686)
  • Jun - Nadir Shah, ketua Parsi (lahir 1688)
  • 19 Jun - Alessandro Marcello, penggubah Itali (lahir 1669)
  • 9 Julai - Giovanni Bononcini, penggubah Itali (lahir 1670)
  • 10 Oktober - John Potter, Ketua Biskop Canterbury (lahir kk. 1674)
  • 17 November - Alain-René Le Sage, penulis Perancis (lahir 1668)
  • 2 Disember - Vincent Bourne, sarjana klasik Inggeris (lahir 1695)