1973 di Malaysia
| |||||
Dekad: |
| ||||
---|---|---|---|---|---|
Lihat juga: |
|
1973 di Malaysia
16 tahun kenegaraan
Penyandang
Peringkat persekutuan
- Yang di-Pertuan Agong: Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah Kedah
- Raja Permaisuri Agong: Sultanah Bahyah Kedah
- Perdana Menteri: Tun Abdul Razak
- Timbalan Perdana Menteri:
- Tun Dr Ismail (sehingga 2 Ogos)
- Tun Hussein Onn (dari 2 Ogos)
Peringkat kebangsaan
- Sultan Johor: Sultan Ismail
- Sultan Kedah: Tunku Abdul Malik (Raja Muda)
- Sultan Kelantan: Sultan Yahya Petra (Timbalan Yang di-Pertuan Agong)
- Raja Perlis: Tuanku Syed Putra
- Sultan Perak: Sultan Idris Shah II
- Sultan Pahang: Sultan Abu Bakar
- Sultan Selangor: Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah
- Sultan Terengganu: Sultan Ismail Nasiruddin Shah ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin
- Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan: Tuanku Jaafar
- Yang di-Pertua Negeri (Gabenor) Pulau Pinang: Tun Syed Sheikh Barabkh
- Yang di-Pertua Negeri (Gabenor) Melaka: Tun Haji Abdul Aziz bin Abdul Majid (dari Ogos)
- Yang di-Pertua Negeri (Gabenor) Sarawak: Tun Tuanku Bujang Tuanku Othman
- Yang di-Pertua Negeri (Gabenor) Sabah:
- Pengiran Tun Ahmad Rafee (sehingga Mac)
- Tun Fuad Stephens (dari Mac)
Peristiwa
Januari
- 21 Januari - Pelawak dan pelakon terkenal, A. R. Tompel cedera parah dan dimasukan ke wad kecemasan Hospital Kuala Lumpur kerana terlibat dalam satu kemalangan jalan raya.
Februari
- Februari - KFC Malaysia membuka cawangan pertamanya di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur.
- 14 Februari - Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) ditubuhkan.
Mac
- 15 Mac - Ampang Park, pusat beli-belah pertama Malaysia dibuka kepada umum.[1][2]
April
- 1 April - RTM meraikan ulang tahun ke-27.
Mei
- 21 Mei - Pembukaan rasmi Jambatan Rantau Panjang-Sungai Golok di sempadan Malaysia-Thailand di Kelantan.
- 29 Mei - P. Ramlee meninggal dunia.[3][4][5]
Jun
Julai
- 6 Julai - Pembukaan rasmi Kuala Lumpur Hilton oleh Perdana Menteri, Tun Abdul Razak.
Ogos
- 2 Ogos - Timbalan Perdana Menteri Tun Dr Ismail meninggal dunia. Beliau dikebumikan di Makam Pahlawan, berdekatan dengan Masjid Negara, Kuala Lumpur. Beliau adalah pemimpin negara pertama yang disemadikan di sini.
September
Oktober
- 18 Oktober - Sekurang-kurangnya 42 orang, kebanyakannya kaum India, telah terkorban apabila 200 kaki panjang batu kapur papak jatuh dari tebing runtuh dan terhempas ke sebuah kampung di Gunung Cheroh, Ipoh, Perak.[6]
November
- 5 November - Pada 1 Februari 1972, Kuala Lumpur telah diberi status bandar dan Tan Sri Dato' Lokman Yusof menjadi Datuk Bandar Kuala Lumpur pertama. Pada 5 November 1973 jam 6:30 pagi, KL FM bermula sebagai Radio Malaysia Ibu Kota majlis pelancaran secara rasmi memulakan penyiaran berkedudukan dan berpusat di Kuala Lumpur, bandar raya terbesar dan ibu kota negara di Malaysia oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur ke-3, Yaakob Latiff memulakan siaran rasmi dengan melancarkan rancangan pertama bertajuk Hiburan Pagi. Ia adalah untuk menyesuaikan dengan penubuhan Kuala Lumpur sebagai Wilayah Persekutuan yang mengandungi lebih kurang 2 juta penduduk terdiri dari pelbagai bangsa dan agama serta corak kehidupan dan pekerjaan. Radio Malaysia Ibu Kota beroperasi setiap hari mulanya menerusi gelombang sederhana 800 KHz dalam dua sesi iaitu jam 6:30 pagi sehingga 9:00 pagi dan 4:00 petang sehingga 7:00 malam. Waktu siaran ketika itu seolah-olah ditujukan kepada pemandu kenderaan, penumpang bas dan kenderaan awam yang minta dihiburkan kerana menghadapi kesesakan lalu lintas. Atas sokongan dan minat orang ramai waktu siarannya telah dilanjutkan selama 9 jam bermula dari jam 6:00 pagi sehingga 9:00 pagi dan 1:00 tengah hari sehingga 7:00 malam dan siaran dari Wisma Radio, Angkasapuri Kota Media, Kuala Lumpur. Radio Malaysia Ibu Kota mula ke udara sehingga penyiaran berkedudukan dan berpusat di Kuala Lumpur dan siaran dari Kuala Lumpur. Kawasan penyiaran ini hanya terhad kepada Kuala Lumpur, ibu negara Malaysia sahaja dan bersiaran di Kuala Lumpur. Pada 1 Februari 1974, Kuala Lumpur menjadi Wilayah Persekutuan yang dinamakan sebagai Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan sebelum ini ia merupakan sebahagian daripada negeri Selangor.
Masa Siaran | Segmen |
---|---|
06:30 - 07:00 | Hiburan Pagi |
07:00 - 07:10 | Berita |
07:10 - 07:17 | Berita Ibu Kota dan Cuaca Kuala Lumpur |
07:17 - 08:00 | Sambil Sarapan |
08:00 - 08:05 | Harga Barang-Barang |
08:00 - 08:59 | Sambil Sarapan |
16:00 - 17:00 | Hiburan Rancak |
17:00 - 17:10 | Berita |
17:10 - 17:15 | Selingan |
17:15 - 17:22 | Berita Ibu Kota dan Cuaca Kuala Lumpur |
17:22 - 17:30 | Harga Barang-Barang |
17:30 - 18:00 | Bincang Pujaan |
18:00 - 18:59 | Hiburan Petang |
Disember
- 28 Disember - Televisyen Malaysia dan RTM1 (juga dikenali sebagai TV1) meraikan ulang tahun ke-10.
Hari Kebangsaan
Tema
Masyarakat Berkebudayaan Malaysia
Kelahiran
- 1 Januari - Lokman Noor Adam – ahli politik
- 1 Januari - Salleh bin Ramli - penyanyi nasyid (meninggal dunia 2001)
- 11 Januari - Syafinaz Selamat – penyanyi
- 13 Januari - Asey - penerbit filem (meninggal dunia 2019)
- 24 Februari - Aie - pelukis, penulis, kartunis (meninggal dunia 2021)
- 6 Mac - Janet Khoo — Pelakon
- 7 Mac - Fauzi Nawawi – Pelakon
- 7 Mac - Zul Yahya – Pelakon
- 9 Mac - Rozita Che Wan – pelakon
- 12 Mac - Khir Rahman - pelakon
- 22 Mac - Tuanku Zara Salim Davidson — Raja Permaisuri Perak
- 29 Mac - Wilma Muhammad – pelakon
- 4 April - Ahmad Fathan Mahmood - ahli politik
- 13 April - Suhaizan Kaiat - ahli politik
- 14 April - Asheed (Def-Gab-C) - penyanyi kumpulan Def Gab C
- 18 April - Rina Mohd Harun - ahli politik
- 5 Mei - Nazrin Hassan – ahli perniagaan (meninggal dunia 2018)
- 17 Mei - Zizan Nin — Pelakon
- 25 Mei - Hashim Rejab — pengarah, penolong pengarah
- 6 Jun - V. Ganabatirau - ahli politik
- 8 Jun - Huzir Sulaiman – pelakon, pengarah
- 15 Jun - Yusry KRU — Penyanyi, pelakon dan ahli kumpulan KRU
- 19 Jun - Gobind Singh Deo — Ahli politik, peguam dan Ahli Parlimen Puchong, Selangor
- 25 Jun - Tengku Zafrul Tengku Aziz - eksekutif perniagaan, ahli politik
- 26 Julai - Nora (penyanyi) - penyanyi
- 26 Ogos - Edrie Hashim - pemuzik, komposer
- 6 September - Zaid bin Dato' Zahari - pelakon, penerbit, pengarah, penulis skrip
- 8 September - Ezany Nizariff – pelakon
- 8 September - Acong Sweetchild — penyanyi
- 13 September - Kuza Muzani - pelakon
- 14 September - Tam Spider – penyanyi, komposer, vokalis Kumpulan Spider
- 1 Oktober - Vanidah Imran - pelakon
- 2 Oktober - Shawn Baharin – penyanyi
- 22 Oktober - Melati Shukor - penyanyi
- 24 Oktober - Rashidi Ishak — Pelakon
- 5 November - Rabia Abdul Salam - atlet lari pecut (meninggal dunia 1994)
- 13 November - Zarul Umbrella – penyanyi, pramugara, pelakon, vokalis Kumpulan Umbrella
- 13 November - Mas Anizan - pelakon
- 20 November - Joey Daud — pelakon, penyanyi, pelawak
- 23 November - Qazem Nor - pelakon
- 26 November - Watt Marcus — Pemuzik, ahli kumpulan Masterpiece
- 2 Disember - Lola XPDC — bekas drummer kumpulan XPDC
- 3 Disember - Adam Hamid — pelakon, pengarah
- 7 Disember - Tuanku Nur Zahirah – Raja Permaisuri Agong ke-13
- 13 Disember - James Lee – pengarah filem
- 13 Disember - Nana Nurgaya – penyanyi, pelakon
- 15 Disember - Azadan Abdul Aziz - penyanyi nasyid Rabbani
- 25 Disember - Chong Sin Woon - ahli politik
Tarikh tidak diketahui
- Z Chen — Penyanyi Cina Malaysia
- Angie Cheung — Pelakon Cina Malaysia dan bekas Miss Chinese Malaysia
- Bernard Chauly — pengarah filem
- Osman Ali — pengarah filem, penulis skrip
- Shajiry — penyanyi, pelakon
- Audi Mok — pemuzik, penggubah lagu, penerbit muzik
- Yus Murai — pelakon
- Rosdeen Suboh — pelakon, pensyarah
Kematian
- 30 Januari - AR Tompel — Pelakon dan pelawak veteran
- 31 Januari - Tun Mohamed Salleh Ismael — Ketua Polis Negara
- 8 April - Tengku Ampuan Jemaah Selangor — Raja Permaisuri Agong kedua
- 29 Mei - Tan Sri P. Ramlee — Pelakon, penyanyi dan pengarah veteran
- 23 Oktober - Zaaba — Tokoh cendekiawan Melayu
Lihat juga
Rujukan
- ^ Chan, Richard (28 August 2004). "Knowing the retailer's mind". New Straits Times. Dicapai pada 9 March 2008.
- ^ "Pusat beli-belah Ampang Park dibuka kepada umum", Berita Harian, 16 Mac 1973.
- ^ "Actor P. Ramlee dies", The Straits Times, May 30, 1973.
- ^ "P. Ramlee meninggal dunia", Berita Harian, 30 Mei 1973.
- ^ "P. Ramlee meninggal dunia akibat serangan jantung", Utusan Malaysia, 30 Mei 1973.
- ^ "Mereka akan terus bersemadi di sini". Berita Harian. 20 Oktober 1973. m/s. 1. Dicapai pada 27 Oktober 2020.