Ahmad Yahaya
Yang Berhormat Ustaz Dato' Ahmad Yahaya DSDK (Kedah) | |
---|---|
Anggota Parlimen Malaysia untuk Pokok Sena, Kedah | |
Penjawat kini | |
Memegang jawatan 19 Disember 2022 | |
Didahului oleh | Mahfuz Omar |
Ketua Dewan Ulamak PAS Malaysia | |
Penjawat kini | |
Memegang jawatan 2021 | |
Timbalan | Zulkifli Ismail |
Didahului oleh | Nik Muhammad Zawawi Salleh |
Pesuruhjaya PAS Negeri Kedah | |
Penjawat kini | |
Memegang jawatan 2019 | |
Didahului oleh | Ahmad Fakhruddin Fakhrurazi |
Ahli Dewan Negara | |
Dipilih oleh Dewan Undangan Negeri Kedah | |
Dalam jawatan 25 Ogos 2020 – 1 November 2022 | |
Anggota Dewan Undangan Negeri Kedah untuk Alor Mengkudu | |
Dalam jawatan 2013–2018 | |
Didahului oleh | Ismail Salleh |
Digantikan oleh | Phahrolrazi Mohd Zawawi |
Butiran peribadi | |
Lahir | Ahmad bin Saad @ Yahaya Jitra, Kedah |
Parti politik | Parti Islam Se-Malaysia |
Sekutu gabungan politik lain | (2020-kini) |
Kediaman | Alor Setar, Kedah |
Pekerjaan | Pendakwah |
Ustaz Dato' Ahmad bin Saad @ Yahaya (Jawi: احمد @ سعد بن يحيىcode: ms is deprecated ) ialah seorang ahli politik Malaysia berbangsa Melayu dari Parti Islam Se-Malaysia. Beliau merupakan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Alor Mengkudu, Kedah bertanding di atas tiket PAS. Di peringkat parti, beliau merupakan Pesuruhjaya PAS Negeri Kedah, Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat dan Yang Dipertua PAS Kawasan Alor Setar.
Latar belakang
Ahmad Yahaya merupakan seorang lulusan Ijazah Sarjana Muda Ilmu Dakwah dari Universiti Islam Riau di Indonesia. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Anak-Anak Tentera, Tok Jalai dan menyambung pengajian ke Madrasah At-Taufiqiah Batu 16 atau lebih dikenali sebagai Pondok Pak Ya.
Politik
Ahmad Yahaya melibatkan diri dalam politik sejak tahun 1997. Beliau pernah diberi kepercayaan sebagai Ketua Dewan Pemuda PAS Alor Setar, Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah, Exco Dewan Pemuda PAS Malaysia, Setiausaha Dewan Ulamak PAS Kedah, Setiausaha Muassasah Darul Ulum, Pengerusi Lajnah Tarbiyah, Pengerusi Lajnah Pendidikan PAS Kedah serta Setiausaha Lajnah Pendidikan PAS Pusat.
Sementara itu, jawatan yang masih disandang sebelum beliau dilantik sebagai pesuruhjaya, antaranya Timbalan Ketua Dewan Ulama PAS Negeri Kedah, YDP PAS Kawasan Alor Setar dan diberi kepercayaan menjadi Pengerusi Pertubuhan Hal Ehwal Sekolah Agama Kedah (HESA). Selain itu, beliau juga merupakan ahli jawatankuasa Dewan Ulamak PAS Pusat.
Pilihan raya
Tahun | Kawasan | Individu | Undi | Lawan | Undi | Peratusan Mengundi | Majoriti |
---|---|---|---|---|---|---|---|
2013 | DUN Alor Mengkudu, Kedah | Ahmad Yahaya (PAS) | 11,453 | Sharifah Maznah Syed Kassim Barakbah (BN-UMNO) | 9,588 | 85.60% | 1,865 |
Fadzil Hanafi (Bebas) | 325 | ||||||
2018 | DUN Alor Mengkudu, Kedah | Ahmad Yahaya (PAS) | 6,964 | Abdul Malik Saad (BN-UMNO) | 6,434 | 1,876 | |
Phahrolrazi Mohd Zawawi (PH-Amanah) | 8,840 |
Anugerah dan pengiktirafan
- Kedah
- Darjah Dato' Setia Diraja Kedah (D.S.D.K.) - Dato' (2021)
Pautan luar
- Ahmad Yahaya di Facebook
Parti Islam Se-Malaysia | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Parti komponen Perikatan Nasional | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||

Kategori |