Akua regia
Akua regia atau akua regis (bermakna "air diraja") atau istilah sainsnya asid nitro-hidroklorik adalah satu campuran asid menghakis yang sangat tinggi. Larutan ini berwarna kuning atau merah berwasap. Campuran ini dibentuk oleh dengan mencampurkan asid nitrik dan asid hidroklorik pekat yang baru,[1] biasanya dengan nisbah isipadu 1:3. Ia dinamakan sebegitu kerana ia boleh melarutkan apa yang dikatakan logam diraja atau berharga iaitu emas dan platinum. Walaupun begitu, titanium, iridium, rutenium, tantalum, osmium, rodium dan beberapa logam lain berkebolehan untuk menahan sifat-sifat menghakisnya itu.[2]
Lihat juga
- Aqua fortis
- Aqua vitae
- Emas penggali
- Asid sulfurik
Rujukan
Pautan luar
- Chemistry Comes Alive! Aqua Regia