Alfred Jodl

Generaloberst

Alfred Jodl
Jodl selaku General der Artillerie (1940)
Ketua Staf Operasi
Markas Besar Wehrmacht
Dalam jawatan
1 September 1939 – 8 Mei 1945
TimbalanWalter Warlimont
Didahului olehJawatan diwujudkan
Digantikan olehJawatan dimansuhkan
Ketua Markas Besar Wehrmacht
Dalam jawatan
13 Mei 1945 – 23 Mei 1945
Didahului olehWilhelm Keitel
Digantikan olehJawatan dimansuhkan
Butiran peribadi
LahirAlfred Josef Ferdinand Jodl
(1890-05-10)10 Mei 1890
Würzburg, Bavaria, Empayar Jerman
Meninggal dunia16 Oktober 1946(1946-10-16) (umur 56)
Nuremberg, Bavaria, Jerman Taklukan Bersekutu
Sebab kematianHukuman mati
PasanganIrma Gräfin von Bullion (k. 1913; m. 1944)[1]
Luise von Benda (k. 1944)[2]
HubunganFerdinand Jodl (adik)
Tandatangan
Perkhidmatan ketenteraan
Kesetiaan Empayar Jerman
 Republik Weimar
 Jerman Nazi
Perkhidmatan/
cawangan
Heer
Tahun perkhidmatan1910–45
Pangkat Generaloberst
UnitArtileri
PerkhidmatanOKW
PertempuranPerang Dunia I
Perang Dunia II
AnugerahKnight Cross of the Iron Cross berserta Daun Oak
Lencana Emas Parti
Lencana Cedera


Alfred Josef Ferdinand Jodl (10 Mei 1890 – 16 Oktober 1946) ialah seorang Jeneral Jerman dan merupakan Ketua Staf Operasi Markas Besar Angkatan Tentera (Oberkommando der Wehrmacht, atau OKW) semasa Perang Dunia II merangkap penasihat utama ketenteraan (strategi dan operasi) kepada Adolf Hitler. Beliau juga adalah timbalan kepada Wilhelm Keitel, dan selaku wakil kepada presiden Jerman Karl Donitz, beliau menandatangani penyerahan kalah tanpa syarat Jerman. Di Nuremberg beliau dibicarakan, dijatuhi hukuman mati dan digantung kerana jenayah perang. Jodl telah dilepaskan oleh mahkamah denazifikasi Jerman pada tahun 1953. Selepas tekanan daripada tentera AS, pelepasan tuduhan itu kemudiannya dibatalkan oleh seorang ahli politik Bavaria, walaupun pembatalan itu tidak mempunyai kesan undang-undang.

Kehidupan awal dan kerjaya

Alfred Jodl lahir di luar nikah dengan nama Alfred Josef Ferdinand Baumgärtler di Würzburg, Jerman, anak kepada seorang pegawai artileri tentera Kolonel Johannes Jodl dan Therese Baumgärtler, menggunakan nama keluarga Jodl apabila ibu bapanya berkahwin pada tahun 1899. Beliau mendapat pendidikan di Sekolah Kadet di Munich, dimana beliau lulus pada tahun 1910. Jeneral Ferdinand Jodl adalah adiknya. Ahli falsafah dan ahli psikologi Friedrich Jodl di Universiti Vienna adalah bapa saudaranya.[3]

Selepas persekolahan, Jodl menyertai tentera darat sebagai seorang pegawai artileri. Semasa Perang Dunia I beliau bertugas sebagai pegawai bateri di Barisan Barat pada tahun 1914-16, mendapat kecederaan dua kali. Pada tahun 1917 Jodl bertugas sementara di Barisan Timur sebelum kembali ke barat sebagai pegawai staf. Selepas perang Jodl kekal dalam angkatan tentera dan menyertai Reichswehr yang dihadkan oleh Versailles.[4]

Perkahwinan

Jodl telah mengahwini Irma Gräfin von Bullion, berasal dari keluarga bangsawan Swabia yang berusia lima tahun lebih tua daripadanya, pada September 1913. Beliau mati di Königsberg pada musim bunga 1944 akibat paru-paru berair, dijangkiti selepas pembedahan besar tulang belakang. Pada November 1944, Jodl mengahwini Luise von Benda, seorang rakan keluarga.[5]

Perang Dunia II

Jeneral Alfred Jodl pada tahun 1943
Jodl pada tahun 1945
Jodl dan Speer (tidak bertopi) mengikuti Donitz (memakai kot labuh gelap) semasa penahanan kerajaan Flensburg pada 23 Mei 1945

Pelantikan Jodl sebagai seorang Mejar dalam bahagian operasi Truppenamt di Markas Tentera Darat pada hari-hari terakhir Republik Weimar meletakkan beliau dibawah pemerintahan Jeneral Ludwig Beck, yang mengiktiraf Jodl sebagai "orang yang mempunyai masa hadapan".[perlu rujukan] Pada September 1939 Jodl memulakan tugas sepenuh masa dengan Adolf Hitler. Dalam membina kekuatan sebelum Perang Dunia II, Jodl telah ditugaskan sebagai Artilleriekommandeur Divisyen Ke-44 dari Oktober 1938 hingga Ogos 1939 sewaktu peristiwa Anschluss. Jodl telah dilantik oleh Hitler sebagai Chef des Wehrmachtführungsstabes im Oberkommando der Wehrmacht (Ketua Staf Operasi Markas Besar Angkatan Tentera yang baru dibentuk). Jodl bertindak selaku Ketua Turus semasa penjajahan pantas Denmark dan Norway. Sewaktu kempen tersebut, Hitler masuk campur hanya selepas flotila kapal pembinasa Jerman musnah diperairan Narvik dan mahu tentera Jerman disana berundur ke Sweden. Jodl berjaya mengagalkan perintah Hitler. Jodl tidak bersetuju dengan Hitler buat kali kedua semasa serangan musim panas tahun 1942. Hitler menghantar Jodl ke rantau Caucasus untuk melawat Fil Marsyal Wilhelm List bagi mengetahui kenapa telaga minyak disana masih tidak dapat ditawan. Jodl kembali hanya dengan menyokong laporan List yang menyatakan pasukan tentera disana hampir setengah mati berjuang.

Sewaktu Pertempuran Britain Jodl sangat optimis dengan kejayaan Jerman keatas Britain, pada 30 Jun 1940 beliau menulis "Kemenangan akhir Jerman keatas England kini hanya menunggu masa."[6]

Pada Perbicaraan Nuremberg, apabila berhadapan dengan tuduhan penembakan beramai-ramai tawanan perang Soviet pada tahun 1941, Jodl menjelaskan bahawa tawanan yang ditembak hanya kepada "... mereka yang bukan boleh berjalan, tetapi mereka yang tidak mahu berjalan."[7]

Jodl menandatangani Perintah Komando bertarikh 28 Oktober 1942 (dimana komando tentera Bersekutu, termasuk askar-askar berseragam kemas serta pejuang-pejuang yang memakai pakaian awam, seperti Maquis dan Partisan, akan dibunuh serta-merta tanpa perbicaraan jika ditangkap didalam garisan Jerman) dan Perintah Komisar bertarikh 6 Jun 1941 (dimana para Komisar Politik Soviet akan ditembak).

Beliau telah tercedera semasa peristiwa Plot 20 Julai 1944 apabila Hitler cuba dibunuh. Disebabkan ini, Jodl telah dikurniakan lencana cedera khas bersama-sama tokoh utama Nazi yang lain. Jodl juga agak lantang bersuara mengenai kecurigaannya terhadap orang lain yang tidak mengalami luka seteruk beliau, sering mengheboh-hebohkan kesan komplot tersebut pada orang lain.

Susulan dari penyerahan kalah serantau angkatan bersenjata Jerman di Eropah, Jodl telah dihantar oleh Dönitz untuk membalas permintaan "penyerahan kalah tanpa syarat yang segera dan serentak di semua perbatasan."[8] Jodl menandatangani Surat Cara Penyerahan Kalah Jerman pada 7 Mei 1945 di Reims bagi pihak OKW. Semua penyerahan kalah kepada pihak Bersekutu telah dimuktamadkan pada 8 Mei di Berlin. Pada 13 Mei, selepas penahanan Generalfeldmarschall Wilhelm Keitel, Jodl menggantikannya sebagai Ketua OKW.[9]

Perbicaraan dan hukuman mati

Kolonel Jeneral Alfred Jodl (diapit Mejar Wilhelm Oxenius sebelah kiri dan Generaladmiral Hans-Georg von Friedeburg sebelah kanan) menandatangani Surat Cara penyerahan kalah tanpa syarat Jerman di Reims, Perancis pada 7 Mei 1945
Jodl (kiri) dan Keitel (kanan) sedang makan di ruang sementara bersebelahan dengan mahkamah di Perbicaraan Nuremberg
Jodl, Frank (tengah) dan Rosenberg (kanan) di Perbicaraan Nuremberg
Jodl semasa di Nuremberg tahun 1946
Mayat Alfred Jodl selepas digantung, 16 Oktober 1946
Tugu Peringatan perkuburan keluarga di Tanah Perkuburan Fraueninsel, di Chiemsee

Jodl ditangkap dan dipindahkan ke kem POW Flensburg dan kemudian dihadapkan ke Tribunal Tentera Antarabangsa di Perbicaraan Nuremberg. Jodl dituduh berkonspirasi melakukan jenayah terhadap keamanan; merancang, melaksana dan melancarkan perang pencerobohan; jenayah perang; dan jenayah terhadap kemanusiaan. Tuduhan utama terhadap beliau dikaitkan dengan tandatangannya keatas Perintah Komando dan Perintah Komisar, kedua-duanya mengarahkan tahanan tertentu dibunuh serta-merta. Tuduhan tambahan semasa perbicaraannya termasuklah pengusiran yang menyalahi undang-undang dan bersubahat membunuh. Bukti menunjukkan tandatangannya ada pada suatu arahan yang memindahkan warga Denmark, termasuk Yahudi dan orang awam lain, ke kem tahanan. Walaupun beliau menafikan peranannya dalam jenayah itu, Mahkamah (tidak sependapat) mengekalkan penglibatan beliau berdasarkan keterangan yang diberikan. Hakim Perancis, Henri de Donnedieu Vabres, tidak bersetuju dalam kes Jodl.

Isterinya Luise menyertai pasukan pembelaan suaminya.[10] Selepas beliau ditemuramah oleh Gitta Sereny, penulis biografi Albert Speer, Luise mendakwa banyak contoh pasukan pendakwaan Bersekutu membuat tuduhan terhadap Jodl berdasarkan dokumen yang mereka enggan berkongsi dengan pasukan pembelaan. Namun Jodl membuktikan bahawa sebahagian daripada tuduhan yang dibuat terhadap beliau adalah tidak benar, seperti tuduhan yang beliau telah membantu Hitler mengambil alih pemerintahan Jerman pada tahun 1933.[11] Jodl mengaku tidak bersalah "demi Tuhan, demi sejarah dan bangsaku". Didapati bersalah atas semua empat tuduhan, beliau dijatuhi hukuman gantung sampai mati (bersama Keitel, pada 16 Oktober 1946)[12] walaupun beliau telah meminta mahkamah, mengikut tradisi tentera, untuk dihukum mati dengan skuad penembak.

Kata-kata terakhir Jodl ialah "Ich Dich Grüsse, mein ewiges Deutschland" - "Saya menyambut anda, Jermanku yang abadi." Beliau telah diisytiharkan mati 18 minit kemudian.

Donald E. Wilkes, Jr, seorang profesor undang-undang di Sekolah Undang-Undang University of Georgia, menyatakan bahawa ramai daripada anggota Nazi yang dihukum mati jatuh dari tiang gantungan dengan kekuatan yang cukup untuk mematahkan leher mereka, menyebabkan kematian secara tercekik, ada yang bertahan selama beberapa minit.[13]

Mayatnya telah dibakar di Munich, dan abunya ditabur ke dalam Sungai Isar (dengan berkesan menghalang penubuhan sebuah tapak perkuburan yang kekal kepada kumpulan nasionalis yang mungkin berusaha untuk berkumpul di sana-contoh ini adalah kubur Benito Mussolini di Predappio, Itali). Sebuah Tugu Peringatan dalam plot keluarga di Perkuburan Fraueninsel, dalam bandar Chiemsee, Jerman didedikasikan kepadanya.

Pengembalian maruah

Pada 28 Februari 1953, München Hauptspruchkammer (mahkamah denazifikasi utama) mengisytiharkan Jodl tidak bersalah daripada tuduhan utama yang dikenakan keatas beliau di Nuremberg. Dalam berbuat demikian mahkamah menyokong Presiden bersama Tribunal berbangsa Perancis, Henri Donnedieu de Vabres, yang pada tahun 1949 telah mengatakan keputusan terhadap Jodl adalah satu kesilapan.[14] Harta benda beliau, yang telah dirampas pada tahun 1946, dikembalikan kepada balunya.

Pengisytiharan tidak bersalah ini telah ditarik balik pada 3 September 1953 oleh Menteri Pembebasan Politik bagi Bavaria, selepas mendapat tekanan dari para pegawai Amerika.[15] Keputusan ini tidak mempunyai apa-apa kesan perundangan, dan isteri Jodl masih boleh menyimpan hartanya.

Tarikh kenaikkan pangkat

Beliau tidak menerima kenaikan pangkat ke Oberfähnrich kerana pangkat itu tidak wujud dalam tentera Bavaria atau mana-mana tentera negeri imperial Jerman.

Beliau pada mulanya dinaikkan pangkat sebagai kapten kavalri (Rittmeister) ketika berkhidmat di Fahrabteilung 4 pada tahun 1920. Nama pangkat beliau ditukar kepada Hauptmann apabila diterima sebagai pegawai staf am dan kembali ke cawangan artileri. Beliau secara serentak dinaikkan pangkat ke Generalleutnant dan General der Artillerie pada hari yang sama dengan melangkau pangkat dahulu.

Anugerah kebesaran

Watak lakonan dalam media

Watak Alfred Jodl telah dilakonkan oleh aktor-aktor yang berikut dalam produksi filem dan televisyen.[19]

  • Erik Hell in the 1943 Swedish film Det brinner en eld (There Burned a Flame).
  • Vladimir Pokrovsky in the 1949 Soviet epic The Fall of Berlin.
  • Boris Svoboda in the 1949 Soviet film The Battle of Stalingrad.
  • Jack Baston in the 1951 United States film The Desert Fox: The Story of Rommel.
  • Otto Schmöle in the 1955 West German film Der Letzte Akt (Hitler: The Last Ten Days).[20]
  • Walter Kohler in the 1962 United States film Hitler.
  • Wolfgang Lukschy in the 1962 United States film The Longest Day.
  • Hannes Messemer in the 1966 French/U.S. film Paris brûle-t-il? (Is Paris Burning?).
  • Werner Dissel in the 1970 Eastern Bloc co-production Liberation.
  • Richard Münch in the 1970 United States film Patton.
  • August Kowalczyk in the 1971 Polish film Epilog norymberski (Epilogue at Nurnberg).
  • Tony Steedman in the 1973 British television production The Death of Adolf Hitler.
  • Philip Stone in the 1973 British film Hitler: The Last Ten Days.
  • Wolfgang Preiss in the 1979 United States T.V. mini-series Ike: The War Years.
  • Tony Steedman in the 1981 United States television production The Bunker.
  • Joachim Hansen in the 1983 United States T.V. series The Winds of War and its 1988 sequel War and Remembrance.
  • Bill Corday in the 2000 Canadian/U.S. T.V. production Nuremberg
  • Christian Redl dalam filem 2004 Jerman Downfall (Der Untergang)
  • Krasimir Kutzoparov in the 2006 British television production Nuremberg: Nazis on Trial.

Nota

Nota kaki

  1. ^ The award was unlawfully presented on 10 May 1945. The sequential number "865" was assigned by the Association of Knight's Cross Recipients (AKCR).[18]

Petikan

  1. ^ "Alfred Jodl 1". Dicapai pada 1 December 2018.
  2. ^ O’Keeffe, William J. (2013). A Literary Occupation: Responses of German writers in service in occupied Europe. Amsterdam: Rodopi. m/s. 172. ISBN 978-9042037700. Dicapai pada 1 December 2018.
  3. ^ Jodl, Alfred (1946) A Short Historical Consideration of German War Guilt, in Nazi Conspiracy and Aggression, Volume VIII. Washington: U.S. Government Printing Office. p. 663
  4. ^ Görlitz (1989) p. 155
  5. ^ Görlitz (1989) p. 161
  6. ^ William Shirer, The Rise and Fall of the Third Reich: A History of Nazi Germany, p.758. ISBN 0-671-72868-7
  7. ^ David M. Crowe (2013). Crimes of State Past and Present: Government-Sponsored Atrocities and International Legal Responses. Routledge, p. 87, ISBN 1317986822
  8. ^ Kershaw, Ian (2012). The End; Germany 1944–45. Penguin. p. 370
  9. ^ "After the Battle: The Flensburg Government" (PDF). Battle of Britain International Ltd. 2005. m/s. 11. Dicapai pada 2 May 2021.
  10. ^ Jodl case for the defence
  11. ^ Gitta Sereny, Albert Speer: His Battle with Truth, p.578. ISBN 0-394-52915-4.
  12. ^ umkc.edu
  13. ^ The Nuremberg Hangings — Not So Smooth Either, 16 January 2007
  14. ^ Davidson, Eugene (1997). The Trial of the Germans. University of Missouri Press. m/s. 363. ISBN 0-8262-1139-9. Cite has empty unknown parameters: |nopp= dan |coauthors= (bantuan)
  15. ^ Scheurig, Bodo (1997). Alfred Jodl. Propyläen. m/s. 428. ISBN 3-549-07228-7. Cite has empty unknown parameters: |nopp= dan |coauthors= (bantuan)
  16. ^ Fellgiebel 2000, p. 201.
  17. ^ Fellgiebel 2000, p. 85.
  18. ^ Scherzer 2007, p. 146.
  19. ^ "Alfred Jodl (Character)". IMDb.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-06-15. Dicapai pada 8 May 2008. Cite has empty unknown parameters: |month= dan |coauthors= (bantuan)
  20. ^ "Letzte Akt, Der (1955)". IMDb.com. Dicapai pada 8 May 2008. Cite has empty unknown parameters: |month= dan |coauthors= (bantuan)

Rujukan

  • Fellgiebel, Walther-Peer (2000). Die Träger des Ritterkreuzes des Eisernen Kreuzes 1939–1945 – Die Inhaber der höchsten Auszeichnung des Zweiten Weltkrieges aller Wehrmachtsteile (dalam bahasa German). Friedberg, Germany: Podzun-Pallas. ISBN 978-3-7909-0284-6. Unknown parameter |trans_title= ignored (bantuan)CS1 maint: unrecognized language (link)
  • Görlitz, Walter (1989). "Keitel, Jodl and Warlimont", in Hitler's Generals, ed. Correlli Barnett. London: Weidenfeld and Nicolson.
  • Heiber, Helmut, and David M. Glantz (eds.) (2004). Hitler and his generals. Military Conferences 1942–1945. New York: Enigma Books. ISBN 1-929631-28-6.
  • Schaulen, Fritjof (2004). Eichenlaubträger 1940–1945 Zeitgeschichte in Farbe II Ihlefeld – Primozic (in German). Selent, Germany: Pour le Mérite. ISBN 3-932381-21-1.
  • Scherzer, Veit (2007). Die Ritterkreuzträger 1939–1945 Die Inhaber des Ritterkreuzes des Eisernen Kreuzes 1939 von Heer, Luftwaffe, Kriegsmarine, Waffen-SS, Volkssturm sowie mit Deutschland verbündeter Streitkräfte nach den Unterlagen des Bundesarchives (dalam bahasa German). Jena, Germany: Scherzers Miltaer-Verlag. ISBN 978-3-938845-17-2. Unknown parameter |trans_title= ignored (bantuan)CS1 maint: unrecognized language (link)

Pautan luar

  • TracesOfWar.com
  • Alfred Jodl at Find-A-Grave
  • The trial of Alfred Jodl – Trial watch Diarkibkan 2005-11-15 di Wayback Machine
  • Alfred Jodl—United States Holocaust Memorial Museum
  • A Short Historical Consideration of German War Guilt Diarkibkan 2009-06-22 di Wayback Machine By Alfred Jodl, 6 September 1946
Pegawai tentera
Didahului oleh
Wilhelm Keitel
Ketua Oberkommando der Wehrmacht
13 Mei 1945 – 23 Mei 1945
Diikuti oleh:
Tiada
Jawatan dimansuhkan
Ketua Staf Am OKH
13 Mei 1945 – 23 Mei 1945
  • l
  • b
  • s
Kolonel Jeneral
(Generaloberst)
Tentera Darat
Kolonel Jeneral
(Generaloberst)
Luftwaffe
Laksamana Jeneral
(Generaladmiral)
Kriegsmarine
Oberst-Gruppenführer-SS
  • l
  • b
  • s
Ketua-Ketua Generalstab Wehrmacht
Ketua-Ketua Staf Am Tentera Darat
Ketua-Ketua Staf Am Luftwaffe
Ketua-Ketua Staf Seekriegsleitung Kriegsmarine
  • l
  • b
  • s
Defendan utama Perbicaraan Nuremberg
Di hukum mati
Di penjara (ikut tempoh)
Di bebaskan
Tiada keputusan
  • 1 tanpa kehadiran  Rangka ditemui di Berlin pada tahun 1972, dikenal pasti dengan tepat pada tahun 1998; disahkan membunuh diri pada 2 Mei 1945
  •  2 Bunuh diri pada 25 Oktober 1945
  •  3 Bunuh diri pada 15 Oktober 1946 sebelum hukuman dilaksanakan
  •  4 Didapati tidak sihat untuk dibicarakan, dakwaan digugurkan kerana kesihatan fizikal dan mental yang sangat teruk
  • l
  • b
  • s
Orang yang terkorban atau tercedera pada plot 20 Julai
Tercedera
  • Heinz Assmann
  • Karl Bodenschatz
  • Heinrich Borgmann
  • Heinz Buchholz
  • Walther Buhle
  • Herbert Büchs
  • Hermann Fegelein
  • Otto Günsche
  • Adolf Heusinger
  • Adolf Hitler
  • Alfred Jodl
  • Wilhelm Keitel
  • Walter Scherff
  • Nicolaus von Below
  • Ernst John von Freyend
  • Karl-Jesko von Puttkamer
  • Franz von Sonnleithner
  • Hans-Erich Voss
  • Heinz Waizenegger
  • Walter Warlimont
Terkorban
Portal
Akses topik berkaitan
  • Portal Biography

Ketahui lebih lanjut di
Projek saudara Wikipedia
  • Media
    daripada Commons
  • Petikan kata
    daripada Wikipetikan
Kawalan kewibawaan Sunting ini di Wikidata
Umum
Perpustakaan negara
  • Norway
  • Perancis (data)
  • Jerman
  • Itali
  • Israel
  • Amerika Syarikat
  • Belanda
Kamus biografi
  • Jerman
Lain-lain
  • Aplikasi Berfaset Terminologi Subjek
  • Arkib Negara (A.S.)
  • Rangkaian Sosial dan Konteks Arkib
  • SUDOC (Perancis)
    • 1