Anto Hoed
Anto Hoed | |
---|---|
Fail:Antohoed.jpg | |
Kelahiran | Anto Hoed (1964-05-19) 19 Mei 1964 (umur 60) Jakarta, Indonesia |
Pekerjaan | Penulis lagu, Penerbit rakaman, Penyanyi, Pemuzik |
Tahun aktif | 1995 - kini |
Pasangan | Melly Goeslaw (berkahwin 1995) |
Anak-anak | Anakku Lelaki Hoed Pria Bernama Hoed |
Anto Hoed (lahir pada 19 Mei 1964) merupakan seorang penulis lagu, penerbit rakaman, penyanyi dan pemuzik Indonesia. Dia adalah suami kepada Penyanyi dan penulis lagu terkenal Indonesia iaitu Melly Goeslaw dan merupakan pengasas band muzik Potret. Dia dikenali sebagai penata muzik untuk filem dan berjaya memenangi dua kali sebagai Penata Muzik Terbaik di Festival Filem Indonesia menerusi filem Ada Apa Dengan Cinta? (FFI 2004) dan Tentang Dia (FFI 2005).
Kehidupan peribadi
Anto berkahwin dengan penyanyi dan penulis lagu Indonesia, Melly Goeslaw pada 1995 dan dikurniakan dua anak lelaki—Anakku Lelaki Hoed dan Pria Bernama Hoed.[1]
Pada 18 November 2015, bapa beliau Prof. Dr. Benny Hoedoro Hoed, meninggal dunia di Hospital Bintaro akibat masalah kesihatan. Namun beliau tidak mendedahkan penyakit yang dihidapi bapanya.[2]
Filemografi
- Brokenhearts (penampilan istimewa bersama Melly Goeslaw (2012)
Diskogarfi
Diskografi diperoleh dari Discogs.
Runut bunyi
- Anto Hoed & Melly Goeslaw - Ada Apa Dengan Cinta? Original Motion Picture Soundtrack (2002)
- Anto Hoed & Melly Goeslaw - Eiffel... I'm In Love - Original Motion Picture Soundtrack (2003)
- Anto Hoed & Melly Goeslaw - Ketika Cinta Bertasbih - Original Motion Picture Soundtrack (2003)
- Anto Hoed & Melly Goeslaw - Eiffel... I'm In Love (Remix Plus) - Original Motion Picture Soundtrack (2004)
- Anto Hoed & Melly Goeslaw - Apa Artinya Cinta? - Original Motion Picture Soundtrack (2005)
- Anto Hoed & Melly Goeslaw - The Butterfly - Original Soundtrack (2007)
- Anto Hoed & Melly Goeslaw - Bukan Bintang Biasa - The Soundtrack (2007)
- Anto Hoed & Melly Goeslaw - Ada Apa Dengan Cinta 2 - Original Soundtrack (2016)
Kompilasi
- Clear Top 10 Album Volume 3 (2003)
Penerbitan
- Titi DJ (Titi DJ; 1989)
- Sendiri Dulu (Ari Lasso; 2001)
- Let It Be My Way (Andien; 2014)
Rujukan
Pautan luar
- Anto Hoed di Pangkalan Data Filem Internet (IMDb)
- Diskografi Anto Hoed di Discogs