Anugerah Filem Pilihan Pengkritik

Anugerah Filem Pilihan Pengkritik
Anugerah semasa:
Anugerah Filem Pilihan Pengkritik ke-23
PenghargaanPencapaian terbaik dalam sinematik
Negara Amerika Syarikat
Disampaikan olehPersatuan Pengkritik Filem Penyiaran
Anugerah pertama1996
Laman web rasmiwww.criticschoice.com

Anugerah Filem Pilihan Pengkritik (Bahasa Inggeris: Critics' Choice Movie Awards; dahulunya dikenali sebagai Anugerah Persatuan Pengkritik Filem Penyiaran) ialah rancangan anugerah yang dipersembahkan secara tahunan oleh Persatuan Pengkritik Filem Penyiaran (BFCA) untuk memberi penghormatan kepada pencapaian sinematik terbaik. Undian bertulis dihantar semasa tempoh pencalonan selama seminggu dan calon-calon yang berjaya akan diumukan pada bulan Disember. Para pemenang dipilih oleh pengundian lanjutan didedahkan di acara Anugerah Filem Pilihan Pengkritik pada bulan Januari. Selain itu, anugerah-anugerah khas pula diberikan mengikut budi bicara Lembaga Pengarah BFCA.

Anugerah ini pasa asalnya dinamakan sebagai Anugerah Pilihan Pengkritik. Pada 2010, perkataan 'Filem' ditambah bagi membezakannya daripada Anugerah Televisyen Pilihan Pengkritik, yang pertama kali diadakan pada tahun berikutnya oleh Persatuan Pengkritik Televisyen Penyiaran. Nama Anugerah Pilihan Pengkritik kini secara rasminya merujuk kepada kedua-dua anugerah secara kolektif.[1]

Dari tahun 2006 hingga 2009, acara anugerah diadakan di Auditorium Sivik Santa Monica, California. Pada tahun 2010 hingga 2012, anugerah ini berlangsung di Hollywood Palladium. Siaran televisyen secara langsung bagi acara anugerah ini beralih dari saluran VH1 kepada The CW pada 2013,[2] dengan acara ke-19 dikeudarakan pada 16 Januari 2014, langsung dari Hangar Barker[3][4] di Santa Monica, California.[5] Pada Oktober 2014, ia diumumkan bahawa Anugerah Filem Pilihan Pengkritik akan bersiaran di A&E untuk tahun 2015 dan 2016.[6]

Kategori anugerah

  • Filem Aksi Terbaik (sejak 2009)
  • Kumpulan Pelakon Terbaik (sejak 2002)
  • Pelakon Lelaki Terbaik (sejak 1995)
  • Pelakon Wanita Terbaik (sejak 1995)
  • Pelakon Lelaki Terbaik dalam Filem Aksi (2012–2016)
  • Pelakon Wanita Terbaik dalam Filem Aksi (2012–2016)
  • Pelakon Lelaki Terbaik dalam Komedi (sejak 2012)
  • Pelakon Wanita Terbaik dalam Komedi (sejak 2012)
  • Filem Animasi Terbaik (sejak 1998)
  • Pengarahan Seni Terbaik (sejak 2009)
  • Sinematografi Terbaik (sejak 2009)
  • Komedi Terbaik (sejak 2005)
  • Rekaan Kostum Terbaik (sejak 2009)
  • Pengarah Terbaik (sejak 1995)
  • Filem Dokumentari Terbaik (sejak 1995)
  • Suntingan Terbaik (sejak 2009)
  • Filem Keluarga Terbaik (1997–2007)
  • Filem Bahasa Asing Terbaik (sejak 1995)
  • Solekan Terbaik (sejak 2009)
  • Filem Terbaik (sejak 1995)
  • Lakon Layar Terbaik (Adaptasi/Asli) (sejak 2002)
  • Skor Muzik Terbaik (sejak 1998)
  • Lagu Terbaik (sejak 1998)
  • Bunyi Terbaik (2009–2011)
  • Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik (sejak 1995)
  • Pelakon Pembantu Wanita Terbaik (sejak 1995)
  • Kesan Visual Terbaik (sejak 2009)
  • Pelakon Muda Terbaik (sejak 1995)

Rujukan

  1. ^ "Critics' Choice Awards | Home". Anugerah Pilihan Pengkritik. Persatuan Pengkritik Filem Penyiaran. Dicapai pada 11 Januari 2013.
  2. ^ Weisman, Jon (22 Oktober 2012). "CW grabs Critics' Choice Movie Awards". Variety. Dicapai pada 11 Januari 2013.
  3. ^ Barker Hangar 3021 Airport Ave #203, Santa Monica, CA - Peta Google
  4. ^ Gelb, Andy. "Critics' Choice Movie Awards". Diarkibkan daripada yang asal pada 12 Disember 2012. Dicapai pada 23 Januari 2014. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  5. ^ Bibel, Sara (16 September 2013). "The CW to Broadcast the 'Critics Choice Movie Awards' & 'Critics Choice Television Awards' in 2014". Zap2it. The CW press release. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-09-18. Dicapai pada 16 September 2013.
  6. ^ Kondolojy, Amanda (7 Oktober 2014). "A&E Network to Televise 'The Critics' Choice Awards'". TV by the Numbers. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-10-12. Dicapai pada 7 Oktober 2014.

Pautan luar

  • Tapak web rasmi Sunting ini di Wikidata