Arkib Negara Malaysia

Arkib Negara Malaysia
ANM
Intisari agensi
Dibentuk1 Disember 1957; 66 tahun yang lalu (1957-12-01)
Ibu pejabatKuala Lumpur
Eksekutif Agensi
  • Dato' Jaafar Sidek Abdul Rahman, Ketua Pengarah
Agensi induk
Kementerian Perpaduan Negara Malaysia
Laman sesawang
www.arkib.gov.my

Arkib Negara Malaysia (disingkat secara rasmi sebagai ANM atau dipendekkan sebagai Arkib Negara sahaja) merupakan pustaka arkib Malaysia di bawah Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia.

Sejarah

Arkib Negara Malaysia telah ditubuhkan pada 1 Disember 1957 sebagai Pejabat Rekod Awam. Namun ia mula dikenali sebagai Arkib negara Malaysia pada 1963. Pada tahun 1966, Akta Arkib Negara No. 44 telah diluluskan oleh Parlimen Malaysia. Pada tahun itu juga, bangunan Arkib Negara Malaysia di Petaling Jaya, Selangor telah dirasmikan. Pada 1982, bangunan baru Arkib Negara Malaysia telah berpindah di Jalan Duta, Kuala Lumpur. [1] Pada tahun 2003, Akta Arkib Negara 2003 (Akta 629) telah diluluskan. Selanjutnya pada tahun 2004, Arkib Negara Malaysia telah diletakkan dibawah pemantauan oleh Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia.[2][3]

Fungsi

Fungsi utama penubuhan Arkib Negara Malaysia adalah:

  • Untuk memberi khidmat nasihat dan rundingan kepada jabatan-jabatan Kerajaan tentang etika dan langkah pengurusan rekod awam yang mapan, sistematik dan berkesan demi menjamin pemeliharaan rekod awam yang selamat.
  • Mengesan, mengumpul, menyimpan dan memelihara sebarang rekod dan maklumat yang mempunyai nilai kebangsaan dan sejarah yang tinggi sebagai khazanah warisan negara Malaysia.
  • Menyediakan kemudahan rujukan dan penyelidikan serta pendokumentasian dalam tujuan memperlengkapkan maklumat mengenai sejarah tanahair.
  • Menyebar maklumat dan ilmu bernilai sejarah untuk tatapan dan maklumat awam.

Senarai Ketua Pengarah Arkib Negara Malaysia

  • Tan Sri Dato' (Dr.) Haji Mubin Sheppard (1957-1962)
  • Dr. F.R.J. Verhoeven (1962-1966)
  • Tan Sri Dato' Alwi Jantan (1966-1972)
  • Encik Saad Marzuki (1973-1977)
  • Datuk Zakiah Hanum Abd Hamid (1977-1995)
  • Dato' Habibah Zon (1995-2003)
  • Datuk Hajah Rahani Jamil (2003-2006)
  • Tuan Haji Mohamed Zawawi (2006-2007)
  • Dato' Haji Sidek Haji Jamil (2007-2010)
  • Dr. Hajah Samsiah Muhamad (2010 - November 2011)
  • Dato' Daresah Haji Ismail (Februari 2012 - 2014)
  • Datuk Azemi Abdul Aziz (April 2014 - 2021)
  • Dato' Jaafar Sidek Abdul Rahman (2021 - kini)

Rujukan

  1. ^ Malaysia - Libraries and museums
  2. ^ Arkib Negara digesa main peranan pupuk kefahaman Diarkibkan 2019-01-07 di Wayback Machine Utusan Malaysia (17 Julai 2013). Dicapai pada 7 Januari 2014.
  3. ^ Joanna Lee (24 Oktober 2018). Arkib Negara: A case for accessibility and inclusion in M'sian history Malaysiakini. Dicapai pada 24 Oktober 2018.

Pautan luar

  • Laman web rasmi Diarkibkan 2011-12-09 di Wayback Machine
  • l
  • b
  • s
Arkib-arkib negara Asia
  • Afghanistan
  • Arab Saudi
  • Armenia
  • Australia
  • Azerbaijan
  • Bahrain
  • Bangladesh
  • Brunei
  • China
  • Emiriah Arab Bersatu
  • Filipina
  • Georgia
  • India
  • Indonesia
  • Iran
  • Iraq
  • Israel
  • Jepun
  • Jordan
  • Kazakhstan
  • Korea Selatan
  • Kuwait
  • Lubnan
  • Malaysia
  • Maldives
  • Mongolia
  • Pakistan
  • Papua New Guinea
  • Qatar
  • Rusia
  • Singapura
  • Sri Lanka
  • Syria
  • Taiwan
  • Tajikistan
  • Thailand
  • Turki
  • Turkmenistan
  • Uzbekistan
  • Vietnam