Artileri pantai

Perkubuan Pulau Castle Harbour, di Bermuda. Pembinaan bermula pada 1612, ia adalah perkubuan batu pertama, dengan pasukan artileri pantai pertama, dibina oleh England di Dunia Baru.
Benteng Uthmaniyah di Kawasan Perkubuan Dardanelles. Meriam itu adalah buatan Jerman jenis 28 sm SK L/40 di bukit pertahanan pantai.

Artileri pantai ialah cabang angkatan tentera yang berkaitan dengan operasi artileri anti-kapal atau pasukan meriam tetap di perkubuan pantai.[1]

Dari Zaman Pertengahan hingga Perang Dunia II, artileri pantai dan artileri laut dalam bentuk meriam adalah sangat penting untuk urusan ketenteraan dan umumnya mewakili kawasan berteknologi tinggi dan materiel yang berkos mahal. Kemunculan teknologi abad ke-20, terutamanya penerbangan tentera, penerbangan tentera laut, pesawat jet, dan peluru berpandu, mengurangkan keutamaan meriam, kapal tempur, dan artileri pantai. Di negara-negara yang mana artileri pantai belum dibubarkan, pasukan ini mengembangkan keupayaan amfibia. Dalam peperangan pesisir, artileri pantai bergerak yang dilengkapi dengan peluru berpandu permukaan ke permukaan masih boleh digunakan untuk menghalang penggunaan laluan perkapalan.

Ia sudah lama dianggap sebagai peraturan iaitu sebuah meriam yang bertapak di pantai menyamai tiga meriam laut yang berkaliber sama, kerana ketahanan meriam pantai yang memberi ketepatan lebih tinggi daripada meriam di laut. Meriam darat juga lebih beruntung kerana mendapat perlindungan tambahan seperti tembok atau anak bukit. Jarak artileri pantai berasaskan ubat bedil juga mempunyai peranan dalam undang-undang antarabangsa dan diplomasi, dimana had tiga batu dari 'perairan pantai' diiktiraf sebagai dibawah undang-undang negara atau negeri.[2]

Lihat juga

Buku dan artikel

  • Chung, Ong Chit (2011). Operation Matador: World War II—Britain's Attempt to Foil the Japanese Invasion of Malaya and Singapore. Hong Kong: Marshall Cavendish International Asia. ISBN 978-9814435444.

Rujukan

  1. ^ Peter Doyle; Matthew R. Bennett (2002). Fields of Battle: Terrain in Military History. Dordrecht: Kluwer Academic. ISBN 1-4020-0433-8.
  2. ^ The three mile limit is often circumvented by boats offering Gambling Cruises or Party Cruises. Past the three mile limit, a States restrictive laws are relaxed, so gambling or teenage drinking in the United States become unenforceable in courts.

Pautan luar

  • Coast Defense Study Group homepage and list of US forts and batteries
  • A brief history of the coast artillery corps
  • Defenses along the Pacific Coast of the United States
  • Fort Carroll
  • Coastal Artillery of Finland and Russia at Northern Fortress
  • John T. Duchesneau: The Artillery of Fort Adams
  • Gander, Terry. "TWENTIETH CENTURY BRITISH COAST DEFENCE GUNS" (PDF). Fortress Study Group. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 14 April 2014. Dicapai pada 5 March 2012.
  • Smith, Colin (2006). Singapore Burning: Heroism and Surrender in World War II. London: Penguin Books. ISBN 978-0-14-101036-6.
  • Kirby, Stanley Woodburn (1954). War Against Japan: The Loss of Singapore. History of the Second World War. I. HMSO. OCLC 58958687.


Kawalan kewibawaan: Perpustakaan negara Sunting ini di Wikidata
  • Jerman
  • Israel
  • Amerika Syarikat