B.E.S. Publishing

B.E.S. Publishing
Syarikat indukPeterson's
Diasaskan pada1939
PengasasManuel Barron
Negara asalAmerika Syarikat
Lokasi ibu pejabatHauppauge, New York
Orang utamaManuel Barron, CEO
Jenis penerbitanBuku
Laman web rasmibes-publishing.com

B.E.S. Publishing ialah sebuah syarikat penerbitan Amerika yang diasaskan pada tahun 1939 sebagai Barron's Educational Services ("Perkhidmatan Pendidikan Barron"), iaitu sebuah penerbit bahan untuk membantu pelajar bersiap sedia untuk peperiksaan kemasukan kolej. Pada tahun-tahun kebelakangan ini, Barron's berkembang ke banyak bidang penerbitan lain, dengan 2,000 judul dalam pelbagai kategori. Pada tahun 2018, Barron's menjual nama jenamanya dan senarai persiapan ujiannya kepada Kaplan Test Prep; syarikat tersebut dinamai semula B.E.S. Publishing.[1] Syarikat tersebut diambil alih oleh Peterson's Publishing pada tahun 2019.[2] Pada tahun 2021, Peterson's Publishing menjual B.E.S. Publishing kepada penerbit berpangkalan di Illinois, iaitu Sourcebooks, LLC.[3]

Ibu pejabat B.E.S. Publishing dahulunya adalah di Hauppauge, New York. Beberapa siri semasa dan terdahulu termasuk:

  • Buku masakan Step-by-Step, termasuk kedua-dua judul berdasarkan etnik dan alatan.
  • Buku pendidikan Made Easy, yang meliputi banyak subjek sekolah, khususnya untuk tahap sekolah tinggi dan koleh, dalam bentuk ringkas lagi padat.
  • 1001 Pitfalls, tatabahasa bahasa asing yang tertumpu pada perangkap lazim untuk pelajar. Siri 501 Verbs berfungsi sebagai jilid seiring, dan buku singkat bersaiz saku tentang tatabahasa, jadual kata kerja, dan kosa kata berdasarkan ini juga tersedia.
  • Master the Basics, arahan diri berbahasa asing.
  • E-Z Series, siri buku teks ajar diri yang direka untuk membantu pelajar menguasai pelbagai subjek.
  • Painless, ulasan berorientasikan rujukan tentang banyak subjek akademik.
  • MazeToons Series, buku berilustrasi kartun tentang pagar sesat karya Joe Wos. Judul termasuk "A-Maze-Ing Animals", "Myths and Monsters", "Maze-O-Zoic", "A-Maze-Ing America", dan "Mega Maze Challenge".

Lihat juga

  • The Night at the Museum, diterbitkan oleh Barron's
  • The Food Lover's Companion

Rujukan

  1. ^ Reid, Calvin (18 September 2018). "Kaplan Buys Educational Assets, And Name, from Barron's". PublishersWeekly.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 18 September 2024.
  2. ^ Nawotka, Ed (19 Disember 2019). "Peterson's Publishing Buys B.E.S. Publishing". PublishersWeekly.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 18 September 2024.
  3. ^ Stewart, Sophia (4 November 2021). "Sourcebooks Acquires B.E.S. Publishing". PublishersWeekly.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 18 September 2024.

Pautan luar

  • Tapak web rasmi