Bahan komposit

Kompisit dibentuk melalui gabungan beberapa bahan bersama-sama untuk membentuk struktur keseluruhan yang lebih baik berbanding komponen individual.

Bahan komposit (atau komposit) merupakan bahan yang dibuat melalui gabungan dua atau lebih bahan. Salah satu bahan biasanya gentian yang kukuh seperti gentian kaca, kevlar atau gentian karbon yang memberikan bahan tersebut kekuatan tensil, sementara bahan lain (dinamakan matriks) biasanya sejenis bahan berdamar seperti polyester atau epoxy yang memegang gentian dan menjadikan bahan tersebut keras dan kukuh. Ada bahan komposit yang menggunakan aggregrat selain daripada, atau bersama-sama gentian.

Contoh bahan komposit:

  • Plastik diperkukuhkan dengan kaca atau GRP
  • komposit matriks logam
  • komposit matriks seramik
  • Perisai Chobham (lihat perisai komposit)
  • papan lapis

Bahan komposit biasanya sesuai bagi pembinaan bangunan, jambatan dan struktur seperti badan bot, penel kolam renang, badan kereta lumba, ruang mandi, kolah mandi, tangki simpanan, granit buatan, dan singki dan atas meja marmar buatan. Hasilan paling maju biasa digunakan di kapal angkasa lepas dalam persekitaran membebankan.

Rujukan

Bacaan lanjut

  • Robert M. Jones (1999). Mechanics of Composite Materials (ed. 2nd). Taylor & Francis. ISBN 9781560327127.
  • Autar K. Kaw (2005). Mechanics of Composite Materials (ed. 2nd). CRC. ISBN 0-8493-1343-0.
  • Handbook of Polymer Composites for Engineers By Leonard Hollaway Published 1994 Woodhead Publishing
  • Matthews, F.L. & Rawlings, R.D. (1999). Composite Materials: Engineering and Science. Boca Raton: CRC Press. ISBN 0-8493-0621-3.CS1 maint: multiple names: authors list (link)

Pautan luar

  • Composite material key concepts
  • Distance learning course in polymers and composites
  • Strength of Composites
  • Composite Sandwich Structure of Minardi F1 Car
  • OptiDAT composite material database