Bariton

Lingkungan Suara
Suara Wanita
Soprano
Mezzo-soprano
Kontralto (atau Alto)

Suara Lelaki

Kauntertenor (Alto atau Mezzo)
Tenor
Baritenor
Bariton
Bariton-bes
Bes

Kaitan

Sopranis
Kastrato

Bariton (Perancis: barytoncode: fr is deprecated ; Jerman: baritoncode: de is deprecated ; Itali: baritonocode: it is deprecated ; bahasa Inggeris: baritone) ialah jenis suara yang biasa untuk lelaki dewasa terletak di antara suara bes dan tenor. Perkataan ini berasal daripada Greek βαρυτονος, yang bermaksud "suara yang dalam". Muzik untuk suara ini biasanya ditulis dalam lingkungan A kedua di bawah C tengah hingga ke F di atas C tengah (A2-F4), namun bergantung kepada sesetengah keadaan, nota itu boleh dilanjutkan hingga ke akhir.

Sejarah

Penggunaan asal istilah "bariton" bermula sebagai baritonans pada lewat kurun ke-15,[1] untuk muzik keagamaan Perancis. Pada peringkat awal, suara ini digunakan sebagai suara lelaki terendah (sama seperti suara bes), tetapi pada kurun ke-17, negara Itali menukar istilah tersebut sebagai suara lelaki di peringkat tengah seperti penggunaannya pada ketika ini. Namun begitu, dari kurun ke-17 hinggalah ke kurun ke-19, lingkungan suara bariton masih dianggap sebagai suara bes. Hanya pada kurun ke-19 , istilah "bariton" diguna pakai bagi membezakannya dengan suara bes.

Banyak kerja-kerja gubahan pada kurun ke-18 merujuk beberapa peranan sebagai suara bes walaupun pada realitinya, nota muzik yang ditulis adalah nota bariton. Contoh peranan-peranan tersebut termasuklah Figaro dan Count Almaviva dari opera Le nozze di Figaro dan banyak lagi terutamanya hasil – hasil gubahan Handel.

Kategori suara (fächer) dan peranan bariton dalam opera

Lingkungan suara mengikut nota paparan keyboard
Soprano
Alto
Tenor
Bes

Bariton lirik

  • Lingkungan kebiasaan: Dari B di bawah C rendah hingga ke G di atas C tengah (B-g). Suara ini adalah jenis suara bariton yang lunak dan merdu, tidak berapa keras, ringan dan juga rendah jika dibandingkan dengan bariton dramatik. Suara ini dikatakan sebagai suara kebiasaan yang paling banyak dimiliki oleh penyanyi dalam lingkungan ini. Peranan komik (ringan atau lucu) adalah yang amat bersesuaian untuk suara ini.
  • Peranan:

Bariton bel kanto (koloratura)

  • Lingkungan kebiasaan: Dari B di bawah C rendah hingga ke G di atas C tengah (B-g). Suara ini adalah lebih kurang sama dengan suara bariton lirik, tetapi dianggap sebagai lebih tangkas dalam nyanyian "berbunga" dan koloratura. Peranan komik (ringan dan lucu) atau lebih kepada orang baik-baik adalah bersesuian untuk suara ini, kebiasaannya di dalam opera bel kanto.
  • Peranan:

Kavalierbariton

  • Lingkungan kebiasaan: Dari A di bawah C rendah hingga G# di atas C tengah (A to g# ). Suara ini lebih padu dan boleh menyanyikan nota bariton lirik dan dramatik. Ia lebih berunsurkan kelembutan yang bersuara merdu. Suara ini kurang berkuasa tinggi jika dibandingkan dengan bariton Verdi .
  • Peranan:

Di antara penyanyi-penyanyi yang tergolong dalam fächer ini adalah Dmitri Hvorostovsky, Eberhard Wächter dan Sherrill Milnes.

Bariton dramatik

  • Lingkungan kebiasaan: Dari E tengah satu oktaf di bawah C rendah hingga F di atas C tengah (E to f). Suara ini adalah suara yang keras dan berkualiti kelam. Ia mempunyai hubungan yang rapat dengan kategori Heldenbariton iaitu fach bariton untuk repertoir Jerman. Peranan untuk suara ini juga kadang kala dipanggil sebagai bariton-bes dan kebiasaannya mempunyai tonal dramatik. Peranan – peranan ini kebiasaannya tidak naik melebihi F iaitu tahap tertinggi lingkungan suara penyanyi bariton.
  • Peranan:

Antara penyanyi yang tergolong dalam fächer ini termasuklah Norman Bailey.

Bariton Verdi

  • Lingkungan kebiasaan: Dari A di bawah C rendah hingga G# di atas C tengah (A to g#). Suara ini merupakan suara kategori khas fach bariton. Bariton Verdi merujuk kepada penyanyi yang berupaya menyanyi bahagian tertinggi bariton dengan konsisten dan selesa. Tahap itu kadang kala menjangkau sehingga B datar di atas C tengah.
  • Peranan:

Di antara penyanyi-penyanyi yang tergolong dalam fächer ini adalah Titta Ruffo, Piero Cappuccilli dan Sherrill Milnes.

Baryton-noble

  • Di ambil dari bahasa Perancis, suara ini digambarkan sebagai suara lunak, vokal yang halus tetapi mempunyai kuasa yang padu dan kesemua faktor-faktor tersebut mempunyai keseimbangan penuh. Kategori ini berasal dari rumah opera Palais Garnier, di Paris tetapi dipengaruhi kuat oleh penggubah-penggubah terkemuka seperti Verdi untuk peranan Don Carlo dalam Ernani dan La forza del destino; Count Luna dalam Il trovatore, Doge of Genoa dalam Simon Boccanegra, begitu juga Richard Wagner untuk peranan Wotan dan Amfortas.

Baryton-Martin

  • Lingkungan kebiasaan: Dari C rendah hingga ke Ab di atas C tengah C (C to ab)[2]. Fach ini adalah suara yang kekurangan lingkungan keupayaan bariton untuk mencapai G2 di bawah B2. Suara ini adalah lebih ringan dan hampir berciri-cirikan suara penyanyi tenor. Suara ini kerap didengari dalam repertoir Perancis sahaja dan dinamakan sempena nama seorang penyanyi Perancis, Jean-Blaise Martin . Martin meminati corak nyanyian dengan penggunaan falseto dan mereka fach ini untuk membezakan suara beliau dari bariton Verdi. [3]
  • Peranan:
    • Pelléas, Pelléas et Mélisande (Claude Debussy)
    • L'Horloge Comtoise, L'Enfant et les Sortilèges (Maurice Ravel)

Di antara penyanyi-penyanyi yang tergolong dalam fächer ini termasuklah Camille Maurane dan Pierre Bernac.

Rujukan

  1. ^ Franchino Gaffurio, Practica musicae, liber tertius Diarkibkan 2006-06-09 di Wayback Machine, 1496
  2. ^ Kamus opera Oxford, ISBN 0-19-869164-5
  3. ^ THE NEW GROVE Dictionary of MUSIC & MUSICIANS. Suntingan oleh Stanley Sadie, Edisi 2. Back to Bolivia. ISBN 1-56159-174-2, Hak cipta Macmillan Publishers Limited 1980.

Lihat juga

Portal Opera
Portal Muzik klasikal

Pautan Wikipedia Bahasa Inggeris

(Untuk pemahaman lanjut)

  • (Inggeris) Senarai penyanyi bariton
  • (Inggeris) Senarai peranan bariton
  • (Inggeris) Tenor
  • (Inggeris) Bariton
  • (Inggeris) Tessitura
  • (Inggeris) Passaggio
  • (Inggeris) Muzik Barbershop
  • (Inggeris) Koloratura
  • (Inggeris) Berat suara
  • (Inggeris) Fach atau Facher
  • (Inggeris) Muzik koral atau koir
  • (Inggeris) Bel kanto
  • (Inggeris) Spinto
  • (Inggeris) Peranan Wira
  • (Inggeris) Kontralto atau alto
  • (Inggeris) Timbre

Pautan luar

  • Koleksi skor domain awam university Indiana
  • Projek perpustakaan skor muzik antarabangsa
  • Koleksi skor muzik university Harvard Diarkibkan 2008-09-04 di Wayback Machine
  • Koleksi libreto dan terjemahan Diarkibkan 2006-11-14 di Wayback Machine
  • Koleksi libreto Karadar Diarkibkan 2008-12-27 di Wayback Machine
  • Koleksi libreto university Stanford
  • Libreto penggubah Verdi[pautan mati kekal]
  • Libreto penggubah Wagner
  • Pengkalan data Aria


  • l
  • b
  • s
Genre - genre opera
Opera balada • Comédie mêlée d'ariettes • Dramma giocoso • Farsa • Género chico • Opera Agung • Opéra-balet • Opera buffa • Opéra bouffe • Opéra bouffon • Opéra comique • Opéra féerie • Opera separa-seria • Opera seria • Opereta • Pastorale héroïque • Opera savoy • Separa-opera • Singspiel • Tragédie en musique • Verismo • Zarzuela
  • l
  • b
  • s
Istilah - istilah opera
Aria • Aria di sorbetto • Arioso • Bel kanto • Peranan breces • Kabaleta • Kadenza • Kastrato • Kantata • Kavatina • Koloratura • komprimario  • Coup de glotte • Da kapo aria • Diva • Fach • Falseto • Fioritura • Gesamtkunstwerk • Intermezzo • Leitmotif • Libretis • Libreto • Maestro • Melodrama • Melodramma • Messa di voce • Opera • Oratorio • Panggung opera • Passaggio • Portamento • Pop Opera • Prima donna • Resitatif • Regietheater • Répétiteur • Sitzprobe • Soubret • Spinto • Sprechgesang • Squillo • Stagione • Tesitura • Timbre