Belatuk

Burung Belatuk
Belatuk Hispaniolan

Mengenai audio iniBunyi burung belatuk (bantuan·maklumat)

Pengelasan saintifik
Alam:
Animalia
Filum:
Chordata
Kelas:
Aves
Subkelas:
Neornithes
Infrakelas:
Neognathae
Superorder:
Neoaves
Order:
Piciformes
Suborder:
Pici
Keluarga:
Picidae

Vigors, 1825
Subfamili

Jynginae - wrynecks
Nesoctitinae - Antillean Piculet
Picinae - woodpeckers
Picumninae - typical piculets

Belatuk (Jawi: بلاتوقcode: ms is deprecated )[1] atau pelatuk (Jawi: ڤلاتوق‎)[2] ialah jenis burung dalam keluarga Picidae iaitu salah satu cabang dari order Piciformes. Burung-burung ini dalam keluarga tersebut berkongsi ciri-ciri sama terutamanya cara mendapatkan makanan atau membuat sarang dengan mematuk pada dahan atau batang pokok dengan laju berulang-ulang kali menggunakan paruh;[3] tabiat inilah memberi nama kepada burung-burung sejenisnya (pelatuk atau varian belatuk wujud hasil pengimbuhan sisipan <el> dalam kata kerja patuk).[4]

Burung-burung disebut ini didapati di hutan-hutan hujan dan kayu serata dunia kecuali di Australia, New Guinea, New Zealand dan Madagaskar. Di Semenanjung Malaysia sahaja, terdapat 25 jenis spesies burung belatuk.[5][3]

Ciri-ciri umum

Anatomi

Belatuk datang dalam pelbagai jenis saiz dari sekecil 7 sm lebih kecil daripada pipit dengan berat timbangan 7 gram sehingga sebesar 50 sm menghampiri punai. Belatuk kelabu merupakan burung terbesar dari jenis belatuk ini dengan berat 360–563 gram.[6]

Paruh burung belatuk tidak bergigi dan keras seperti mata pahat.

Jantina spesies belatuk sering dibezakan melalui warna bulu pelepah di mana belatuk jantan jauh berwarna terang dan berwarna-warni. daripada belatuk betina.[3]

Tabiat

Burung ini boleh dilihat bertenggek secara menegak di atas hujung ekornya yang keras di batang pokok sambil paruhnya yang keras dan berbentuk pahat mematuk batang pokok untuk mencari makanan ulat dan serangga ataupun untuk melubangi pokok untuk membuat sarang. Bunyi patukannya yang agak kuat itu boleh kedengaran dari jauh.

Selain itu, belatuk juga mengeluarkan bunyi teriakan kasar dan nyaring. Di udara, belatuk terbang secara berombak-ombak tetapi agak lemah.[5][3]

Pembiakan

Burung belatuk membiak dengan bertelur di dalam lubang batang pokok. Telur belatuk bercangkerang keras.Telur belatuk tidak mudah retak.

Spesies

  • Belatuk ara (Pigaus xanthopygaeus)
  • Belatuk awan (Meiglyptes tristis)
  • Belatuk bakau (Picus vittatus) = Belatuk hijau
  • Belatuk baldu (Sitta frontalis)
  • Belatuk belacan (Dendrocopos canicapillus)
  • Belatuk belacan Kecil (Picoides canicapillus)
  • Belatuk belang (Picumnus innominatus)
  • Belatuk biji nangka (Micropternus brachyurus)
  • Belatuk bulan
  • Belatuk buluh
  • Belatuk daun
  • Belatuk daun rintik
  • Belatok gajah (Dryocopus javensis)
  • Belatuk gunung (Picus canus)
  • Belatuk hijau (Picus vittatus) = Belatuk bakau
  • Belatuk jati
  • Belatuk kasturi
  • Belatuk kecil (Dendrocopos moluccensis)
  • Belatuk kecil (Sasia abnormis)
  • Belatuk kelabu
  • Belatuk kerdil api
  • Belatuk kerdil bintik
  • Belatuk kerdil kening putih
  • Belatuk kuda
  • Belatuk maharaja (Campephilus imperialis)
  • Belatuk mas (Dinopium javanense) = Belatuk pinang muda
  • Belatuk merah (Picus miniaceus)
  • Belatuk paruh gading (Campephilus principalis)
  • Belatuk pinang muda (Dinopium javanense) = Belatuk mas
  • Belatuk pinang rimba (Dinopium rafflesii)
  • Belatuk pinang tua (Chrysocolaptes lucidus)
  • Belatuk punggur (Blythipicus rubiginosus)
  • Belatuk ranting (Picus mentalis)
  • Belatuk raja (Picoides cathpharius)
  • Belatuk ranum (Reinwardtipicus validus)
  • Belatuk rotan (Picus viridanus)
  • Belatuk rimba
  • Belatuk sisik
  • Belatuk Sunda
  • Belatuk tengkuk kuning besar (Picus flavinucha)
  • Belatuk tengkuk kuning kecil (Picus chlorolophus)
  • Belatuk tonggek
  • Belatuk tuki-tuki

Rujukan

  1. ^ "belatuk". Kamus Dewan (ed. ke-4). Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. 2017. "belatuk". Kamus Besar Bahasa Indonesia (ed. 3rd). Badan Pengembangan dan Pembinaan Bahasa, Kementerian Pendidikan dan Kebudayaan Republik Indonesia. 2016.
  2. ^ Sebagai perbandingan:
    • "pelatuk". Kamus Dewan (ed. ke-4). Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. 2017.
    • "pelatuk". Kamus Besar Bahasa Indonesia (ed. 3rd). Badan Pengembangan dan Pembinaan Bahasa, Kementerian Pendidikan dan Kebudayaan Republik Indonesia. 2016.
  3. ^ a b c d Madoc, 1976
  4. ^ Blust, Robert; Trussel, Stephen. "*pa(n)tuk₂ to knock, strike against". Austronesian Comparative Dictionary (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 30 November 2017.
  5. ^ a b Tweedie, 1960, 1970
  6. ^ Winkler, Hans & Christie, David A. (2002), "Family Picidae (Woodpeckers)" in del Hoyo, J.; Elliot, A. & Sargatal, J. (editors). (2002). Handbook of the Birds of the World. Volume 7: Jacamars to Woodpeckers. Lynx Edicions. ISBN 978-84-87334-37-5

Sumber utama

  • Madoc, G.C. (1976). An Introduction to Malayan Birds. Kuala Lumpur: Malayan Nature Society.
  • Tweedie, M.W.F. (1960). Common Malayan Birds (1 ed). (1970) Common Birds of the Malay Peninsula (2 ed.) Kuala Lumpur: Longman. ISBN 0-582-69450-7.

Pautan luar