Bitcoin Cash

Bitcoin Cash (BCH) ialah mata wang kripto yang bercabang daripada Bitcoin.[1]

Keperluan menampung bilangan transaksi setiap saat yang kian meningkat menyumbang kepada sebahagian orang dalam bidang mata wang kripto mencipta cabang keras untuk meningkatkan had saiz blok. Pada tahun 2017, terdapat 2 kumpulan penyokong Bitcoin. Bitcoin Cash didagangkan di pertukaran mata wang digital seperti Bitstamp, Coinbase, Gemi, Kraken dan lain-lain dengan nama Bitcoin Cash dan simbol BCH untuk mata wang kripto ini. Kedua-duanya, Bitcoin dan juga Bitcoin Cash, menggunakan algoritma bukti kerja untuk mengecap masa setiap blok baru. Pada 15 November 2018, perpecahan rantaian cabang keras Bitcoin Cash berlaku antara 2 kumpulan saingan, iaitu Bitcoin Cash dan Bitcoin SV.

Bagaimanakah Bitcoin Cash berfungsi?

Pengguna Bitcoin Cash menghantar dan menerima BCH pada blockchain dengan memasukkan maklumat kunci awam yang dilampirkan pada dompet digital setiap orang.

BCH menggunakan konsensus bukti kerja, di mana peserta yang dikenali sebagai "pelombong" bersaing antara satu sama lain menggunakan peralatan komputer khusus untuk menjadi yang pertama menemui blok baharu.

Bitcoin Cash juga menggunakan algoritma pencincangan SHA-256 yang sama seperti Bitcoin - ini pada asasnya merujuk kepada kaedah mengambil data dan mengubahnya menjadi cap jari digital.

Salah satu perkara yang menjadikan Bitcoin Cash berbeza daripada Bitcoin ialah "pelarasan kesukaran" untuk perlombongan blok. Untuk memastikan blok dilombong secara konsisten, perisian Bitcoin melaraskan faktor kesukaran melombong untuk setiap 2,016 blok yang dilombong. Bitcoin Cash sebaliknya melaraskan kesukarannya setiap 10 minit untuk mencerminkan jumlah kuasa pengkomputeran pada rangkaian.

Rujukan

  1. ^ Kelly, Jemima (15 May 2018). "Bitcoin cash is expanding into the void". Financial Times. Dicapai pada 3 June 2018.