Borneo Utara

Borneo Utara
بورنيو اوتارا
1882–1963
Bendera Borneo Utara
Lencana Borneo Utara
Bendera Lencana
Cogan kata: Pergo et Perago
StatusKoloni Britania Raya
(Protektorat sampai tahun 1946)
Ibu negaraJesselton
Bahasa yang umum digunakanBahasa Melayu, Bahasa Inggeris
KerajaanMonarki
Ratu Inggris 
• 1882 - 1901
Victoria
• 1952 - 1963
Elizabeth II
Gabenor 
• 1896 - 1901
Robert Scott
Era SejarahImperialisme Baru
Mei 1882
• Protektorat Inggeris
1888
• Penjajahan Jepun
1 Januari 1942
• Pembebasan oleh Australia
Jun, 1946
• Kembali menjadi koloni
15 Julai 1946
• Kemerdekaan
31 Ogos 1963
• Pembentukan persekutuan Malaysia
16 September 1963
Keluasan
193676,115 km2 (29,388 bt2)
Populasi
• 1936
285000
Mata wangDolar Borneo Utara sampai 1953
Dollar Malaya dan Borneo setelah 1953
Didahului oleh
Diganti oleh
Kesultanan Brunei
Kesultanan Sulu
Sabah
Labuan
Sebahagian daripada siri tentang
Sejarah Malaysia
Kemerdekaan Malaya dan proklamasi penggabungan Borneo Utara dan Sarawak bagi membentuk Malaysia.
Prasejarah Malaysia
Prasejarah Malaysia 100–kurun-6
Kerajaan awal
Chih Tu kurun-2–7
Gangga Negara kurun-1–11
Langkasuka kurun-1–15
Pan Pan kurun-3–5
Kedah Tua kurun-4–12
Pahang Tua kurun-5–15
Melayu Jambi kurun-6
Kota Gelanggi kurun-7–9
Srivijaya 650-1377
Majapahit 1293-1500
Kemunculan Kesultanan Islam
Kesultanan Kedah 1136–sekarang
Sultan Kelantan 1267-sekarang
Kesultanan Brunei 1363–sekarang
Kesultanan Melaka 1402–1511
Kesultanan Sulu 1450–1899
Kesultanan Pahang 1470-sekarang
Kesultanan Perak 1528–sekarang
Kesultanan Terengganu 1725-sekarang
Kesultanan Selangor 1743-sekarang
Negeri Sembilan 1773-sekarang
Kerajaan Perlis 1843-sekarang
Parti Politik dan Pertubuhan
UMNO1946-sekarang
MIC1946-sekarang
MCA1949-sekarang
Parti Islam Se-Malaysia1951-sekarang
Parti Perikatan1952-1973
Parti Tindakan Demokratik1965-sekarang
Barisan Nasional1973-sekarang
Parti Bersatu Sabah1985-sekarang
Pertubuhan BERSIH2006-sekarang
Pakatan Rakyat2008-2015
Pertubuhan Hindraf2009-2019
Pakatan Harapan2015-sekarang
Parti Pribumi Bersatu Malaysia2016-sekarang
Muafakat Nasional2019-2022
Gabungan Parti Sarawak2019-sekarang
Parti Perikatan Nasional2020-sekarang
Parti Pejuang Tanah Air2020-sekarang
Ikatan Demokratik Malaysia2020-sekarang
Peristiwa
Hartal Tanah Melayu 19471947
Gerakan Anti-Penyerahan Sarawak1946-1950
Peristiwa Bukit Kepong1950
Rusuhan kaum 19641964
Krisis Perlembagaan Sarawak1966
Rusuhan Pulau Pinang1967
Pertikaian Pulau Ligitan dan Sipadan 1969-2002
Kebangkitan mahasiswa Malaysia 1971-19751971-1975
Krisis tebusan Bangunan AIA 19751975
Peletupan Tugu Negara1975
Kebakaran Kompleks Campbell1976
Tragedi Double Six1976
Tragedi Penerbangan MH6531977
Darurat Kelantan1977-1978
Dawn Raid1981
Serangan hendap Lahad Datu 19851985
Peristiwa Memali1985
Rusuhan Senyap Sabah1986
Operasi Lalang1987
Urusan Mahkamah Ming 19871987
Tragedi Terminal Feri Sultan Abdul Halim1988
Kebakaran Madrasah Taufiqiah Al-Khairiah1989
Tragedi letupan kilang mercun Bright Sparklers1991
Pindaan Perlembagaan Malaysia 19931993
Tragedi Highland Towers1993
Ribut Tropika Greg1996
Krisis Kewangan Asia1997-1998
Sukan Komanwel 19981998
Gerakan Reformasi Malaysia1998-sekarang
Wabak virus Nipah di Malaysia1998-1999
Al-Ma'unah2000
Peristiwa Kampung Medan2001
Tsunami Malaysia 20042004
Pembunuhan Altantuya Shaariibuu2006
Perhimpunan Bersih 20072007
Perhimpunan Hindraf 20072007
Gelombang Politik 20082008
Himpunan Anti-ISA2009
Pandemik H1N1 di Malaysia2009-2010
Perhimpunan Bersih 20112011
Perhimpunan Bersih 20122012
Himpunan Kebangkitan Rakyat 20132013
Pencerobohan Lahad Datu2013
Himpunan Black Out 20132013
Langkah Kajang2014
Tragedi Penerbangan MH3702014
Tragedi Penerbangan MH172014
Banjir 2014-152014-2015
Skandal 1Malaysia Development Berhad2015-sekarang
Perhimpunan Bersih 20152015
Gempa bumi Sabah 20152015
Deklarasi Rakyat2016
Serangan bom tangan Movida Bar2016
Perhimpunan Bersih 20162016
Pembunuhan Kim Jong-nam2017
Kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah2017
PRU-14 - Peralihan kerajaan2018
Protes terhadap ICERD di Malaysia2018
Rusuhan Kuil Sri Maha Mariamman2018
Perhimpunan Anti-ICERD2018
Pandemik COVID-19 di Malaysia2020-kini
Perintah Kawalan Pergerakan Malaysia2020-2021
Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan2021-2022
Kemalangan LRT Kelana Jaya 20212021
Hartal Doktor Kontrak2021
Banjir 2021-222021-2022
Tanah runtuh Batang Kali 2022 2022
Tragedi pesawat Elmina 2023
Mengikut topik
Ikon portal Portal Malaysia
  • l
  • b
  • s

Borneo Utara (North Borneo) merupakan satu negeri naungan British di bawah Syarikat Berpiagam Borneo Utara British pada 1882-1946, dan kemudian menjadi tanah jajahan mahkota British 1946-1963. Ia terletak di bahagian timur laut pulau Borneo dan kini dikenali sebagai Sabah setelah terbentuknya persekutuan Malaysia pada 16 September 1963.

Sejarah

Sebahagian daripada siri tentang
Sejarah Brunei
Pra-Kesultanan
Empayar Brunei
1368
to 1888
Wangsa Bolkiah
(Abad ke-15 – present)
Kesultanan Sulu
1405
to 1578
Kerajaan Maynila
1500s
to 1571
Tondo
1500s
to 1571
Perang Kastilia 1578
Perang Saudara 1660–1673
Sarawak
Abad ke-15
to 1841
Labuan
Abad ke-15
to 1846
Sabah (Borneo Utara)
Abad ke-15
to 1865
Negara naungan British 1888–1984
Pendudukan Jepun 1942–1945
Kempen Borneo 1945
Pentadbiran Tentera British
1945–1946
Pemberontakan 1962
  • l
  • b
  • s

Sebelum wilayah timur Borneo utara diserahkan oleh Sultan Brunei kepada Sultan Sulu sebagai tanda penghargaan kerana membantu Brunei dalam perang saudara yang berlaku di Brunei, khususnya dalam semua wilayah yang ditakluki oleh Empayar Brunei.[1][2]

Pulau Balambangan

Pada tahun 1761, pegawai di Syarikat Hindia Timur Inggeris, Alexander Dalrymple berjaya memeteraikan perjanjian dengan Sultan Sulu bagi membolehkan penguasaan syarikat di Pulau Balambangan, terletak kira-kira 51 km diluar pesisir pantai Kudat yang dikenali sebagai Felicia oleh British. Sebuah pelabuhan bebas telah ditubuhkan disitu sebagai entreport terpenting di wilayah Asia timur, lebih-lebih lagi bagi perdagangan Inggeris-China.

Walaubagaimananpun, pelabuhan tersebut telah gagal menempakan kejayaan jangka panjang, berikutan serangan berterusan pihak lanun dan British telah meninggalkan pulau tersebut pada 1805.

Labuan

Minat British terhadap Borneo Utara dihidupkan semula selepas tempoh 40 tahun khususnya Labuan, sebuah pulau yang terletak di sebelah barat laut Borneo. Pada 1844, James Brooke berunding dengan Sultan Brunei tentang penyerahan pulau Labuan untuk digunakan oleh British sebagai tempat melombong batu arang di samping menjadikan satu pangkalan untuk membenteras kegiatan lanun serta meningkatkan perdagangan.

Pada 18 Disember 1846, satu perjanjian telah ditandatangani yang menyebabkan Pulau Labuan dan pulau-pulau kecil yang berhampiran diserahkan buat selamanya oleh Sultan Brunei Sultan Omar Ali Saifuddin II kepada pihak British.[3] Brooke telah menjadi Gabenor Labuan yang pertama dan Konsul Besar di Borneo. William Napier dilantik menjadi Timbalan Gabenor, Sir Hugh Low sebagai Setiausaha Kolonial dan Spencer St. John sebagai setiausaha sulit kepada Brooke. Labuan tidak mampu berkembang seperti mini Singapura atau Pulau Pinang, seperti yang diharapkan oleh pengasasnya.

Iklim yang tidak memuaskan, serangan malaria dan kekurangan kemudahan asas telah menjadi faktor penghalang kepada pembangunan pulau tersebut. Rentetan sejarah Labuan boleh dilihat daripada pelbagai perubahan pentadbirannya. Pada tahun 1890, Labuan telah diletakkan di bawah pentadbiran Syarikat Berpiagam Borneo Utara British. Pada 1907, ia diletakkan di bawah kerajaan Negeri-negeri Selat. Selepas Perang Dunia Kedua, Labuan menjadi sebahagian daripada jajahan Borneo Utara. Kemudian pada 16 April 1984, Labuan telah menjadi sebahagian daripada Wilayah Persekutuan Malaysia.

1881-1963

Syarikat Perdagangan Amerika

Pada 1865, seorang konsul Amerika di Brunei, Claude Lee Moses telah berjaya menyewa Borneo Utara dari Sultan Brunei untuk tempoh 10 tahun. Kemudian beliau menjualnya kepada Syarikat Perdagangan Amerika (American Trading Company) yang dimiliki oleh J.W.Torrey, T.B. Harris dan beberapa orang pedagang Cina. Torrey memilih Kimanis, satu kawasan di barat daya Borneo Utara sebagai pangkalannya dan memulakan pembinaan penempatan lalu dinamakan 'Ellena'. Usaha mencari bantuan kewangan bagi membiayai pembangunan penempatan tersebut gagal lalu ditinggalkan. Dengan hampir menjelangnya tamat tempoh sewaan wilayah tersebut, Torrey berhasil menjual haknya kepada konsul Austria-Hungary di Hong Kong iaitu Baron Gustavus von Overbeck. Overbeck berjaya memperbaharui tempoh sewaan tersebut untuk 10 tahun dari Temenggong Brunei. Selain itu, Overbeck berhasil mendapatkan bantuan kewangan dari Dent bersaudara (Dent brothers - Alfred and Edward) bagi menampung perbelanjaan rancangan yang dirancang untuk Borneo Utara. Harris meninggal dunia pada tahun 1866 dan Torrey pulang semula ke Amerika Syarikat pada tahun 1877. Beliau meninggal di Boston, Massachusetts pada Mac 1884.

Alfred Dent dan sewaan

Bendera Borneo Utara

Akhirnya, Overback bersama Count Montgelas, dari Kedutaan Austro-Hungarian di London dan A.B. Mitford, seorang ahli politik kemudiannya telah bersetuju memberi hak-hak mereka kepada Alfred Dent.

Sebelum itu, Overback juga berminat untuk menduduki bahagian timur laut Borneo Utara, yang mana ketika itu diperintah oleh Kesultanan Sulu. Oleh itu, suatu perjanjian bersama antara Overback dan Sultan Sulu telah diadakan bagi mengambil wilayah tersebut pada 22 Januari 1878. Sebagai balasan daripada Overback kepada Sultan Sulu, Overback dan Alfred Dent akan menyediakan bantuan pertahanan kepada Sultan bagi melawan golongan "spaniards" dan memberikan (RM 5,300 setahun, nilai dalam dollar Mexico yang mana pada ketika itu bersamaan dengan nilai emas). Pajakan ini berterusan sehinggalah Sabah mengecapi kemerdekaan bersama Malaysia pada tahun 1963, bersama-sama dengan Singapura, Sarawak dan Semenanjung Malaysia. Sehingga kini, dikatakan kerajaan Malaysia masih membayar pajakan kepada Kesultanan Sulu.[4][5]


Selepas kekecewaan British terhadap Labuan, minat British terhadap Borneo Utara pudar sehinggalah pada bulan Julai 1881, apabila Alfred Dent dan adiknya menubuhkan British North Borneo Provisional Association Ltd dan mendapat status Charter pada 1 November 1881. Pada Mei 1882, sebuah syarikat perdagangan baharu pimpinan Alfred Dent, Syarikat Berpiagam Borneo Utara British mula mentadbir Borneo Utara. SBUB menggelarkan Sabah sebagai "negeri di bawah bayu". Sir Rutherford Alcock dilantik sebagai Presiden pertama, dan Alfred Dent sebagai Pengarah urusan syarikat.

Protokol Madrid 1885

Pada 1885, perjanjian Protokol Madrid antara Britain, Jerman dan Sepanyol dimeterai untuk mengiktiraf kedaulatan Sepanyol ke atas Arkipelago Sulu dan pengaruh Sepanyol hanya terhad di bahagian itu. Artikel 3 khususnya mengesahkan Sepanyol melepaskan semua tuntutan ke atas Borneo; kepunyaan atau bekas kepunyaan Sultan Sulu (Jolo) juga dilepaskan termasuk semua kepulauan di bawah pentadbiran SBUB. Ketiga-tiga negara juga berjanji untuk berdagang sesama sendiri tanpa sekatan di Arkipelago dan Borneo Utara.[6]

Syarikat Berpiagam Borneo Utara British

Pada 1888, Borneo Utara telah menjadi negara naungan British di mana kerajaan British akan melindungi Borneo Utara di bawah pengaruh British. Pemerintahan Syarikat ini terhadap Borneo Utara telah memberi banyak pembangunan di kawasan ini. Borneo Utara diperintah melalui satu sistem secara hairaki (tidak langsung). Pada amnya pentadbiran berjalan dengan aman, namun begitu terdapat juga beberapa penentangan kecil. Penentangan yang serius termasuklah Perang Mat Salleh dari tahun 1894-1900 diikuti oleh penentangan Rundum yang dilakukan oleh suku Murut dalam tahun 1915.

Pihak SBUB berupaya memerintah Borneo Utara sehingga 1942, selama 60 tahun apabila Perang Dunia Kedua tercetus. Tentera Jepun mendarat di Labuan pada 1 Januari dan menduduki Borneo Utara sehingga ia dibebaskan oleh askar dari ‘9th Division Australian Imperial Forces (A.I.F)’ pada tahun 1945. Selepas Perang Dunia Kedua, Borneo Utara telah ditadbir oleh Pentadbiran Ketenteraan British (British Military Administration) sehingga 15 Julai 1946 apabila kerajaan sivil disambung semula.

Tanah Jajahan Mahkota British

Bacaan lanjut: Tanah Jajahan Mahkota British Borneo Utara

Pada 15 Julai 1946, Borneo Utara diletakkan di bawah Tanah Jajahan Mahkota British kerana SBUB tidak mampu membina semula kemusnahan Borneo Utara selepas Perang Dunia Kedua. Kemusnahan teruk yang dialami oleh bandar Sandakan telah menyebabkan Jesselton dipilih sebagai ibu negara selepas era Perang Dunia Kedua dan status ini kekal ke hari ini. Sistem pentadbiran penjajahan selepas perang adalah sama dengan sistem pentadbiran pada era SBUB. Pembinaan semula dan pembangunan negara Borneo Utara menjadi fokus utama para pentadbir.

Gabungan bersama Persekutuan Malaysia

Borneo Utara telah memperolehi hak pentadbiran sendiri pada 31 Ogos 1963 di Keningau, ia diikuti dengan transisi penggabungan dengan Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963. [7] Malaysia telah wujud dengan rasminya, tanpa Brunei, dua bulan kemudian yakni pada 16 September 1963 dan nama Borneo Utara telah ditukar kepada negara Sabah. Terlebih dahulu dari itu, Borneo Utara telah membentuk negara pentadbiran peralihan bagi bergabung dengan Persekutuan Malaysia. Ini bermaksud bahawa Sabah telah menjadi sebuah negara mahupun merdeka secara hakiki, berikutan. Pada tahun 1965, Singapura keluar daripada Persekutuan Malaysia. Borneo Utara telah memperolehi hak negara pentadbiran sendiri pada 31 Ogos 1963 melalui British di Keningau. Gabenor melantik Donald Aloysius Marmaduke Stephens (Tun Haji Mohammad Fuad Stephens) sebagai Ketua Menteri pertama Negara Sabah.

Lihat juga

Rujukan

  1. ^ Muzium Brunei (1969). Brunei Museum Journal. The area from Kimanis Bay to the Paitan River not from Sulu but from Brunei
  2. ^ Ben Cahoon. "Sabah". worldstatesmen.org. Dicapai pada 10 October 2014. Sultan of Brunei cedes the lands east of Marudu Bay to the Sultanate of Sulu in 1704.
  3. ^ Rozan Yunos (7 September 2008). "Loss of Labuan, a former Brunei island". The Brunei Times. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-04-28. Dicapai pada 29 April 2014. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  4. ^ (Inggeris) Malaysia soldiers attack armed Filipino clan in Borneo. BBC News Asia.
  5. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-08-21. Dicapai pada 2015-08-05.
  6. ^ "salinan arkib" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2013-10-29. Dicapai pada 2015-08-05.
  7. ^ Frans Welman. Borneo Trilogy Volume 1: Sabah. Booksmango. m/s. 159–. ISBN 978-616-245-078-5. Dicapai pada 28 May 2013.
  • l
  • b
  • s
Topik
Masyarakat
  • Budaya
  • Jenayah
  • Masakan
  • Demografik (Kumpulan etnik)
  • Ekonomi
  • Pendidikan
  • Politik
Bahagian
Bandar utama
Daerah
Pekan
Pulau
Pulau Bai Pulau Bait Pulau Balambangan Pulau Banggi Pulau Batik Kulambu Pulau Billean Pulau Bohayan • Pulau Boheydulang Pulau Bum Bum • Pulau Gaya Pulau Jambongan Pulau Kalumpang • Pulau Kapalai Pulau Lankayan Pulau Larapan • Pulau Libaran Pulau Ligitan Pulau Mabul Pulau Maiga Pulau Malawali Pulau Maliangin Besar • Pulau Maliangin Kecil • Pulau Mataking Pulau Mantabuan Pulau Mantanani • Pulau Menampilek • Pulau Nusa Tengah • Pulau Omadal Pulau Pababag Pulau Pom Pom Pulau Sakar • Pulau Sebatik Pulau Selingaan Pulau Sepanggar Pulau Si Amil Pulau Sibuan Pulau Silawa • Pulau Silumpat • Pulau Sikarindingan • Pulau Sipadan Pulau Sipanggau • Pulau Tabawan Pulau Tegaipil Pulau Tiga Pulau Tigabu • Pulau Timbun Mata
Teluk
Teluk Agal • Teluk Cowie Teluk Darvel • Teluk Kimanis Teluk Labuk • Teluk Marchesa • Teluk Marudu Teluk Padas • Teluk Paitan • Teluk Sandakan Teluk Sepanggar Teluk Schomburgk Teluk Tambak
Sungai
Sungai Atling • Sungai Kalabakan • Sungai Kinabatangan Sungai Labuk Sungai Liwagu Sungai Mulau • Sungai Padas Sungai Paitan • Sungai Papar Sungai Pegalan • Sungai Segama Sungai Sugut Sungai Tuaran
Konflik Spratly
Bahagian pilihan raya
  • l
  • b
  • s
   

P.167 Kudat
N.01 Banggi
N.02 Bengkoka
N.03 Pitas
N.04 Tanjong Kapor

P.168 Kota Marudu
N.05 Matunggong
N.06 Bandau
N.07 Tandek

P.169 Kota Belud
N.08 Pintasan
N.09 Tempasuk
N.10 Usukan
N.11 Kadamaian

P.170 Tuaran
N.12 Sulaman
N.13 Pantai Dalit
N.14 Tamparuli
N.15 Kiulu

P.171 Sepanggar
N.16 Karambunai
N.17 Darau
N.18 Inanam

P.172 Kota Kinabalu
N.19 Likas
N.20 Api-Api
N.21 Luyang

P.173 Putatan
N.22 Tanjong Aru
N.23 Petagas
N.24 Tanjung Keramat

P.174 Penampang
N.25 Kapayan
N.26 Moyog

P.175 Papar
N.27 Limbahau
N.28 Kawang
N.29 Pantai Manis

P.176 Kimanis
N.30 Bongawan
N.31 Membakut

P.177 Beaufort
N.32 Klias
N.33 Kuala Penyu

P.178 Sipitang
N.34 Lumadan
N.35 Sindumin

P.179 Ranau
N.36 Kundasang
N.37 Karanaan
N.38 Paginatan

P.180 Keningau
N.39 Tambunan
N.40 Bingkor
N.41 Liawan

P.181 Tenom
N.42 Melalap
N.43 Kemabong

P.182 Pensiangan
N.44 Tulid
N.45 Sook
N.46 Nabawan

P.183 Beluran
N.47 Telupid
N.48 Sugut
N.49 Labuk

P.184 Libaran
N.50 Gum-Gum
N.51 Sungai Manila
N.52 Sungai Sibuga

P.185 Batu Sapi
N.53 Sekong
N.54 Karamunting

P.186 Sandakan
N.55 Elopura
N.56 Tanjong Papat

P.187 Kinabatangan
N.57 Kuamut
N.58 Lamag
N.59Sukau

P.188 Lahad Datu
N.60 Tungku
N.61 Segama
N.62 Silam
N.63 Kunak

P.189 Semporna
N.64 Sulabayan
N.65 Senallang
N.66 Bugaya

P.190 Tawau
N.67 Balung
N.68 Apas
N.69 Sri Tanjong

P.191 Kalabakan
N.70 Kukusan
N.71 Tanjung Batu
N.72 Merotai
N.73 Sebatik

  • l
  • b
  • s
Rencana Malaysia 
Sejarah
Geografi
Politik
Ekonomi
Masyarakat
Budaya
Simbol
  • Kategori
  • Portal