Dehidratase

Serina dehidratase ialah contoh dehidratase. Ia menggunakan PLP sebagai kofaktor.

Dehidratase ialah sekumpulan enzim liase yang membentuk ikatan ganda dua atau ganda tiga dalam substrat melalui pembuangan molekul air.[1] Ia dapat ditemui dalam banyak tempat, termasuk mitokondrion, peroksisom dan sitosol.[2] Setakat kini, ada lebih 150 enzim dehidratase diketahui dalam empat kumpulan.[3]

Patologi

Kekurangan dehidratase dalam badan boleh menyebabkan hiperfenilalaninemia ringan, yakni jumlah fenilalanina berlebihan dalam darah. Ia terjadi akibat gangguan genetik resesif dalam DNA autosom.[4]

Contoh

Antara contoh dehidratase lazim termasuk:

  • Asid delta-aminolevulinik dehidratase (ADA-D) ditemui dalam darah, dan terlibat dalam penghasilan kumpulan hem dalam globin.[5] Mereka yang terdedah dengan plumbum akan memiliki pengurangan aktiviti ADA-D.[6]
  • Serina dehidratase kebanyakannya ditemui dalam hati, dan memangkinkan penukaran serina kepada piruvat dan ammonia. Dalam diet protein dipertingkatkan, aktiviti serina dehidratase meningkat.[7]
  • Arogenat dehidratase banyak ditemui dalam kloroplas tumbuhan darjat tinggi. Ia memangkinkan tindak balas penukaran L-arogenat menjadi L-fenilalanina.[8]

Rujukan

  1. ^ "dehydratase". The Free Dictionary.
  2. ^ "Evidence that f-hydroxyacyl-CoA dehydrase purified from rat liver microsomes is of peroxisomal origin". Biochem. J. 287.
  3. ^ "ENZYME: 4.2.1.-". enzyme.expasy.org. Dicapai pada 2016-11-05.
  4. ^ RESERVED, INSERM US14 -- ALL RIGHTS. "Orphanet: Dehydratase deficiency". www.orpha.net. Retrieved 2016-11-01.
  5. ^ Reference, Genetics Home. "ALAD gene". Genetics Home Reference. Retrieved 2016-11-04.
  6. ^ Burch; Siegel. "Improved Method for Measurement of delta-Aminolevulinic Acid DehydrataseActivity of Human Erythrocytes". Clinical Chemistry. 17.
  7. ^ Mauron, Jean; Mottu, Françoise; Spohr, Georges (1973-01-01). "Reciprocal Induction and Repression of Serine Dehydratase and Phosphoglycerate Dehydrogenase by Proteins and Dietary-Essential Amino Acids in Rat Liver". European Journal of Biochemistry. 32 (2): 331–342. doi:10.1111/j.1432-1033.1973.tb02614.x. ISSN 1432-1033.
  8. ^ Jung; Zamir; Jensen. "Chloroplasts of higher plants synthesize L-phenylalanine via L-arogenate". Proc. Nati. Acad. Sci. USA. 83.

Pautan luar

  • Dehydratases dalam Tajuk Subjek Perubatan (MeSH) di Perpustakaan Perubatan Negara AS
  • l
  • b
  • s
  • l
  • b
  • s
Liase karbon-oksigen (EC 4.2) (terutamanya dehidratase)
4.2.1: Hidro-
  • Karbonik anhidrase
  • Fumarase
  • Akonitase
  • Enolase
    • Alfa
    • Enolase 2
  • Enoil-KoA hidratase/3-Hidroksiacil ACP dehidrase
  • Metilglutakonil-KoA hidratase
  • Triptofan sintase
  • Sistationina beta sintase
  • Porphobilinogen sintase
  • 3-Isopropilmalat dehidratase
  • Urokanase
  • Uroporfirinogen III sintase
  • Nitril hidratase
4.2.2: Bertindak terhadap polisakarida
  • Hialuronat liase
  • Pektin liase
4.2.3: Bertindak terhadap fosfat
  • Treonina sintase
4.2.99: Lain-lain
  • Karboksimetiloksisuksinat liase
  • Hidroperoksida liase