Divina Commedia

Divina Commedia
Halaman pertama edisi 1555 yang memaparkan tajuk terkini karya ini
Umum
PengarangDante Alighieri
Tajuk asal
Comedia
Bahasabahasa Itali loghat Toscana
Genrepuisi naratif, agama Kristian
Tarikh penerbitan
1320

Divina Commedia ("Komedi Ketuhanan"[nota 1]) ialah sebuah puisi naratif dikarang Dante Alighieri dari sekitar 1308 hingga setahun sebelum kematian beliau pada 1320. Puisi ini menggambarkan bayangan si pengarang terhadap alam kiamat sepertimana yang diketahui dalam anutan Kristian mazhab Gereja Katolik Rom pada abad ke-14, di mana sang pengarang menjelajah merentasi Neraka, Penyuci (purgatorium) dan Syurga,[2] hal ini merupakan kiasan kepada perjalanan roh manusia berjumpa Tuhan.[3] Watak melambangkan diri ini diiringi seberapa tokoh utama dalam perjalanannya iaitu Virgil yang memandu akal,[4]:743 Beatrice Portinari yang membawa pengetahuan segala-galanya[5] dan keimanan[4]:93 serta Bernard de Clairvaux yang melambangkan ketaatan kepada "Bunda Tuhan".[4]:99

Ia merupakan mahakarya Dante Alighieri di mana ia menonjolkan loghat bahasa di Toscana dipakai dalam penulisan beliau sebagai piawai bahasa Itali diterima seluruh rantau Itali.[6] Malah, ia meruapakan antara karya-karya terunggul yang banyak mempengaruhi sastera dan pengkaryaan dunia secara umumnya.[7]

Sejarah pengarangan

Edisii cetakan pertama puisi ini dicetak di Foligno, oleh Johann Numeister dan Evangelista Angelini da Trevi pada 11 April 1472.[8]

Dante banyak mendapat ilham daripada teologi dan falsafah Kristian pada zamannya, terutamanya daripada penulisan Thomas Aquinas berjudul Summa Theologica.[9][10]

Jalan cerita

Sajak ini dibahagikan kepada tiga bahagian utama berdasarkan latar tempat yang menjadi tumpuan utama kunjungan Dante iaitu Inferno, Purgatorio, and Paradiso:[11]

Inferno (Neraka)

Purgatorio (Penyuci)

Paradiso (Syurga)

Nota

  1. ^ Pada zaman Alighieri sejak dahulu kala, "komedi" (Latin: comoediacode: la is deprecated ) lebih merujuk kepada jenis sajak yang bernada santai serta menggunakan bahasa lazim dipakai rakyat marhaen; ia berada di bawah kelas "tragedi" (Latin: tragoediacode: la is deprecated ) yang merupakan jenis sajak lebih menyetuh bidang berat serta menggunakan laras bahasa tinggi.[1]

Rujukan

  1. ^ Cartwright, Mark (12 Oktober 2020). "Dante Alighieri". World History Encyclopedia. Dicapai pada 19 September 2019.
  2. ^ Peter E. Bondanella, The Inferno, Introduction, p. xliii, Barnes & Noble Classics, 2003, ISBN 1-59308-051-4: "the key fiction of the Divine Comedy is that the poem is true."
  3. ^ Dorothy L. Sayers, Hell, notes on page 19.
  4. ^ a b c Lansing, Richard. The Dante Encyclopedia.
  5. ^ Approaches to teaching Dante's Divine comedy. Slade, Carole., Cecchetti, Giovanni, 1922–1998. New York, N.Y.: Modern Language Association of America. 1982. ISBN 978-0873524780. OCLC 7671339.CS1 maint: others (link)
  6. ^ Rujuk: Lepschy, Laura; Lepschy, Giulio (1977). The Italian Language Today.
  7. ^ Bloom, Harold (1994). The Western Canon. See also Western canon for other "canons" that include the Divine Comedy.
  8. ^ Christopher Kleinhenz, Medieval Italy: An Encyclopedia, Volume 1, Routledge, 2004, ISBN 0-415-93930-5, p. 360.
  9. ^ Charles Allen Dinsmore, The Teachings of Dante (Ayer, 1970), p. 38, ISBN 0-8369-5521-8.
  10. ^ The Fordham Monthly Fordham University, Vol. XL, Dec. 1921, p. 76
  11. ^ Peter E. Bondanella, The Inferno, Introduction, p. xliii, Barnes & Noble Classics, 2003, ISBN 1-59308-051-4: "the key fiction of the Divine Comedy is that the poem is true."

Pautan luar

  • Princeton Dante Project - laman menampilkan teks penuh semua karya Dante Alighieri termasuk Divina Commedia dengan keterangan, anotasi tafsiran dan sejarah serta audio penjelasan dalam bahasa-bahasa Itali dan Inggeris.
  • Dante Dartmouth Project: Koleksi teks penuh sebanyak lebih 70 tafsiran karya ini dalam bahasa-bahasa Itali, Latin dan Inggeris dari seawal 1322 (Iacopo Alighieri)
  • Kod manuskrip dalam talian: Phillips 9589
  • La commedia divina - salinan digital edisi tahun 1497 disertakan ilustrasi asal oleh Giorgione dalam simpanan Universiti Sydney