Edvard Grieg

Edvard pada tahun 1888 dengan tandatangannya.

Edvard Hagerup Grieg (AFA: /ˈɛdvɑɖ ˈhɑːɡərʉp ˈɡrɪɡː/) merupakan seorang penggubah Norway dan pemain piano pada era romantis.

Notturno, Op. 54, No. 4

Dipersembahkan secara langsung oleh Mark Gasser

Masalah mendengarkan ? Sila lihat bantuan media.

Edvard Hagerup Grieg dilahirkan di Bergen, Norway. Pada tahun 1861, Edvard membuat persembahan pertamanya sebagai pemain piano konsert di Karlshamn, Sweden. Sebahagian hasil karya awal Edvard merangkumi simfoni dan sonata piano. Dia juga menggubah 3 sonata biola dan 1 sonata selo.[1] Antara hasil karyanya ialah Piano Sonata in E minor, Op. 7, Violin Sonata No. 1 in F major, Op. 8, Concert Overture In Autumn, Op. 11, Violin Sonata No. 2 in G major, Op. 13 dan lain-lain.

Rujukan

  1. ^ Benestad, Finn. "Edvard Grieg". In Helle, Knut (ed.). Norsk biografisk leksikon (in Norwegian). Oslo: Kunnskapsforlaget. Retrieved 10 September 2011.