Eleena Sui
Eleena Sui | |
---|---|
Kelahiran | Noor Eleena binti Hamzah (1992-12-30) 30 Disember 1992 (umur 31) Malaysia |
Pendidikan | Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) |
Pekerjaan | Pengacara, model, pelakon |
Tahun aktif | 2016–kini |
Pasangan | Ahmad Faisya Bustaman (k. 2017) |
Anak-anak | 1 |
Eleena Sui (lahir Nor Eleena Hamzah; 30 Disember 1992) merupakan seorang model, pengacara dan pelakon wanita Malaysia. Beliau terkenal dengan watak lakonannya sebagai Inara dalam Suri Hati Mr. Pilot lakonan Fattah Amin dan Neelofa.
Kehidupan peribadi
Eleena Sui dilahirkan kepada ibunya yang berbangsa Cina dan bapanya yang berbangsa Melayu. “Saya kacukan Melayu-Cina. Keturunan Cina di sebelah ibu dan Melayu di sebelah bapa,” katanya dalam temubual bersama Stail.my pada Februari 2017. Eleena menggunakan nama keluarga sebelah ibunya, "Sui".[1]
Beliau berkahwin dengan peguam Ahmad Faisya Mohd Bustamam pada 4 Februari 2017[2] selepas berkenalan di Instagram.[3]
Filemografi
Filem
Tahun | Tajuk | Watak | Pengarah | Catatan |
---|---|---|---|---|
2018 | Bara | Maya | Ta Ferri | Filem pertama |
Drama
Tahun | Drama | Peranan | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2016 | Suri Hati Mr. Pilot | Inara | Astro Ria | |
2017 | Sayang Papa Saya Tak | Aleeya | ||
2017–2018 | My Coffee Prince | Eleena | ||
2019 | Suri Katriana | Amanda | Astro Prima | |
2020 | Tolong Sempurnakan Cerita Mami | Bella | Astro Ria | |
2021 | Sulaman Kasih | Elin | TV1 |
Televisyen
Tahun | Tajuk | Saluran TV |
---|---|---|
2016–2018 | HLive! | Astro Ria |
Rujukan
- ^ Zaidi Che (19 Februari 2017). "Eleena Sui: Beza industri hiburan Melayu dan Cina mungkin pada tatakerja". Stail.my. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-11-12. Dicapai pada 11 Disember 2017.
- ^ Amri Hassan (13 Ogos 2018). "Eleena Sui korban kerjaya demi suami". Astro Gempak. Dicapai pada 11 Disember 2018.
- ^ Sudirman Mohd Tahir (8 Februari 2017). "Cinta Instagram". Harian Metro. Dicapai pada 11 Disember 2017.