Emma Walmsley

Emma Walmsley
Walmsley berucap kepada Paul Nurse di Institut Francis Crick
Kelahiran
Emma Natasha Walmsley

Jun 1969 (umur 54)
Barrow-in-Furness, Lancashire (kini Cumbria), England
Pusat pendidikanUniversiti Oxford
PangkatCEO GlaxoSmithKline
TermaApril 2017-kini
PendahuluAndrew Witty
Ahli lembagaDiageo
GlaxoSmithKline
Microsoft
PasanganDavid Owen
Anak-anak4
Ibu bapaVice-Admiral Sir Robert Walmsley
Christina V Melvill

Emma Natasha Walmsley HonFRSC (lahir Jun 1969) ialah ketua pegawai eksekutif (CEO) GlaxoSmithKline, syarikat farmaseutikal terbesar England.[1] Beliau menggantikan Sir Andrew Witty, yang bersara pada Mac 2017.[2] Sebelum menyertai GSK, beliau bekerja untuk L'Oréal selama 17 tahun dan merupakan pengarah bukan eksekutif di Diageo sehingga September 2016.[3] Beliau dibesarkan di Barrow-in-Furness, Cumbria.

Peranan lain

Walmsley ialah ahli lembaga GlaxoSmithKline.[4] Beliau ialah pengarah bukan ekseutif di Diageo dari Januari hingga September 2016.[5][6] Pada September 2019, Walmsley menjadi pengarah bukan eksekutif Microsoft.[7]

Kehidupan peribadi

Di luar kerja, Walmsley juga aktif dalam yoga. Beliau berkahwin dengan suaminya, David Owen pada September 1995 di Greenwich, London, dan dikurniakan empat anak.[8]

Penghargaan

Pada tahun 2019, Walmsley menerima tempat kedua[9] dalam senarai ‘Wanita Paling Berkuasa’ dalam perniagaan, telah menduduki senarai pada 2018.[10] Pada tahun 2017 beliau berada di tempat kedua dalam senarai sama.[11]

Rujukan

  1. ^ "DIAGEO PLC - Officers (free information from Companies House)".
  2. ^ Kollewe, Julia; Farrell, Sean (20 September 2016). "GSK makes Emma Walmsley most powerful woman in FTSE 100" – melalui The Guardian.
  3. ^ "Who are the six female bosses in the FTSE 100?". The Telegraph (dalam bahasa Inggeris). 2017-07-17. ISSN 0307-1235. Dicapai pada 2019-07-24.
  4. ^ "Corporate Executive Team > Emma Walmsley". GlaxoSmithKline. Dicapai pada 3 March 2018.
  5. ^ "Emma Walmsley". Bloomberg.
  6. ^ "Emma Natasha WALMSLEY". UK Companies House. Dicapai pada 3 March 2018.
  7. ^ Levy, Ari (19 September 2019). "Microsoft adds a fifth woman to its board: GlaxoSmithKline CEO Emma Walmsley". CNBC.
  8. ^ "Emma Walmsley". Lean In.
  9. ^ "Most Powerful Women International". Fortune.
  10. ^ "Most Powerful Women International". Fortune (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2020-03-31.
  11. ^ "Most Powerful Women International". Fortune.