Empangan Tenom Pangi

Empangan Tenom Pangi adalah sebuah empangan hidroelektrik merentasi di Sungai Padas, Sabah. Empangan ini terletak 120 km ke selatan Kota Kinabalu.

Stesen kuasa

Stesen kuasa ini adalah stesen hidroelektrik, dengan 3 turbin dengan keupayaan 22 MW sebuah berjumlah 66 MW kesemuanya. Stesen ini dikendalikan oleh Sabah Electricity Sdn Bhd.

Sejarah

Pembinaan dimulakan pada tahun 1978 dan disiapkan pada tahun 1984 apabila turbin terakhir siap dipasang. Operasi dimulakan pada tahun 1984.

Spesifikasi empangan

Bahagian kekal empangan adalah seperti berikut:

  • Stesen jenis ini tiada takungan dan menggunakan arus sungai untuk menjalankan turbin.
  • Tandop – 3 petak.
  • Rumah janakuasa
    • Di atas tanah, 4 tingkat.
    • 3 set janakuasa merangkumi 3 turbin dengan bersaiz 22 MW sebuah, 3 janakuasa bersaiz 25 MVA sebuah dan 5 pembolehubah bersaiz 25 MVA sebuah.

Masalah sampah dan potongan kayu hanyut

Pada 25 Januari 2009, operasi Stesen janakuasa hidro Tenom Pangi terjejas kerana timbunan sampah sarap dan potongan kayu yang hanyut dari hulu Sungai Padas dan Sungai Pengalan setiap kali musim banjir. Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) menyatakan 'main intake' stesen janakuasa ini tersumbat dan kapasiti janaan stesen janakuasa menurun kerana terpaksa mengurangkan beban set janakuasa atau menghentikan operasi semua set janakuasa jika sampah sarap bertambah banyak, yang secara langsung memberi impak kepada sistem bekalan elektrik di Sabah. [1]

Lihat juga

Rujukan

  • Rujukan dari ODA Bank, Jepun (pdf Diarkibkan 2007-09-27 di Wayback Machine)
  1. ^ Timbunan Kayu Ganggu Operasi Stesen Hidro Tenom Pangi

Pautan luar

  • Laman web SESB Diarkibkan 2007-01-28 di Wayback Machine