Ferdinando Carulli

Ferdinando Carulli

Ferdinando Maria Meinrado Francesco Pascale Rosario Carulli (Naples, 9 Februari 1770 – Paris, 17 Februari 1841) ialah seorang penggubah muzik gitar klasik berbangsa Itali. Beliau juga pengarang kaedah klasik memetik gitar yang kekal digunakan sehingga ke hari ini. Beliau mengarang pelbagai karya bagi gitar klasik, termasuk konserto dan muzik kamar (ensembel muzik instrumental yang memerlukan satu pemain untuk setiap bahagian).[1] Beliau seorang penggubah yang menghasilkan banyak karya, menggubah 400 karya untuk gitar klasik dalam tempoh 12 tahun.

Biografi

Carulli dilahirkan di Naples (pada masa itu sebahagian daripada Kerajaan Naples), anak seorang cendekiawan. Seperti rakan sebayanya, beliau diajar teori muzik oleh seorang paderi yang juga seorang ahli muzik. Alat pertama Carulli ialah cello, tetapi beliau ketemu gitar dan menumpukan kehidupan kepada kajian dan pengembangan alat tersebut. Oleh sebab tiada pengajar gitar di Naples, Carulli mengembangakan gaya permainannya sendiri.

Carulli seorang pemetik gitar yang amat berbakat. Konsertnya amat popular di Naples dan beliau mula menjelajah Eropah. Carulli berkahwin dengan seorang wanita Perancis, Marie-Josephine Boyer, dan mempunyai seorang anak lelaki. Carulli mula menggubah muzik di Milan dan kemudiannya menetap di Paris selepas jelajah yang berjaya.

Muzik/Gaya

Opus 114 No. 1

Gubahan pertama daripada Opus 114 Carulli

Opus 114 No. 2

Gubahan kedua daripada Opus 114 Carulli

Masalah mendengarkan fail ini? Sila lihat bantuan media.


Carulli menjadi guru gitar dan ahli muzik yang berjaya di Paris, dan di sanalah beliau berjaya menjadikan gitar satu alat muzik yang diambil serius oleh orang bangsawan serta pemuzik. Beliau menggubah serta menerbitkan kebanyakan karyanya di Paris dan selain daripada menerbitkan karyanya sendiri, beliau juga menerbit karya pemuzik lain seperti Filippo Gragnani yang menjadi rakannya. Gragnani kemudiannya mendedikasikan tiga buah duet kepada Carulli.[2]

Sebahagian besar gubahan terbaik Carulli pada awalnya ditolak oleh penerbit kerana difikirkan terlalu payah untuk pemetik gitar biasa. Mahupun Carulli memiliki ramai murid dan penyokong, beliau mula berfikir bahawa beliau tidak seharusnya mendapat sanjungan tinggi oleh sebab banyak karya agungnya tidak diterbitkan. Namun, Carulli tidak berputus asa dan mula menerbitkan karyanya sendiri.

Carulli menulis kaedah masyhurnya buat gitar klasik, "Harmoni Untuk Gitar" ("Harmony Applied to the Guitar"), satu himpunanan gubahan yang kebayakannya agak senang dipetik. Himpunan ini masih digunakan dalam pengajaran gitar klasik.

Lewat hayatnya Carulli membuat ujian terhadap pembuatan gitar dan bersama-sama pembuat gitar, Lacote, beliau berjaya membuat perubahan besar terhadap peningkatan mutu bunyi gitar.

Carulli meninggal dunia di Paris ketika berusia 71 tahun pada 17 Februari 1841.

Gubahan

Rujukan

  1. ^ Takrif muzik kamar
  2. ^ Ferdinando Carulli Diarkibkan 2010-05-10 di Wayback Machine, Just Classical Guitar, Milano, Firenze, ITALIA. Retrieved on 2010-05-20.

Pautan luar

Penerbitan

  • Catalogo tematico delle opere di Ferdinando Carulli Diarkibkan 2002-11-21 di archive.today (Mario Torta, Ed. LIM)
  • Ferdinando Carulli (1770-1841) : profilo biografico-critico e catalogo tematico delle opere con numero (con cenni sulla formazione della chitarra esacorde ed elementi di metodologia bibliografica); Doctoral thesis by Mario Torta; (Università degli studi di Roma, La Sapienza; 1989)

Muzik lembaran

  • Rischel & Birket-Smith's Collection of guitar music 1 Det Kongelige Bibliotek, Denmark
  • Koleksi Boije Diarkibkan 2008-03-10 di Wayback Machine Perpustakaan Muzik Sweden (Percuma)
  • Skor Muzik oleh Ferdinando Carulli bagi Gitar Percuma/Free Scores for Guitar by Ferdinando Carulli fingered by Eythor Thorlaksson Classical Guitar School
  • Skor percuma oleh Ferdinando Carulli di Projek Perpustakaan Skor Muzik Antarabangsa (IMSLP)
  • Skor Muzik Percuma Projek Mutopia

Gambar Carulli

  • Imej-imej (Gallica)


Persondata
Nama Carulli, Ferdinando
Nama alternatif
Pemerihalan ringkas
Tarikh kelahiran 9 February 1770
Tempat kelahiran
Tarikh kematian 17 February 1841
Tempat kematian