Filem bebas

Filem bebas, atau juga dikenali sebagai filem indie, ialah filem yang dihasilkan kebanyakannya di luar dari studio filem utama. Istilah ini juga boleh merujuk kepada filem seni (art film) yang berbeza dengan jelas daripada kebanyakan filem pasaran umum. Tambahan kepada ia dihasilkan oleh syarikat pengeluar bebas, filem indie sering kali dihasilkan dan/atau diedar oleh subsidiari studio utama. Untuk dianggap bebas, kurang dari separuh pembiayaan filem datangnya dari studio utama. Filem indie seringkali tidak dapat dibezakan dari kendungannya dan gaya dan cara yang mana artistik peribadi penerbit filem dihasilkan. Biasanya, tetapi tidak semestinya, filem bebas dihasilkan dengan belanjawan lebih rendah berbanding filem studio utama. Pada umumnya, pemasaran filem bebas dicirikan oleh penerbitan terhad bagi membina mulut-ke-mulut atau bagi mencapai penonton khusus yang kecil.

Sejarah

Tentangan terhadap Edison Trust

Akar umbi filem bebas boleh dijejak kembali kepada penerbit filem pada tahun 1900-an yang menentang kawalan amanah yang dikenali sebagai Syarikat Paten Gambar bergerak - "Motion Picture Patents Company" atau "Edison Trust."

Syarikat Motion Picture Patents, diasaskan pada Disember 1908, merupakan amanah bagi semua syarikat filem utama (Edison, Biograph, Vitagraph, Essanay, Selig, Lubin, Kalem, American Star, American Pathé), pengedar utama (George Kleine) dan pembekal filem mentah terbesar, Eastman Kodak.

Pada waktu pembentukan MPPC, Thomas Edison memiliki kebanyakan paten utama berkait dengan gambar bergerak, termasuk bagi stok filem mentah. MPPC melaksanakan patennya dengan giat, sering kali menyaman dan menerima injuksi terhadap penerbit filem bebas. Disebabkan ini, sejumlah penerbit filem bertindak balas dengan membina kamera mereka sendiri dan mengalih operasi mereka ke Hollywood, California, di mana jarak dari pengkalan asas Edison di New Jersey menjadikannya lebih sukar bagi MPPC untuk melaksanakan patennya.[1]

Edison Trust berakhir dengan dua keputusan daripada Mahkamah Agung Amerika Syarikat: satu pada tahun 1912, yang membatalkan hak paten pada filem mentah, dan yang kedua pada 1915, yang membatalkan semua paten MPPC. Walaupun keputusan ini berjaya menjadikan filem bebas sah, ia tidak banyak membantu bagi membatalkan pengharaman mutlak ("de facto") ke atas pengeluaran filem kecil; pengeluar film bebas yang melarikan diri ke California Selatan ketika penguatkuasaan amanah telahpun meletakkan asas bagi sistem studio bagi wayang Hollywood klasik.

Sistem studio menggantikan Edison

Pada awal 1910, pengarah D. W. Griffith dihantar oleh Biograph Company ke pantai barat dengan rombongan pelakonnya, terdiri daripada Blanche Sweet, Lillian Gish, Mary Pickford, Lionel Barrymore, dan lain-lain.

Rujukan

  1. ^ "La-La Land: The Origins" Peter Edidin. New York Times. New York, N.Y.: August 21, 2005. pg. 4.2. "Los Angeles's distance from New York was also comforting to independent film producers, making it easier for them to avoid being harassed or sued by the Motion Picture Patents Company, AKA the Trust, which Thomas Edison helped create in 1909."

Bacaan lanjut

  • Lyons, Donald (1994). Independent Visions: A Critical Introduction to Recent Independent American Film. Ballantine Books. ISBN 0-345-38249-8.
  • Vachon, Christine (1996). A Killer Life: How an Independent Film Producer Survives Deals and Disasters in Hollywood and Beyond. Simon & Schuster. ISBN 0-7432-5630-1.
  • Redding, Judith (1997). Film Fatales: Independent Women Directors. Seal Press. ISBN 1-878067-97-4. Unknown parameter |coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan)
  • Levy, Emanuel (1999). Cinema of Outsiders: The Rise of American Independent Film. New York University Press. ISBN 0-8147-5123-7.
  • Merritt, Greg (2000). Celluloid Mavericks: The History of American Independent Film. Thunder's Mouth Press. ISBN 1-56025-232-4.
  • Biskind, Peter (2004). Down and Dirty Pictures: Miramax, Sundance, and the Rise of Independent Film. Simon & Schuster. ISBN 0-684-86259-X.
  • Pierson, John (2004). Spike Mike Reloaded. Miramax Books. ISBN 1-4013-5950-7.
  • Levy, Emanuel (2001). Cinema of Outsiders: The Rise of American Independent Film. NYU Press. ISBN 978-0814751244.
  • Hall, Phil (2009). The History of Independent Cinema. BearManor Media. ISBN 1593933355.
  • Richard Dyer Maccann (Summer, 1962). "Independence, with a Vengeance". Film Quarterly. University of California Press. 15 (4): 14–21. Check date values in: |date= (bantuan)

Pautan luar

  • Independent Films The original source of independent film online.
  • IFTA Diarkibkan 2013-09-25 di Wayback Machine - The Independent Film & Television Alliance, an International trade association representing Independent Producers
  • About.com - A comprehensive guide to independent and worldfilm.
  • Indie Films at the Internet Movie Database
  • MOViEmaven List Diarkibkan 2016-03-04 di Wayback Machine Online resource for independent films
  • Official website of IndieWIRE
  • Independent Feature Project IFP
  • Workbook Project an open source project for independent filmmakers Workbook Project
  • Independent Film Pageon Film.com
  • IndependentPictures.com Diarkibkan 2019-07-22 di Wayback Machine - Share and review indie films and find talents for your next project!
  • independentfilmdistribution.com Diarkibkan 2018-08-18 di Wayback Machine Listing of leading independent film distributors
  • NomadsLand Diarkibkan 2012-01-06 di Wayback Machine - Distribution and resources for social issue filmmakers.
  • CobraVision - Independent films international competition.
  • Filmmaking Stuff - A resource for new Independent Filmmakers.
  • Indie Filmmaker Resources - Indie Filmmaker resource site UK based.
  • l
  • b
  • s
Produksi bebas
Bacaan
Audio
  • Muzik bebas
  • Label rekod
    • Netlabel
    • Label sumber terbuka
  • Radio
  • Stesen
  • Radio haram
  • Muzik Dōjin
  • Penjejak (MOD) muzik
  • Muzik lo-fi
  • Budaya kaset
  • Podsafe
Alatan muzik
  • Pengendali litar
  • Alatan muzik eksperimen
Video
Amateur
  • Filem rumah
  • Filem amatur
  • Pornografi amatur
  • Filem peminat
  • Machinima
Pakar
  • Animasi bebas
  • Pawagam Kesalahan
  • Filem indie
  • Filem eksploitasi
  • Filem B
    • Zaman Emas
    • 50an
    • 60-an–70-an
    • 80-an–kini
  • Filem Z
  • Filem tengah malam
  • Filem tiada bajet
  • Filem Bawah Tanah
  • Tampilan berganda
Perisian
Permainan video
  • Permainan indie
  • Homebrew
  • Fangame
  • Dōjin ringan
  • Permainan video sumber terbuka
  • Mod
  • Godam ROM
Lain-lain
  • Seni indie
  • Seni surat
  • Indie RPG
  • Litar bebas (gusti)
  • Stesyen TV bebas
  • Makanan
  • Minuman
  • Minuman ringan bebas
  • Penapaian sendiri
  • Penapaian kecil-kecilan
General
  • Reka bentuk indie
  • Do it yourself (Etika DIY)
  • Dōjin
  • Make (majalah)
  • Maker Faire