Fosfatidilinositol

Fosfatidilinositol
Nama
Nama lain
PI, PtdIns
Pengecam
ChEBI
  • CHEBI:28874
DrugBank
  • DB02144
Sifat
Formula kimia
C47H83O13P
Jisim molar 887,104 g/mol, neutral dengan komposisi asid lemak - 18:0, 20:4
Kecuali jika dinyatakan sebaliknya, data diberikan untuk bahan-bahan dalam keadaan piawainya (pada 25 °C [77 °F], 100 kPa).
 ☑Y pengesahan (apa yang perlu: ☑Y/N?)
Rujukan kotak info

Fosfatidilinositol (atau inositol fosfolipid, singkatan PtdIns) terdiri daripada keluarga lipid yang diperbuat daripada kumpulan fosfat, dua rantai asid lemak dan satu molekul inositol. Mereka mewakili kelas fosfatidilgliserida. Biasanya, fosfatidilinositol membentuk komponen kecil bahagian sitosol ("dalaman") membran sel eukariotik. Kumpulan fosfat memberikan molekul cas negatif pada pH fisiologi.

Bentuk fosfatidilinositol yang terdiri daripada isomer muco-inositol bertindak sebagai reseptor deria dalam fungsi rasa sistem deria. Tiada perbezaan dikethaui berkenaan molekul ini dengan fosfatidilinositol dengan konformasi myo.

Fosfatidillinositol boleh difosforilasi untuk membentuk fosfatidillinositol fosfat (PI-4-P, dirujuk sebagai PIP dalam konteks dekat atau tidak formal), fosfatidillinositol bifosfat (PIP2) dan fosfatidillinositol trisfosfat (PIP3). Semua lipid berasaskan fosfatidilinositol dikenali sebagai inositida, atau kadangkala fosfoinositida.

Biosintesis

Biosintesis fosfatidilinositol yang dimangkin oleh fosfatidilinositol sintase.[1]

Sintesis fosfatidilinositol di makmal dimangkinkan oleh fosfatidilinositol sintase, dan melibatkan CDP-diasilgliserol dan L- myo-inositol.[1]

Kimia

PI mempunyai kawasan berkutub dan tak berkutub, menjadikan lipid bersifat ampifilik. Fosfatidilinositol dikelaskan sebagai gliserofosfolipid yang mengandungi tulang belakang gliserol, dua ekor asid lemak bukan kutub, kumpulan fosfat digantikan dengan kumpulan kepala inositol berkutub.

Asid lemak fosfoinositida yang paling biasa ialah asid stearik dalam kedudukan SN1 dan asid arakidonik dalam kedudukan SN2. Hidrolisis phosphoinositida menghasilkan satu mol gliserol, dua mol asid lemak, satu mol inositol dan satu, dua, atau tiga mol asid fosforik, bergantung kepada bilangan fosfat di gelang inositol. Fosfoinositida dianggap sebagai fosfolipid yang paling berasid.

Asid lemak khusus PtdIns serta dan konformasinya yang digunakan dalam neuron deria belum dijelaskan.

Fosfoinositida

Bentuk fosfatidillinositol terfosforilasi dipanggil fosfoinositida, dan memainkan peranan penting dalam isyarat lipid, isyarat sel dan pemerdagangan membran. Gelang inositol boleh difosforilasi oleh pelbagai kinase pada kumpulan hidroksil tiga, empat dan lima dalam tujuh kombinasi yang berbeza. Walau bagaimanapun, hidroksil di kumpulan dua dan enam biasanya tidak terfosforilasi kerana halangan sterik.

Kesemua tujuh variasi fosfoinositida berikut telah ditemui pada haiwan:

Fosfatidilinositol monofosfat:

  • Fosfatidillinositol 3-fosfat, juga dikenali sebagai PtdIns3P atau PI(3)P
  • Fosfatidillinositol 4-fosfat, juga dikenali sebagai PtdIns4P atau PI(4)P
  • Fosfatidillinositol 5-fosfat, juga dikenali sebagai PtdIns5P atau PI(5)P

Fosfatidilinositol bifosfat:

  • Fosfatidillinositol 3,4-bisfosfat, juga dikenali sebagai PtdIns(3,4)P2 atau PI(3,4)P2
  • Fosfatidillinositol 3,5-bisfosfat, juga dikenali sebagai PtdIns(3,5)P2 atau PI(3,5)P2
  • Fosfatidillinositol 4,5-bisfosfat, juga dikenali sebagai PtdIns(4,5)P2, PI(4,5)P2 atau sekadar PIP2

Fosfatidilinositol trisfofat:

  • Fosfatidillinositol 3,4,5-trisfosfat, juga dikenali sebagai PtdIns(3,4,5)P3 atau PI(3,4,5)P3

Fosfoinositida ini juga terdapat dalam sel tumbuhan kecuali PIP3.[2]

Galeri

  • Membrane lipids
    Membran lipid
  • Fosfatidilinositol
    Fosfatidilinositol
  • Inositol
    Inositol
  • Glycerol
    Gliserol

Rujukan

  1. ^ a b Mathews, Chrisotphe K.; van Holde, K.E.; Ahern, Kevin G. (2005). Biochemistry Third Edition.
  2. ^ Muller-Roeber B, Pical C (2002). Inositol Phospholipid Metabolism in Arabidopsis. Characterized and Putative Isoforms of Inositol Phospholipid Kinase and Phosphoinositide-Specific Phospholipase C.

Pautan luar

  • Phosphatidylinositols dalam Tajuk Subjek Perubatan (MeSH) di Perpustakaan Perubatan Negara AS
  • Fosfatidilinositol di Lipid Library
  • l
  • b
  • s
Tunjang gliserol
(Gliserofosfolipid/
Fosfogliserida)
Fosfatidil-:
  • -etanolamina/sefalin (PE)
  • -kolina/lesitin (PC)
  • -serina (PS)
  • -gliserol (PG)
  • -inositol (PI)
    • gliko- (GPI)
Fosfoinositida:
  • PIP
    • PI(3)P
    • PI(4)P
    • PI(5)P
  • PIP2
    • PI(3,4)P2
    • PI(3,5)P2
    • PI(4,5)P2
  • PIP3
Lipid eter:
  • Plasmalogen
    • Faktor pengaktifan platelet
  • Kardiolipin
Tunjang sfingosina
  • Sfingomielin
Metabolit
  • Inositol fosfat
  • Inositol
  • Asid lisofosfatidik