Fyna Jebat
Fyna Jebat | |
---|---|
Kelahiran | Nur Syafinaz binti Jebat (1993-03-05) 5 Mac 1993 (umur 31) Melaka, Malaysia |
Nama lain | Fyna |
Pekerjaan | Penyanyi, ahli perniagaan |
Tahun aktif | 2011–kini |
Pasangan | Dato' Zainal Abidin Hassan (k. 2023; c. 2023) |
Saudara | Ayda Jebat (kakak) Sabira Jebat (adik) Danial Jebat (adik) |
Kerjaya muzik | |
Genre | Pop, R&B |
Instrumen | Vokal |
Nur Syafinaz "Fyna" binti Jebat (lahir 5 Mac 1993) (sebelum ini dikenali sebagai "Fina" dan "Fina AF9") merupakan seorang penyanyi, penghibur dan ahli perniagaan dari Malaysia. Selain itu, beliau mula dikenali dalam dunia seni hiburan tanahair menerusi lagu Menangis Lagi pada tahun 2011.[1][2]
Kehidupan Peribadi
Fyna merupakan anak kedua daripada 4 orang adik-beradik. Penyanyi dan aktres popular, Ayda Jebat merupakan kakak beliau. Pada awal Januari 2023, Fyna mengesahkan bahawa beliau telah mendirikan rumahtangga bersama jurulatih kelab bolasepak Melaka United FC iaitu Dato' Zainal Abidin Hassan.[3] Namun, perkahwinan mereka hanya bertahan selama beberapa bulan sahaja kerana pasangan ini disahkan sudah bercerai dan mengakhiri ikatan perkahwinan mereka pada tahun yang sama.[4]
Filemografi
Televisyen:
- 2011 - Akademi Fantasia Musim 9 (sebagai peserta).
- 2022–2023 - Famili Duo Musim 2 (sebagai peserta bersama Ayda Jebat).
Diskografi
Album Akademi Fantasia
- Bintang AF9 (2011)
Single:
- Menangis Lagi (2011)
- Ketentuan Masa duet bersama Azri Abdullah (2011)
- Delima Hatiku duet bersama Hazama (2012)
- Radio (2016)
Bersama The Jebats:
- Hari Yayayaya (2022)
Pencapaian
- 2011 - Tempat Ketiga Akademi Fantasia Musim 9.
- 2023 - Naib Juara Famili Duo Musim 2 (bersama Ayda Jebat).
Perniagaan
- Fina Beauty Lashes by Fyna Jebat
Rujukan
- ^ "Fina Jebat tidak cemburu kejayaan kakak". Berita Harian. 29 April 2019. Dicapai pada 2 Mei 2019.
- ^ "Tak Minat Tumpang Populariti Kakak, Fyna Jebat Kini Tauke dadah oink oink Jeans". XTRA. 23 April 2019. Dicapai pada 2 Mei 2019.
- ^ Fyna sah isteri Zainal Abidin Hassan
- ^ Zainal, Fyna dah dua minggu bercerai
Pautan luar
- Fyna Jebat di Facebook