Geoffrey Chaucer

Geoffrey Chaucer
Potret Geoffrey Chaucer dari abad ke-17.
Potret Geoffrey Chaucer dari abad ke-17.
Lahirc. 1343
London, England
Meninggal dunia25 Oktober 1400 (aged 56-57)
Tempat pengebumianWestminster Abbey, London
PekerjaanPengarang, penyajak, ahli falsafah, birokrat, diplomat
BahasaMiddle English

Geoffrey Chaucer (/ˈɔːsər/; c. 1343 – 25 Oktober 1400) merupakan seorang penyajak Inggeris. Beliau mengkaryakan banyak penulisan sastera dalam bahasa Inggeris menaikkan taraf bahasa yang dituturkan dalam kalangan orang sezamannya sedangkan bahasa-bahasa Perancis dan Latin dianggap bahasa lebih berdarjat tinggi pada Zaman Pertengahan; beliau dilihat sebagai perlambangan warisan sajak England.[1] malah sering dijolok "Bapa Sastera Inggeris" atau "Bapa Sajak Inggeris" atas sebab ini.[2] Mahakarya terhebat beliau memainkan peranan dalam peninggian bahasa Inggeris ini adalah Hikayat Canterbury (The Canterbury Tales).[3]

Awal hayat

Chaucer lahir di London sekitar dekad 1340-an dengan tarikh tepatnya tidak diketahui. Bapa dan datuknya merupakan pembuat wain[4][5] manakala nenek moyang mereka merupakan saudagar yang berdagang di Ipswich. Nama keluarganya diserap dari kata bahasa Perancis chausseur bermaksud "tukang kasut".[6]

Kerjaya

Sebagai khadam

Pada 1357, beliau diupah sebagai pengutus pembesar Ulster, Elizabeth de Burgh;[7] Elizabeth berkahwin dengan Lionel, Duke Clarence, putera kedua Raja Edward III di mana hubungan ini membantu Chaucer dalam pengupahannya oleh raja tersebut sebagai seorang kerani pembantu baginda dari 1389 hingga 1391.[8]

Beliau mengikuti rombongan tentera Raja Edward III ke Perancis semasa Perang Seratus Tahun pada 1359. Beliau dikepung dan diculik tidak lama kemudian semasa kekacauan pengepungan Rheims, namun beliau diselamatkan baginda raja yang membayar wang tebusan £ 16[9] (atau £12,261 mengikut inflasi 2021) segera membebaskannya.

Sebagai penulis

Senja hayat

Chaucer meninggal atas sebab tidak diketahui pada 25 Oktober 1400, tarikh kematian ini berdasarkan batu nisan yang terpahat 100 tahun selepas kematian beliau.

Penulisan

Chaucer banyak menulis sindiran terhadap para paderi dan agamawan Katolik sezamannya sehingga menawan hati banyak orang dari kalangan saudagar dan orang kebanyakan yang makin celik huruf serta amat sangsi terhadap sistem gereja mereka.[10] Beliau masih tetap menegaskan pegangan terhadap agama Kristiannya setajam mana kritikan dan teguran yang dilontarkan dalam penulisannya terhadap agamawan yang disasarkan sebenarnya kerana sikap gelojoh dan kerakusan dimiliki mereka.[11]

Pengkaryaan beliau banyak menetapkan loghat London pada zamannya yang menggabungkan gaya-gaya sebutan Kent dan Midlands.[12] Beliau juga dikenalpasti para penulis kamus bahasa Inggeris sebagai sumber terulung banyak perbendaharaan kata bahasa Inggeris yang masih wujud hari ini.

Senarai karya utama

  • The Romaunt of the Rose
  • The Book of the Duchess
  • The House of Fame
  • Anelida and Arcite
  • Parlement of Foules
  • Boece - terjemahan De consolatione philosophiae karya Boethius
  • Troilus and Criseyde
  • The Legend of Good Women
  • The Canterbury Tales
  • A Treatise on the Astrolabe

Rujukan

  1. ^ Richard Utz, "Chaucer among the Victorians," Oxford Handbook of Victorian Medievalism, ed. Joanna Parker and Corinna Wagner (Oxford: OUP, 2020): pp. 189-201.
  2. ^ "Chaucer". Cambridge University Press. 2011. Dicapai pada 20 April 2020.
  3. ^ "Geoffrey Chaucer in Context". Cambridge University Press. 2019. Dicapai pada 20 April 2020.
  4. ^ Derek Brewer (1992). Chaucer and His World. Boydell & Brewer Ltd. m/s. 18–19. ISBN 978-0-85991-366-9.
  5. ^ Marion Turner (9 April 2019). Chaucer: A European Life. Princeton University Press. m/s. 26. ISBN 978-0-691-16009-2.
  6. ^ Crow, Martin M.; Leland, Virginia E. (1988). "Introduction: Chaucer's Life". Dalam Benson, Larry D. (penyunting). The Riverside Chaucer (ed. 3). Oxford: Oxford UP. m/s. xi–xxii.
  7. ^ Skeat (1899); Vol. I, p. xvii.
  8. ^ Rossignol, Rosalyn (2006). Critical Companion to Chaucer: A Literary Reference to His Life and Work. New York: Facts on File. m/s. 551, 613. ISBN 978-0-8160-6193-8.
  9. ^ Chaucer Life Records, p. 24.
  10. ^ Potter, Russell A., "Chaucer and the Authority of Language: The Politics and Poetics of the Vernacular in Late Medieval England", Assays VI (Carnegie-Mellon Press, 1991), p. 91.
  11. ^ "Was Chaucer in favor of the church or opposed to it? – eNotes". eNotes.
  12. ^ Edwin Winfield Bowen, Questions at Issue in our English Speech, NY: Broadway Publishing, 1909, p. 147.

Pautan luar

Wikisource
Wikisource

Wikisource mempunyai karya asli yang dikarang oleh atau mengenai: Geoffrey Chaucer

  • Templat:In Our Time
  • Karya-karya oleh Geoffrey Chaucer di Projek Gutenberg
  • Karya oleh atau mengenai Geoffrey Chaucer di perpustakaan (katalog WorldCat)
  • Poems by Geoffrey Chaucer at PoetryFoundation.org
  • l
  • b
  • s
Ikon tunas

Rencana mengenai penulis, penyair atau penulis drama ini ialah rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya.

  • l
  • b
  • s