Giorgio Moroder

Pekerjaan
  • Composer
  • record producer
Tahun aktif
  • 1958–1993
  • 2012–present
Syarikat rakaman
  • London
  • Oasis
  • Casablanca
  • Hansa
  • RCA
  • Virgin
Laman sesawang
giorgiomoroder.comPasanganFrancisca Gutierrez (k. 1990; m. 2022)

Giovanni Giorgio Moroder[3] (Itali: [dʒoˈvanni ˈdʒordʒo moˈrɔːder], bahasa Jerman: [mɔˈʁoːdɐ]; lahir 26 April 1940)[4][5] seorang penggubah dan penerbit muzik dari Itali.

Beliau mendirikan studio rakaman Musicland Studios di Munchen yang terlibat dalam penghasilan album rakaman banyak artis termasuk The Rolling Stones, Electric Light Orchestra, Led Zeppelin, Deep Purple, Queen and Elton John,[6] beliau turut mengasaskan label rakaman Oasis Records yang kemudian diserapkan ke dalam Casablanca Records. Beliau terlibat menggubah runut bunyi banyak filem termasuk Midnight Express, American Gigolo, Superman III, Scarface, The NeverEnding Story serta edisi 1984 terbitan semula Metropolis; lagu "Chase" merunut bunyi filem Midnight Express gubahannya meraih Anugerah Akademi untuk Skor Muzik Asal Terbaik dan Anugerah Golden Globe dalam kategori sama. Beliau juga telah memenangi empat Anugerah Grammy. Beliau dimasukkan ke dalam Dance Music Hall of Fame pada 2004.[7]

Biografi

Giovanni Giorgio lahir pada 26 April 1940 di Urtijëi, Tirol Selatan utara Itali yang pada ketika itu masih beraja.[8] Beliau seorang dari tiga adik beradik lahir kepada keluarga beretnik Ladin yang menduduki kawasan kaki gunung di negeri itu, ayahnya seorang jurukhidmat hotel.[9] Mereka juga penutur Ladin dan Jerman yang kebiasaan di rantau kampungnya, bahkan ibunya pernah memanggilnya Hansjörg (disebut [ˈhansjœʁk]) bentuk gabung Jerman menggabungkan kedua-dua namanya ("Johannes/Hans" dan "Jörg").[10][11]

Beliau mengajar diri bermain gitar pada usia 15 tahun mendengarkan lagu Paul Anka.[9] Beliau menjelajahn serata benua Eropah untuk membuat persembahan pada usia 18 tahun berbekalkan 2 perakam audio Revox.[9] Beliau berpindah ke kediaman seorang ibu saudaranya di Berlin pada usia 25 tahun dan bekerja sebagai seorang jurutera bunyi.[9]

Gaya muzik

Kehandalan beliau menggubah muzik khusus untuk mainan alat penyintesis tidak sahaja menjoloknya Father of Disco ("Bapa Disko")[12][13][14] sekain juga mempelopori genre muzik tarian elektronik,[2][15] Hi-NRG, Italo disco, synth-pop, new wave, house dan tekno.[15][16][17]

Diskografi

Album studio

  • That's Bubblegum - That's Giorgio (1969)
  • Giorgio (1970)
  • Son of My Father (1972)
  • Giorgio's Music (1973)
  • Einzelgänger (1975)
  • Knights in White Satin (1976)
  • From Here to Eternity (1977)[18]
  • Love's in You, Love's in Me (1978)
  • E=MC2 (1979).[18]
  • Solitary Men (1983, bersama Joe Esposito)[19]
  • Innovisions (1985)
  • Philip Oakey & Giorgio Moroder (1985)
  • To Be Number One (1990)[20]
  • Forever Dancing (1992)[21]
  • Déjà Vu (2015)

Rujukan

  1. ^ Krettenauer, Thomas (2017). "Hit Men: Giorgio Moroder, Frank Farian and the eurodisco sound of the 1970s/80s". Dalam Michael Ahlers; Jacke, Christoph (penyunting). Perspectives on German Popular Music. London: Routledge. ISBN 978-1-4724-7962-4.
  2. ^ a b Allen, Jeremy (14 Ogos 2015). "Giorgio Moroder – 10 of the best". The Guardian. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 November 2020. Dicapai pada 17 September 2020.
  3. ^ "Giorgio Moroder: 'I Was Always Interested in the Hits' (Interview)". 17 Disember 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 Januari 2021. Dicapai pada 29 September 2021. "I actually didn’t change my name, that is a misconception. My name is Giovanni Giorgio, that’s how it is in my passport and that’s what my birth certificate says. But my mommy called me Hansjörg, it’s a translation from Italian to German... So I actually didn’t change it..."
  4. ^ Tobias Rüther (26 April 2010). "Giorgio Moroder zum Siebzigsten: Ich fühle Liebe". Frankfurter Allgemeine Zeitung. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 November 2012. Dicapai pada 20 Mei 2012.
  5. ^ "Giorgio Moroder". laut.de. Diarkibkan daripada yang asal pada 15 Jun 2015. Dicapai pada 21 Mei 2012.
  6. ^ Hecktor, Mirko; von Uslar, Moritz; Smith, Patti; Neumeister, Andreas (1 November 2008). Mjunik Disco – from 1949 to now (dalam bahasa Jerman). Blumenbar. m/s. 212, 225. ISBN 978-3936738476.
  7. ^ "Disco stars to enter Hall of Fame". BBC News. 4 September 2004. Diarkibkan daripada yang asal pada 3 Januari 2009. Dicapai pada 13 Julai 2010.
  8. ^ Poglio, Gianni (21 Februari 2014). "Giorgio Moroder: vi racconto l'età dell'oro della "disco"". Panorama (dalam bahasa Itali). Milan, Italy: Arnoldo Mondadori Editore. Dicapai pada 29 Disember 2020.
  9. ^ a b c d Valtorta, Luca (19 Julai 2015). "Giorgio Moroder, l'italiano che creò la disco: "Il suono del futuro? Non vi dico qual è"". La Repubblica (dalam bahasa Itali). Diarkibkan daripada yang asal pada 4 Oktober 2021. Dicapai pada 4 Oktober 2021.
  10. ^ Moroder, Giorgio (17 Disember 2014). "Giorgio Moroder: 'I Was Always Interested in the Hits'". The-Talks.com, excerpting Purple Fashion Magazine. Ditemuramah oleh Sven Schumann. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 April 2015. Dicapai pada 19 April 2015.
  11. ^ Yeboah, Anna (17 April 2015). "Giorgio Moroder Loves EDM". Diarkibkan daripada yang asal pada 7 November 2017. Dicapai pada 3 November 2017.
  12. ^ "This record was a collaboration between Philip Oakey, the big-voiced lead singer of the techno-pop band the Human League, and Giorgio Moroder, the Italian-born father of disco who spent the '80s writing synth-based pop and film music." Evan Cater. "Philip Oakey & Giorgio Moroder: Overview". AllMusic. Dicapai pada 21 Disember 2009.
  13. ^ "The Legacy of Giorgio Moroder, the "Father of Disco"". Blisspop. 27 Ogos 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 Oktober 2020. Dicapai pada 23 Mac 2019.
  14. ^ "'Father of Disco' Giorgio Moroder announces Glasgow date on first ever live tour". The Sunday Post. Diarkibkan daripada yang asal pada 23 Mac 2019. Dicapai pada 23 Mac 2019.
  15. ^ a b Brewster, Bill (22 Jun 2017). "I feel love: Donna Summer and Giorgio Moroder created the template for dance music as we know it". Mixmag. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 Februari 2020. Dicapai pada 9 Januari 2019.
  16. ^ Jim Poe. "Giorgio Moroder: 10 groundbreaking tunes". The Guardian. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 Mac 2017. Dicapai pada 24 Ogos 2015.
  17. ^ "Giorgio Moroder: Godfather of Modern Dance Music". Time. Diarkibkan daripada yang asal pada 23 Mac 2019. Dicapai pada 23 Mac 2019.
  18. ^ a b Richardson, Terry (16 Jun 2015). "The Giorgio Moroder Primer". Out. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 Ogos 2020. Dicapai pada 13 Mac 2019.
  19. ^ "Giorgio Moroder – Solitary Men". AllMusic. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 Februari 2015. Dicapai pada 18 September 2014.
  20. ^ "Giorgio Moroder – To Be Number One". AllMusic. Diarkibkan daripada yang asal pada 27 Jun 2015. Dicapai pada 18 September 2014.
  21. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan Giorgio Moroder – Forever Dancing tidak disediakan

External links