Godzilla vs. Kong



Godzilla vs. Kong

{{{annotations}}}

Seni peminat
PengarahAdam Wingard
Lakon layar
  • Eric Pearson
  • Max Borenstein
Cerita oleh
  • Terry Rossio
  • Michael Dougherty
  • Zach Shields
Berdasarkan
  • Godzilla
  • King Kong
Dihasilkan oleh
  • Thomas Tull
  • Jon Jashni
  • Brian Rogers
  • Mary Parent
  • Alex Garcia
  • Eric McLeod
Dibintangi
  • Lance Reddick
  • Kyle Chandler
  • Millie Bobby Brown
  • Alexander Skarsgård
  • Rebecca Hall
  • Kaylee Hottle
  • Demián Bichir
  • Brian Tyree Henry
  • Shun Oguri
  • Eiza González
  • Julian Dennison
SinematografiBen Seresin
Disunting olehJosh Schaeffer
Muzik olehTom Holkenborg
Syarikat
penerbitan
Legendary Pictures
Diedarkan oleh
  • Warner Bros. Pictures
Jepun Toho
Tarikh tayangan
Masa tayangan
114 minit [5]
Negara
  • Amerika Syarikat Amerika Syarikat [1]
BahasaInggeris
Bajet$155 juta [6]
Pecah panggung$468 juta [6]

Godzilla vs. Kong ialah sebuah filem kaijuu cereka sains fantasi yang telah dikeluarkan pada tahun 2021. Ia bersetting dalam sebuah dunia rekaan yang bernama Monster Universe ataupun MonsterVerse.

Ia merupakan sebuah filem susulan yang bermula dengan Kong: Skull Island, Godzilla 2014 dan Godzilla: King Of The Monsters.

Filem ini telah ditayangkan di pawagam Malaysia pada 24 Mac 2021.

Plot

Cerita filem ini bermula 5 tahun selepas tamat cerita Godzilla: King Of The Monsters.

Pelakon

Organisasi Monarch

  • Lance Reddick sebagai Guillermin
    • Pengarah Organisasi Monarch
  • Kyle Chandler sebagai Dr. Mark Russell
    • Naib Pengarah Organisasi Monarch dan bapa kepada Madison Russell
  • Millie Bobby Brown sebagai Madison Russell
    • anak kepada Dr. Mark Russell
  • Alexander Skarsgård sebagai Dr. Nathan Lind
  • Rebecca Hall sebagai Dr. Ilene Andrews
  • Kaylee Hottle sebagai Jia
    • kawan Kong dari Skull Island

Apex Cybernetics

Sebuah syarikat kontraktor pertahanan dan pencipta Mechagodzilla

  • Demián Bichir sebagai Walter Simmons
    • CEO Apex Cybernetics
  • Brian Tyree Henry sebagai Bernie Hayes
  • Shun Oguri sebagai Serizawa Ren (Kanji: 芹沢蓮)
  • Eiza González sebagai Maia Simmons
  • Julian Dennison sebagai Josh Valentine

Pembuatan

Filem ini dibuat oleh Legendary Pictures untuk diedarkan oleh Warner Bros. Pictures dengan sokongan daripada Toho.

Pengeluaran

Pawagam

Di Malaysia dan juga kepada seluruh dunia (kecuali Amerika Syarikat dan Jepun), tarikh pengeluaran filem ini untuk pawagam ialah pada 24 Mac 2021.[2] [3]

Di Amerika Syarikat, tarikh pengeluaran filem ini untuk pawagam bertukar daripada 26 Mac 2021[7] kepada 31 Mac 2021[4] dan di Jepun pada 02 Julai 2021.[5] [1]

Rumah

Di Amerika Syarikat, ia ditayangkan oleh HBO Max secara percuma pada 31 Mac 2021 selama 31 hari.[8]

Cakera Blu-ray 4K UHD filem ini telah dikeluarkan pada 15 Jun 2021 untuk pasaran antarabangsa.[9]

Lihat Juga

Rujukan

  1. ^ a b ゴジラvsコング : 新型コロナウイルス感染症の拡大状況により、休館等、劇場の営業状況が大幅に変更になる場合がございます。dari Toho Theatre List pada 17 Jun 2021
  2. ^ a b Godzilla vs Kong dari The Sun pada 30 Mac 2021
  3. ^ a b ‘Godzilla Vs Kong’ pulverises Malaysia box office, earning RM8.71mil on opening weekend dari The Star pada 31 Mac 2021
  4. ^ a b 『ゴジラvsコング』水中格闘シーンなど新映像たっぷり、米国版新予告が公開 dari The River pada 22Mac 2021
  5. ^ a b c ゴジラvsコング dari Movie Walker Press
  6. ^ a b (Bahasa Inggeris) informasi dari The Numbers
  7. ^ "Godzilla vs. Kong – Official Trailer" dari Warner Bros. Pictures di YouTube pada 24 Januari 2021
  8. ^ "Godzilla vs. Kong - Salvation" dari Warner Bros. Pictures di YouTube pada 19 Mac 2021
  9. ^ "Godzilla vs. Kong – 4K UHD Blu-Ray Review" dari highdefdiscnews.com pada 15 Jun 2021

Pautan luar

  • (Bahasa Jepun) Laman rasmi di Toho
  • (Bahasa Jepun) Laman web rasmi