Greta Thunberg

Greta Thunberg

FRSGS
Kelahiran (2003-01-03) 3 Januari 2003 (umur 21)
Stockholm, Sweden
PekerjaanPelajar dan aktivis alam sekitar
Tahun aktif2018–kini
Gerakan politikSchool Strike for Climate
Saudara
Malena Ernman (ibu)
Svante Thunberg (bapa)
Olof Thunberg (datuk)

Greta Thunberg (lahir Greta Tintin Eleonora Ernman Thunberg, 3 Januari 2003[1]) ialah seorang aktivis alam sekitar Sweden yang lazimnya berfokuskan perubahan iklim. Beliau disahkan menghidap sindrom Asperger, kecelaruan obsesif kompulsif dan mutisme selektif.[2][3]

Pada Ogos 2018, beliau bertindak meninggalkan sesi persekolahannya dan melakukan mogok seorang diri di hadapan bangunan Riksdag (Parlimen Sweden) untuk menyeru agar tindakan pengekangan perubahan iklim yang lebih berkesan diambil.[4] Tindakan beliau ini telah membawa kepada siri tunjuk perasaan global, biasanya oleh para pelajar menentang perubahan iklim. Kesan ini dipanggil oleh sebahagian pihak media sebagai "kesan Greta Thunberg".[5]

Aktivisme

Mogok sekolah demi iklim

Pada 20 Ogos 2018, berikutan bencana gelombang haba serta kebakaran hutan di Sweden pada masa itu, beliau mula bertindak tidak menghadiri sekolah hingga pilihan raya umum Sweden 2018 berlangsung.[6] Pada masa itu, beliau bertindak berprotes di hadapan bangunan RIksdag pada setiap hari selama tiga minggu ketika waktu persekolahan sambil memegang sepanduk yang tertera frasa "skolstrejk för klimatet" ("mogok sekolah demi iklim" dalam bahasa Sweden).[7] Selepas pilihan raya umum berlangsung, beliau tetap melakukan mogoknya pada setiap hari Jumaat.

Ucapan

Beliau beberapa kali berucap dalam sidang-sidang berprofil tinggi di hadapan golongan berkepentingan berkenaan perubahan iklim.

Dalam sidang Forum Ekonomi Dunia pada 23 Januari 2019 di Davos,[8][9] beliau berkata bahawa sesetengah pihak telah mengetahui pelbagai perkara tidak ternilai yang telah dikorbankan untuk menjana kekayaan yang tidak terhingga sambil menunding jari terhadap para hadirin dengan berkata bahawa ramai dalam mereka ialah pihak yang dimaksudkan olehnya.[10] Beliau menyeru agar para hadirin bertindak "seolah-olah rumah mereka sedang dijilat api,"[11] dan pelbagai perubahan drastik perlu dilaksanakan dalam masyarakat untuk menanangi perubahan iklim seperti mengurangkan penghasilan gas karbon dioksida sebanyak 50% dalam masa 12 tahun.[12]

Anugerah dan penghargaan

Beliau telah menerima pelbagai jenis anugerah dan penghargaan disebabkan oleh usaha aktivismenya. Beliau telah menerima penghargaan apabila tergolong dalam 100 orang paling terpengaruh oleh majalah Time pada 2019 serta 25 remaja paling berpengaruh pada tahun sebelumnya.[13][14] Majalah tersebut turut mempaparkan portretnya pada kulit hadapan edisi Mei 2019 majalah itu sambil menggelarnya sebagai salah satu "pemimpin generasi seterusnya".[15]

Beliau turut terpilih sebagai calon Hadiah Keamanan Nobel 2019 pada 13 Mac 2019 dengan justifikasi bahawa pemanasan global akan menyebabkan peperangan, konflik dan masalah pelarian jika terus diabaikan.[16] Sekiranya beliau memenangi anugerah tersebut, beliau akan menjadi pemenang termuda Hadiah Nobel tersebut.[17]

Beliau disenaraikan sebagai salah satu penerima Anugerah Right Livelihood pada 25 September 2019. Menurut pihak pemberi anugerah, mereka memilih beliau kerana "memberi inspirasi dan memangkinkan permintaan politik demi tindakan perubahan iklim yang lebih segera sambil memetik fakta-fakta saintifik".[18]

Rujukan

  1. ^ Desk, Bob D'Angelo, Cox Media Group National Content (24 September 2019). "Who is Greta Thunberg, the 16-year-old climate activist from Sweden?". KIRO (dalam bahasa Inggeris).
  2. ^ Watts, Jonathan (11 Mac 2019). "Greta Thunberg, schoolgirl climate change warrior: 'Some people can let things go. I can't'". The Guardian. Diarkibkan daripada yang asal pada 11 Mac 2019.
  3. ^ Rourke, Alison (2 September 2019). "Greta Thunberg responds to Asperger's critics: 'It's a superpower'". The Guardian. Diarkibkan daripada yang asal pada 2 September 2019.
  4. ^ Gessen, Masha (2 Oktober 2018). "The Fifteen-Year-Old Climate Activist Who Is Demanding a New Kind of Politics". The New Yorker. Diarkibkan daripada yang asal pada 5 Januari 2019.
  5. ^ Watts, Jonathan (23 April 2019). "The Greta Thunberg effect: at last, MPs focus on climate change". The Guardian (dalam bahasa Inggeris). ISSN 0261-3077. Diarkibkan daripada yang asal pada 28 Ogos 2019.
  6. ^ Crouch, David (1 September 2018). "The Swedish 15-year-old who's cutting class to fight the climate crisis". The Guardian. Diarkibkan daripada yang asal pada 4 Januari 2019. Dicapai pada 12 Mei 2019.
  7. ^ Gessen, Masha (2 Oktober 2018). "The Fifteen-Year-Old Climate Activist Who Is Demanding a New Kind of Politics". The New Yorker. Diarkibkan daripada yang asal pada 5 Januari 2019.
  8. ^ Kottasová, Ivana; Mackintosh, Eliza (25 Januari 2019). "Teen activist blames Davos elite for climate crisis". CNN. Diarkibkan daripada yang asal pada 26 Januari 2019.
  9. ^ "Greta Thunberg: The Swedish teen inspiring climate strikes" (Video). BBC News. 14 Februari 2019. Peritiwa berlaku pada 2:04. Diarkibkan daripada yang asal pada 25 Julai 2019. Dicapai pada 22 Julai 2019.
  10. ^ Hertsgaard, Mark (28 Januari 2019). "The Climate Kids Are Coming". The Nation. Diarkibkan daripada yang asal pada 15 Februari 2019. Dicapai pada 14 Februari 2019.
  11. ^ Thunberg, Greta (25 Januari 2019). "I want you to panic: 16-year-old issues climate warning at Davos". Guardian News. Peritiwa berlaku pada 2:23. Diarkibkan daripada yang asal pada 17 September 2019. Dicapai pada 22 Julai 2019 – melalui YouTube.
  12. ^ Thunberg, Greta (25 Januari 2019). "'Our house is on fire': Greta Thunberg, 16, urges leaders to act on climate". The Guardian. Diarkibkan daripada yang asal pada 25 Julai 2019. Dicapai pada 14 Februari 2019.
  13. ^ González, Emma. "Greta Thunberg". Time. Diarkibkan daripada yang asal pada 17 April 2019. Dicapai pada 18 April 2019.
  14. ^ "TIME's 25 Most Influential Teens of 2018". Time. 7 December 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 December 2018. Dicapai pada 22 December 2018.
  15. ^ Gilliver, Liam (16 Mei 2019). "Greta Thunberg On The Cover Of TIME: 'Now I Am Speaking to the Whole World'". Plant Based News. Diarkibkan daripada yang asal pada 30 Jun 2019.
  16. ^ Vagianos, Alanna (14 Mac 2019). "16-Year-Old Climate Activist Greta Thunberg Nominated For Nobel Peace Prize". HuffPost. Diarkibkan daripada yang asal pada 28 Mac 2019.
  17. ^ Rosane, Olivia (14 Mac 2019). "Greta Thunberg—Swedish Teen who Inspired School Climate Strikes—Nominated for Nobel Peace Prize". EcoWatch. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 April 2019.
  18. ^ "Climate activist Greta Thunberg wins 'alternative Nobel Prize'". Reuters (dalam bahasa Inggeris). 25 September 2019. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)

Pautan luar

  • Kategori berkenaan Greta Thunberg di Wikimedia Commons
Kawalan kewibawaan Sunting ini di Wikidata
Umum
Perpustakaan negara
  • Norway
  • Chile
  • Sepanyol
  • Perancis (data)
  • Catalonia
  • Jerman
  • Itali
  • Israel
  • Amerika Syarikat
  • Latvia
  • Jepun
  • Republik Czech
  • Australia
  • Yunani
  • Korea
  • Croatia
  • Belanda
  • Poland
  • Rusia
Kamus biografi
  • Jerman
Pangkalan data saintifik
  • CiNii (Jepun)
Lain-lain