Hassan Sheikh Mohamud

Hassan Sheikh Mohamud
حسن شيخ محمود
Hassan pada 2013
Presiden Somalia ke-8 dan ke-10
Penjawat kini
Memegang jawatan
15 Mei 2022
Perdana MenteriMohamed Hussein Roble
Didahului olehMohamed Abdullahi Mohamed
Dalam jawatan
10 September 2012 – 16 Februari 2017
Perdana MenteriAbdiweli Mohamed Ali
Abdi Farah Shirdon
Abdiweli Sheikh Ahmed
Omar Abdirashid Ali Sharmarke
Didahului olehMohamed Osman Jawari (pemangku)
Digantikan olehMohamed Abdullahi Mohamed
Pemimpin Parti Kesatuan Damai dan Pembangunan
Penjawat kini
Memegang jawatan
4 Oktober 2018
Pemimpin Parti Damai dan Pembangunan
Dalam jawatan
20 April 2011 – 22 Disember 2016
Didahului olehJawatan ditubuhkan
Digantikan olehAhmed Ali
Butiran peribadi
Lahir (1955-11-29) 29 November 1955 (umur 68)
Jalalaqsi, Wilayah Amanah Somaliland
Parti politikParti Damai dan Pembangunan (Sebelum 2016)
Parti Kesatuan Damai dan Pembangunan (2018–kini)
PasanganSahro Xasan ()
Qamar Ali
PendidikanUniversiti Nasional Somalia
Universiti Barkatullah
Tandatangan

Hassan Sheikh Mohamud (Somali: Xasan Sheekh Maxamuudcode: so is deprecated , Arab: حسن شيخ محمودcode: ar is deprecated ; lahir 29 November 1965) ialah seorang ahli politik Somaliayang kini berkhidmat sebagai presiden Somalia sejak Mei 2022.[1] Beliau ialah pengasas dan pengerusi bagi Parti Kesatuan Damai dan Pembangunan. Beliau juga terpilih sebagai Presiden Republik Persekutuan Somalia pada 15 Mei 2022, menewaskan presiden penyandang Mohamed Abdullahi Mohamed. Beliau sebelum ini pernah berkhidmat di jawatan sama pada 2012 hingga 2017. Seorang aktivis politik dan hak asasi rakyat, Hassan sebelum itu pernah menjadi profesor universiti dan dekan.[2]

Hassan dilahirkan di Jalalaqsi, sebuah pekan pertanian kecil yang terletak di tengah Hiran di Somalia, semasa fasa pemegangan amanah,[3][4] dan datang daripada latar belakang kelas pertengahan.[5] Hassan berkahwin dengan Qamar Ali Omar dan dikurniakan 9 orang anak.[6] Beliau boleh bertutur dalam Somali dan Inggeris.[7]

Penghargaan

Pada April 2013, Hassan telah tersenrai dalam Time 100, senarai 100 orang individu berpengaruh dunia secara tahunan oleh TIME. Usahanya dalam meningkatkan perdamaian negara dan penilaian antirasuah, dan memperbaharui sektor keselamatan dan sosioekonomi di Somalia telah dicatatkan sebagai sebab pemilihan beliau.[8]

Rujukan

  1. ^ Welle (www.dw.com), Deutsche. "Somalia: Hassan Sheikh Mohamud elected president | DW | 15 May 2022". DW.COM (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 15 May 2022.
  2. ^ "Mohamud elected new Somalia president". AFP. 10 September 2012. Dicapai pada 10 September 2012.
  3. ^ "Profile of Somalia's Newly Elected President". Dissident Nation. 11 September 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 August 2013. Dicapai pada 13 September 2012.
  4. ^ "Somalia Federal Parliament elects Hassan Sheikh Mohamud as President". Garowe Online. 10 September 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 September 2012. Dicapai pada 10 September 2012.
  5. ^ "Hassan Sheikh Mohamud: Somalia's new president profiled". BBC. 11 September 2012. Dicapai pada 17 September 2012.
  6. ^ "Hassan Sheikh Mohamud - Resume". Raxanreeb. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 September 2012. Dicapai pada 15 September 2012.
  7. ^ Mohamed, Mahmoud (17 August 2012). "Profiles of Somalia's top presidential candidates". Sabahi. Dicapai pada 21 August 2012.
  8. ^ "The 2013 TIME 100 - Leaders - Hassan Sheikh Mohamud". TIME. 18 April 2013. Dicapai pada 19 April 2013.

Pautan Luar

  • SIMAD University
  • Hassan Sheikh Mohamud - Resume
Jawatan politik
Didahului oleh
Mohamed Osman Jawari
Acting
Presiden Somalia
2012–2017
Diikuti oleh:
Mohamed Abdullahi Mohamed
Didahului oleh
Mohamed Abdullahi Mohamed
Presiden Somalia
2022–kini
Pemegang jawatan kini