Hubungan seks

Laman ini telah dilindungi separa dari disunting
Sepasang singa mengawan di Maasai Mara, Kenya

Hubungan seks didefinisikan sebagai persenyawaan, persetubuhan, Sanggama "bersatu", hubungan kelamin atau jimak adalah satu aktiviti merangsangkan deria sentuhan kulit secara keseluruhan sehingga memasukkan alat zakar (lelaki) ke dalam lubang faraj (wanita) atau mana-mana liang individu lain secara geselan berulang dengan niat ingin mengeluarkan air mani (lelaki atau wanita) sedikit atau seluruhnya.

Rangsangan ini adalah naluri semulajadi (nature) semua makhluk hidup untuk menyambung generasi seterusnya agar baka tidak terpupus.

Hubungan ini selalu dikaitkan dengan perasaan cinta atau nafsu syahwat yang memuncak di kedua belah pihak. Hubungan seks biasanya bermula dengan kucupan, belaian atau sentuhan bahagian kulit lembut, menggosok atau menggesel dan memasukkan alat zakar ke dalam liang faraj (wanita) secara berulang dan disudahi dengan kekejangan/inzal (puncak syahwat) secara berperingkat dalam beberapa detik. Terdapat banyak teknik hubungan seks telah direkodkan (sila lihat Kamasutra).

Pancutan cecair putih pekat (sperma) dan campuran air mani yang berlaku dan mulai mencair. Proses hubungan seks berlangsung dalam tempoh kurang 5 minit sehingga melebihi 2 jam. Kebiasaannya proses ini akan berulang-ulang apabila kembali terangsang.

Sebelum melakukan hubungan seks, individu tersebut akan berasa panas, fikiran menjadi agresif, deria kulit menjadi peka, alat zakar (lelaki) menjadi panjang, tegang dan mengeras. Faraj wanita akan berdenyut-denyut, lembapan meningkat dan mengeluarkan cecair putih dan licin beralkali. Kedua alat ini mulai berasa gatal dan kemerah-merahan.

Gelombang aura merah dari kedudukan pusat membesar sehingga ke bahagian otak. Mendorong fikiran untuk melepaskan keinginan melakukan hubungan seks dengan lebih radikal seperti menjilat atau mengisap kemaluan dan sebagainya.

Setelah melakukan hubungan seks, kedua-dua individu yang merasai kenikmatan dan kepuasan akan berasa tenang, santai dan letih. Aura biru akan mulai menguasai badan individu dan aura merah kembali ke kedudukan pusat.

Kesan hubungan ini kepada wanita boleh mengakibatkan kehamilan berlaku jika tiada langkah pencegahan diambil. Wanita hamil selama 40 minggu akan melahirkan bayi hasil dari gabungan dua benih (sperma dan ovum) dalam satu nukleus. Wanita ini menjadi ibu kepada bayi tersebut.

Zakar dalam faraj

Lihat Juga

  • Seks oral
  • Seks anal
  • Penyakit kelamin

Pautan Luar

  • (Melayu) Panduan Malam Pertama Pengantin Baru
  • (Melayu) Kenapa Wanita Pura-pura Puas?
  • (Melayu) Teknik Bercumbuan Antara Suami Isteri
  • (Melayu) Cara dan Teknik Masukkan Zakar kedalam Faraj Isteri Diarkibkan 2018-06-12 di Wayback Machine
  • (Melayu) Naluri Seks Wanita Mengikut Usia
  • (Melayu) 99 kemahuan wanita dari segi seks Diarkibkan 2011-01-19 di Wayback Machine
  • (Melayu) Ensiklopedia Bahasa Malaysia: Persetubuhan (rencana tersederhana)
  • (Melayu) Kenapa Onani Punca Mati Pucuk & Lemah Tenaga Batin Diarkibkan 2018-06-12 di Wayback Machine