Jauzah

Biji kekeras jauzah yang dibuka dari buahnya.

Jauzah (Jawi: جوزةcode: ms is deprecated ), walnat (bahasa Inggeris: walnutcode: en is deprecated ) atau kacang otak adalah kekeras yang diperoleh dari dalam buah drupa masak dihasilkan salah satu daripada dua pokok spesies Juglans iaitu J. regia di Eurasia dan J. nigra di Amerika Utara.

Sebanyak 4.5 juta tan metrik kekeras ini telah dihasilkan di seluruh dunia setakat tahun 2019: China menyumbangkan bahagian terbesar sebanyak 56% diikuti Amerika Syarikat, Iran, dan Turki.[1]

Pengistilahan

Kata jauzah meminjam dari Arab: جَوْزَة, rumi: jawzahcode: ar is deprecated .[2] Perkataan walnat pula menyerap kata Inggeris walnut turunan Bahasa Inggeris Lama wealhhnutu "kacang asing" dari wealh "asing":[3] buah kekeras ini dinamakan sedemikian kerana perkenalannya daripada tanah-tanah Gallia dan Itali semasa zaman Empayar Rom".[3]

Gambaran umum

Buah pokok yang menghasilkan kekeras jauzah ini terdiri daripada sebiji isirong berkulit tebal. Isirong buah tersebut mengandungi suatu lapisan serabut yang menutupi kekeras jauzah. Lapisan dan kulit ini akan menjadi kering rapuh sambil isirong buah bertukar perang sepanjang musim luruh antara bulan September hingga November, kulit buah akan pecah menggugurkan isirong apabila masak. Kekeras isirong ini muncul secara terbelah dua atau bertiga apabila masak.[4]

  • Buah pokok jauzah
    Buah pokok jauzah
  • Keratan rentas sebiji buah jauzah
    Keratan rentas sebiji buah jauzah
  • Buah yang sudah masak terbelah kulitnya
    Buah yang sudah masak terbelah kulitnya

Kegunaan

Kekeras (atau "kacang" dalam bahasa basahan) ini sering dimakan terus selepas dikupas mahupun selepas dipanggang. Ia juga dimasukkan ke dalam pelbagai jenis kuih pastri seperti kek, pai, mahupun muesli. Kekeras ini juga boleh dijerukkan atau disalut dengan gula untuk dijadikan makanan ringan.

Rujukan

  1. ^ "Walnut (in shell) production in 2019, Crops/Regions/World list/Production Quantity (pick lists)". Pangkalan Data Perangkaan Korporat Pertubuhan Makanan Sedunia. 2019. Dicapai pada 10 Januari 2021.
  2. ^ Wilkinson, Richard James (1932). "jauza". A Malay-English dictionary (romanised). I. Mytilini, Yunani: Salavopoulos & Kinderlis. m/s. 451 – melalui TROVE, Perpustakaan Negara Australia.
  3. ^ a b Online Etymology Dictionary - "Walnut"
  4. ^ Grant, Amy (19 April 2021). "Walnut Tree Harvesting: When Are Walnuts Ready To Pick". Gardening Know How. Dicapai pada 4 December 2021.