Juliah Salag
Juliah Salag berasal daripada Tamparuli, Sabah. Beliau merupakan isteri kepada Ketua Menteri Sabah yang Ke - 16 iaitu Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Noor[1].
Yang Amat Berbahagia Datin Seri Panglima Hajah Juliah Salag PGDK, ASDK (Sabah) | |
---|---|
Pasangan Ketua Menteri Sabah ke-16 | |
Penjawat kini | |
Memegang jawatan 29 September 2020 | |
Raja | Al-Sultan Abdullah |
Gabenor | Tuan Yang Terutama Tun Haji Juhar bin Haji Mahiruddin Yang di-Pertua Negeri Sabah |
Didahului oleh | Datin Seri Panglima Shuryani Datuk Shuaib |
Penaung Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia Cawangan Sabah | |
Penjawat kini | |
Memegang jawatan 29 September 2020 | |
Yang di-Pertua Pertubuhan Muafakatan Titipan Amal Isteri Wakil Rakyat Sabah (MUTIARA) | |
Penjawat kini | |
Memegang jawatan 21 April 2021 | |
Butiran peribadi | |
Lahir | Juliah binti Salag (1963-12-10) 10 Disember 1963 (umur 60) Kampung Serusup, Tuaran, Sabah |
Pasangan | Hajiji Noor |
Anak-anak | 4 (termasuk Mohammad Ghazali Hajiji) |
Kerjaya Awal
Juliah Salag memulakan kerjaya awalnya sebagai guru, namun selepas suaminya memenangi pilihan raya umum pada tahun 1990 beliau telah melepaskan jawatannya sebagai seorang guru[2]untuk memberi sokongan dan tumpuan kepada perjuangan suaminya didalam arena politik.
Perkahwinan
Juliah Salag telah berkahwin dengan Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Noor dan memiliki empat orang anak iaitu tiga lelaki dan seorang perempuan.
Sumbangan
Juliah Salag mula aktif dalam program kebajikan dan kemasyarakatan sejak memegang beberapa jawatan antaranya ialah ;
- Yang Dipertua Pertubuhan Muafakatan Titipan Amal Isteri Wakil Rakyat Sabah (Mutiara GRS)[3].
- Penaung Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (PUSPANITA) Cawangan Sabah[4].
- Penaung Pertubuhan Dusun Islam Sabah (PDIS)[5].
- Penaung 1 Persatuan Srikandi Pertiwi Negeri Sabah[6].
- Penaung Persatuan Komulakan Lotud Sabah (KLOSA)[7].
Anugerah
Sabah
Panglima Gemilang Darjah Kinabalu (PGDK) - Datuk (2022)[8]
Ahli Setia Darjah Kinabalu (ASDK) - (2016)[9].
- Anugerah Tokoh Wanita Maal Hijrah Peringkat Daerah Tuaran 2016[10].
Rujukan
- ^ "Ketua menteri dan isteri hadir majlis ceramah perdana aidiladha yang dirindu". sabahnews.com.
- ^ "Biodata Datuk Seri Hajiji". www.mywilayah.com.
- ^ "Mutiara GRS to work with agencies to strengthen family institutions". www.dailyexpress.com.my.
- ^ "Penaung PUSPANITA Cawangan Sabah". puspanita.sabah.gov.my.
- ^ "Kunjungan Hormat Pertubuhan Dusun Islam Sabah terhadap Isteri Ketua Menteri Sabah". suarasabahtoday.com.
- ^ "ROS lulus pendaftaran persatuan srikandi pertiwi negeri sabah". wartaoriental.com.
- ^ "Album sulung dusun lotud dilancar". www.pressreader.com.
- ^ Azam Baki dahului penerima darjah kebesaran tertinggi Sabah
- ^ "James, Hassan Made Datuk; SPDK Posthumously for Gunsanad". www.borneotoday.net.
- ^ "Lima orang terima Anugerah Sempena Maal Hijrah di Tuaran". www.pressreader.com.