Kapal Hitam

"Kapal Hitam" Komodor Matthew Perry dalam cetakan Jepun tahun 1854.

Kapal Hitam (Bahasa Jepun: 黒船, kurofune) ialah nama yang diberikan kepada kapal-kapal orang Barat yang tiba di Jepun antara abad ke-15 dan ke-19. Secara khusus, istilah tersebut dipakai untuk menggelar kapal-kapal Mississippi, Plymouth, Saratoga, dan Susquehanna, yang berlabuh pada 14 Julai 1853 di Pelabuhan Uraga (ketika ini sebahagian Yokosuka) di Wilayah Kanagawa, Jepun, di bawah komando Komodor Matthew Perry dari Amerika Syarikat.[1] Perkataan "hitam" menggambarkan warna hitam layar kapal-kapal yang lebih tua itu, dan asap hitam yang keluar dari mesin wap berbahan bakar arang batu pada kapal-kapal Amerika tersebut.

Kekuatan ketenteraan yang lebih hebat Komodor Perry merupakan faktor penentu dalam perundingan perjanjian yang membenarkan Amerika berdagang dengan Jepun. Hal ini secara berkesan mengakhiri tempoh Sakoku (Jepun: 鎖国) yang telah berlangsung selama lebih 200 tahun, yang membenarkan hanya orang-orang Belanda dan Cina sahaja yang dapat berdagang dengan Jepun.

Lihat juga

  • Jepun
  • Sakoku

Catatan kaki

  1. ^ "Perry Ceremony Today; Japanese and U. S. Officials to Mark 100th Anniversary." New York Times. July 8, 1953,

Rujukan

  • Perry, Matthew Calbraith. (1856). Narrative of the expedition of an American Squadron to the China Seas and Japan, 1856. Diarkibkan 2017-05-19 di Wayback Machine New York : D. Appleton and Company. [digitized by University of Hong Kong Libraries, Digital Initiatives, "China Through Western Eyes." ]
  • Taylor, Bayard. (1855). A visit to India, China, and Japan in the year 1853 Diarkibkan 2016-03-11 di Wayback Machine New York : G.P. Putnam's sons. [digitized by University of Hong Kong Libraries, Digital Initiatives, "China Through Western Eyes." ]

Pautan luar

  • (Inggeris)New National Theatre Tokyo
  • (Inggeris)Opera Japonica