Karen Fukuhara

Karen Fukuhara
Karen pada tahun 2022
Kelahiran (1992-02-10) 10 Februari 1992 (umur 32)
Los Angeles, California, Amerika Syarikat
PendidikanUniversiti California, Los Angeles (Sarjana Muda Seni)
PekerjaanPelakon
Tahun aktif2013–sehingga kini

Karen Fukuhara (Jepun: 福原 かれんcode: ja is deprecated , lahir 10 Februari 1992)[1][2] ialah seorang pelakon Amerika Syarikat yang terkenal dengan wataknya sebagai Tatsu Yamashiro / Katana dalam filem superhero 2016 Suicide Squad dan sebagai Kimiko Miyashiro / The Female dalam siri khidmat penstriman Amazon The Boys (2019 – kini).

Kehidupan awal

Karen lahir di Los Angeles sebagai puteri tertua dari kedua orang tua Jepun, tetapi lebih memilih kewarganegaraan Amerika Syarikat.[3] Bahasa sehari-hari di rumahnya ialah bahasa Jepun dan dia mengikut sekolah vernakular Jepun setiap hari sabtu selama 11 tahun.[1][3] Dia mempunyai beberapa orang adik lelaki.[1] Karen belajar karate saat di sekolah menengah,[1] dia mendapatkan sabuk coklat sebelum melanjutkan ke pendidikan tinggi.[1] Sejak kecil dia sangat suka bermain Pokémon.[4]

Karen menyertai kelas online University of California, Los Angeles (UCLA) sederum bekerja sebagai wartawan NHK di Jepun.[3][5] Dia ialah ahli a cappella Medleys, salah satu alumni dari kumpulan itu ialah Kelly Marie Tran.[6][7] Karen menamatkan pendidikan UCLA pada 2014 dengan gelar Bachelor of Arts di kepujian Sosiologi dan kembali ke Amerika Syarikat.[6][7]

Kerjaya

Fukuhara pertama kali mengenal syarikat media hiburan semasa bersekolah pada sekolah menengah. Dia sempat menjadi pembantu pengacara Movie Surfers, ialah acara televisyen akhbar ringkas milik Disney Channel.[3][6]

Sebelum berlakon dalam Suicide Squad, Fukuhara telah lama bekerja sebagai wartawan atau pengacara media TV. Pada masa-masa sulit hidupnya selepas kembali dari Jepun saat pendidikan di universiti telah tamat. Dia bekerja separa masa sebagai pelayan di kedai makan.[3]

Pada tahun 2016, Karen tampil perdana sebagai Katana di filem adiwira DC Comics Suicide Squad, tayang pada bulan Ogos 2016.[8][9] Meski telah memiliki pengalaman seni bela diri, Karen berkata dalam wawancaranya bahawa dia harus belajar dua bulan untuk memainkan tebasan pedang.[1]

Pada tahun 2019, Karen bermain di Stray. Filem itu dibintangi juga oleh Christine Woods, Miyavi, and Ross Partridge.[10] Pada bulan julai 2019, dia melakonkan Kimiko Miyashiro / The Female di siri Amazon Prime The Boys, bertema dari siri komik Inggeris dengan nama sama. Lakonannya sebagai Kimiko menghantarkannya pada kepopularan.[11]

Pada tahun 2020, dia menjadi lakonan suara dalam Kipo and the Age of Wonderbeasts,[12] sebuah siri dari webcomic bertajuk Kipo.

Pada tahun 2023, Netflix mengumumkan bahawa Karen akan mengalih suara dalam francais kesukaan masa kecilnya, Pokémon Concierge sebagai watak bernama Haru.[13]

Filemografi

Filem

Tahun Tajuk Lakonan Nota
2016 Suicide Squad Tatsu Yamashiro / Katana
2017 The Lost Laura Baker Filem pendek
2019 Stray Nori
2020 Bobbleheads: The Movie Ikioi (suara) DVD
2022 Bullet Train Kayda Izumi Concession Girl
2023 The Boy and the Heron Nyonya Himi (suara) Alih suara Inggeris[14]
2023 Craig Before the Creek Alexis (suara)
AU Stone Cold Fox Sedang dalam pembuatan

Televisyen

Tahun Title Role Notes
2018–sehingga kini Craig of the Creek Sewer Queen, Alexis (suara) Tampil dalam 11 episod
2018–2020 She-Ra and the Princesses of Power Glimmer (suara)[15] 48 episod
2019–sehingga kini The Boys Kimiko Miyashiro / The Female[16] 29 episod
2020 Kipo and the Age of Wonderbeasts Kipo Oak (suara) Watak utama; 30 episod
2021 Star Wars: Visions F (suara) Alih suara Inggeris[17]
2021 Archer Reiko (suara) 1 episod: Dingo, baby, et cetera
2022 Modern Love Tokyo Tamami (suara) 1 episod: He's Playing Our Song.
2023 Pokémon Concierge Haru (suara) Alih suara Inggeris
2024 Alice's Wonderland Bakery Sakura (suara) 1 episod: Dance of the Cherry Blossoms

Permainan video

Tahun Tajuk Lakonan suara Nota
2022 The Callisto Protocol Dani Nakamura [18]

Iklan

Tahun Tajuk Lakonan suara Nota
2021 Taco Bell: Nacho Fries — Fry Force Rei [19]

Rujukan

  1. ^ a b c d e f Regensdorf, Laura (August 5, 2016). "Meet Karen Fukuhara, Suicide Squad's Karate-Trained Breakout Star". Vogue. Diarkibkan daripada yang asal pada August 15, 2020. Dicapai pada August 20, 2019.
  2. ^ Andrea, Mandell; Truitt, Brian; Alexander, Bryan (February 15, 2017). "Attention, Hollywood: It's time to give these 11 Asian stars their due". USA TODAY (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada November 5, 2020. Dicapai pada September 15, 2020.
  3. ^ a b c d e Nguyen, Minh (August 1, 2016). "Karen Fukuhara Talks 'Suicide Squad,' Katana, and 'Dora the Explorer'". NBC News (Temu ramah). Diarkibkan daripada yang asal pada July 17, 2021. Dicapai pada August 3, 2016.
  4. ^ "Talking Pokémon Concierge at Los Angeles Comic Con". Nintendo Supply (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2023-12-05.
  5. ^ "Young Superstar Karen Fukuhara Joins Suicide Squad with a Mission". Mochi Magazine (dalam bahasa Inggeris). November 4, 2016. Diarkibkan daripada yang asal pada December 15, 2019. Dicapai pada December 15, 2019.
  6. ^ a b c "Next Big Thing: 'Suicide Squad's' Karen Fukuhara Explains Her Tattoo From Margot Robbie". The Hollywood Reporter (dalam bahasa Inggeris). July 26, 2016. Diarkibkan daripada yang asal pada July 27, 2016. Dicapai pada December 15, 2019.
  7. ^ a b "Karen Fukuhara '14 |" (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada October 18, 2020. Dicapai pada December 15, 2019.
  8. ^ Hawkes, Rebecca (May 26, 2015). "Suicide Squad: everything you need to know". telegraph.co.uk. The Daily Telegraph. Diarkibkan daripada yang asal pada June 6, 2015. Dicapai pada January 26, 2016.
  9. ^ Trumbore, Dave (July 11, 2015). "Suicide Squad Cast Reveals First Trailer At Comic-Con". Collider. Diarkibkan daripada yang asal pada July 12, 2015. Dicapai pada January 26, 2016.
  10. ^ Hipes, Patrick (December 2, 2016). "Christine Woods, 'Suicide Squad's Karen Fukuhara & More Join 'Sleight' Team's 'Stray'". Deadline Hollywood. Dicapai pada December 9, 2023.
  11. ^ Petski, Denise (March 21, 2018). "'The Boys': 'Suicide Squad's Karen Fukuhara Cast In Amazon's Superhero Drama Series". Deadline. Diarkibkan daripada yang asal pada November 9, 2020. Dicapai pada September 3, 2019.
  12. ^ Ramos, Dino-Ray (December 12, 2019). "'Kipo And The Age Of Wonderbeasts': Karen Fukuhara, Sterling K. Brown, Dan Stevens And More Set For Animated Series". Deadline (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada August 12, 2020. Dicapai pada September 15, 2020.
  13. ^ Mateo, Alex (14 November 2023). "Pokémon Concierge Stop-Motion Animated Series' English Trailer Reveals Theme Song, December 28 Premiere". Anime News Network (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 15 November 2023.
  14. ^ Wu, Valerie (October 17, 2023). "Hayao Miyazaki's 'The Boy and the Heron' Announces English Voice Cast: Christian Bale, Florence Pugh and Robert Pattinson to Star". Variety. Diarkibkan daripada yang asal pada October 17, 2023. Dicapai pada October 17, 2023.
  15. ^ "She-Ra gets a makeover! A first look at the new Netflix series and meet the cast". Entertainment Weekly. Diarkibkan daripada yang asal pada July 5, 2020. Dicapai pada May 18, 2018.
  16. ^ Petski, Denise (March 21, 2018). "'The Boys': 'Suicide Squad's Karen Fukuhara Cast In Amazon's Superhero Drama Series". Deadline. Diarkibkan daripada yang asal pada November 9, 2020. Dicapai pada March 21, 2018.
  17. ^ "Stunning New Star Wars: Visions Trailer Debuts". StarWars.com (dalam bahasa Inggeris). August 17, 2021. Diarkibkan daripada yang asal pada August 17, 2021. Dicapai pada August 17, 2021.
  18. ^ "'THE CALLISTO PROTOCOL' CREATOR SAYS IT'S WAY SCARIER THAN 'DEAD SPACE'". July 1, 2022. Diarkibkan daripada yang asal pada June 30, 2022. Dicapai pada July 12, 2022.
  19. ^ "Taco Bell's 'Fry Force' Is About One Thing: Hope". Muse by Clio (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2023-11-15.

Pautan luar

Kawalan kewibawaan Sunting ini di Wikidata
Umum
Perpustakaan negara
  • Amerika Syarikat
Lain-lain