Kelibat

Kelibat
GenreDrama, komedi, misteri
Ditulis olehAfdlin Shauki
PengarahAfdlin Shauki
Dibintangi oleh
Afdlin Shauki
Riezman Khuzaimi
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Penerbitan
Penerbit eksekutif
  • Christina Orow
  • Priscilla Orow
PenerbitAfdlin Shauki
Tempoh siaran124 minit
Syarikat penerbitan
Vision Works
Penyiaran
Format gambar480i (SDTV)
Format audioStereo
Siaran asal28 April 2004

Kelibat ialah sebuah telefilem komedi Malaysia 2004 arahan Afdlin Shauki terbitan Vision Works.[1][2]

Sinopsis

Mengisahkan tentang dua pembikin filem, Selamat (Afdlin Shauki) dan Indra (Riezman Khuzaimi) yang telah ditugaskan untuk membuat sebuah VCD cerita hantu. Oleh kerana mereka tak mahu dituduh menipu orang ramai, mereka ingin membuat cerita yang boleh disahihkan. Setakat ini kesemua cerita yang mereka siasati merupakan penipuan belaka. Sehinggalah mereka didatangani oleh seorang pekerja hotel yang memberitahu kehadiran sebuah kelibat di hotel di mana beliau bekerja. Penyiasatan Selamat dan Indra di hotel itu membongkarkan sesuatu yang menyeramkan.

Pelakon

  • Afdlin Shauki sebagai Selamat
  • Riezman Khuzaimi sebagai Indra
  • Nadia Mustafar sebagai Jasmin
  • Sharifah Shahirah sebagai Tanti/Yanti
  • Jeslina Hashim sebagai Zaireen
  • Patrick Teoh sebagai Hercules Tan
  • Nell Ng sebagai Ping Ping
  • Rashid Salleh sebagai Kamil
  • Din Beramboi sebagai Pawang
  • Harith Iskander sebagai Zul Eagle (penampilan khas)
  • Aziz M. Osman sebagai Lan Troli (penampilan khas)

Rujukan

  1. ^ Nor Akmar Samudin (23 Mei 2004). "Afdlin cetus kelainan dalam Kelibat". Metro Ahad. Dicapai pada 25 Oktober 2019.
  2. ^ Suraiya Mohd Nor (20 Julai 2004). "Afdlin tekad 'panaskan' kerusi pengarah". Berita Harian. Dicapai pada 11 Julai 2010.

Pautan luar

  • l
  • b
  • s
Karya arahan
Filem
Telefilem
  • Kelibat (2004)
Album studio
Keluarga
Syarikat penerbitan
Buku Wikipedia Buku