Kereta Api Bawah Tanah Beijing

Laluan Bawah Tanah Beijing
Umum
LokasiBeijing
Jenis transit
Alihan laju
Jumlah laluan/aliran
14
Jumlah stesen
172 (stesen dihubungkan dengan persimpangan secara selari)
Bil. penumpang harian
sekitar 6.4 juta (puncak pada 2010)
Laman sesawang
www.bjsubway.com
Operasi
Mula beroperasi
Oktober 1969
PengendaliBeijing Mass Transit Railway Operation Corp. Ltd
Beijing MTR Corp. Ltd.
Teknikal
Panjang sistem
336 km (209 batu)
Tolok landasan
1,435 mm (4 kaki 8 12 in) (tolok piawai)
Peta sistem

sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini
Peta Laluan Bawah Tanah Beijing di China mengikut skala

Laluan Bawah Tanah Beijing (Cina Ringkas: 北京地铁code: zh is deprecated ; Cina Tradisional: 北京地鐵code: zh is deprecated ; pinyin: Běijīng Dìtiě) merupakan rangkaian landasan alihan laju yang beroperasi di daerah perbandaran dan sub-perbandaran di Majlis Perbandaran Beijing. Mula dibuka pada 1971, ia kini mempunyai 13 laluan, meliputi 336 km bagi laluan trek dan 172 stesen[1] kini dalam pengoperasian dan dapat menampung sekurang-kurangnya 3.4 juta sehari,[2] Laluan Bawah Tanah Beijing ialah yang tersibuk di tanah besar China, dan kedua terpanjang selepas Laluan Bawah Tanah Shanghai. Seramai 6.4 juta penumpang direkodkan pada 30 April 2010.[3] Walaupun berkembang pesat, rangkaian ini tidak memadai bagi memenuhi keperluan transit massa di bandar raya dan sedang berada dalam projek penambahan landasan bagi masa depan. Pelan yang dirancang membuka peluang kepada lebih 7 lagi lorong dan sehingga 700 km laluan trek dalam pengoperasiannya pada 2015.[4]

Terbaru pada 30 Disember 2010, Laluan 15, Laluan Changping, Laluan Fangshan, Laluan Yizhuang dan Laluan Daxing dibuka untuk operasi.[5] Penambahan 108 km (67 bt) landasan, peningkatan hampir 50%, menjadikan Laluan Bawah Tanah Beijing metro keempat terpanjang di dunia, di belakang Shanghai, London dan New York City.

Rujukan

  1. ^ Terdapat 198 stesen untuk menghubungkan stesen dengan persimpangan selepas dikira bersama
  2. ^ http://www.china.com.cn/tech/txt/2008-05/29/content_15533051.htm
  3. ^ 北京地铁4月30日客流超过640万人次居全国之首" 1 Mei 2010
  4. ^ "北京2020年轨道交通线路预计将达1000公里左右" www.chinanews.com.cn 2010.12.30
  5. ^ 5 new lines take metro to the edge China Daily

Pautan luar

  • Laman web rasmi Beijing Subway
  • Informasi Beijing Subway pada UrbanRail.net Diarkibkan 2008-07-13 di Wayback Machine
  • Informasi Pemindahan Kereta Api Elektrik pada Enjoysubway[pautan mati kekal]
  • Tips Beijing Subway
  • The Beijing Guide
  • Beijing Subway oleh Tom Carter Diarkibkan 2008-12-10 di Wayback Machine Gambar karangan surat khabar mengenai kereta api bawah elektrik Beijing
  • Beijing Subway at world.nycsubway.org
  • Laman Peminat Beijing Subway Diarkibkan 2008-12-11 di Wayback Machine (bahasa Jepun sahaja)