Kodpis

Henry VIII memakai sekeping kodpis

Kodpis (daripada bahasa Inggeris Pertengahan, cod, "buah pelir") ialah sekeping penutup atau dompet yang dipasang pada hadapan pesak seluar lelaki dan biasanya menyerlahkan bahagian kemaluan itu. Ia dirapatkan dengan tali, butang, atau kaedah yang lain, dan merupakan sebahagian pakaian Eropah yang penting pada abad ke-15 dan abad ke-16. Kodpis masih dipakai pada zaman moden dalam kostum persembahan untuk ahli muzik rock dan muzik heavy metal, serta juga dalam subbudaya kulit homoseksual.

Sejarah

Kodpis logam, abad ke-16.
Potret Antonio Navagero (1565), cat minyak pada kanvas, Pinacoteca di Brera, Milan, oleh Giovanni Battista Moroni.

Dalam dunia purba, terdapat penggambaran kodpis yang masih wujud, misalnya penemuan arkeologi di Knossos Minoa di Crete telah menghasilkan patung kecil, dengan sesetengahnya memakai kodpis.[1] Sebahagian besar daripada apa yang diketahui tentang potongan, padanan, dan bahan pakaian Zaman Pembaharuan dipelajari daripada: [2]

  • potret realistik;
  • inventori pakaian;
  • resit berhuraian untuk bayaran artifak; dan
  • panduan pengguntingan tukang jahit.

Pada abad ke-14, hos lelaki yang berbentuk dua kaki berasingan dipakai di atas seluar dalam linen, dengan kemaluan lelaki dilitupi hanya dengan selapis linen itu. Dengan berlalunya masa, garis kelepet naik, dengan hos menjadi lebih panjang dan disambungkan pada bahagian tengah di belakang, tetapi bahagian tengah di depan masih terbuka. Pemendekan dublet yang kemudian menyebabkan alat kelamin tidak ditutup dengan sempurna dan justera, kodpis bermula kewujudannya sebagai sehelai kain berbentuk tiga segi yang menutup celah itu.

Dengan berlalunya masa, kodpis dibentuk dan dibubuh ped untuk menyerlahkan alat kelamin lelaki, berbanding dengan menyembunyikannya. Arah aliran itu mencapai puncak saiz dan hiasannya pada 1540-an sebelum penggunaan kodpis dihentikan menjelang 1590-an. Baju zirah abad ke-16 meniru fesyen orang awam dan buat suatu ketika, kodpis berperisai menjadi satu tambahan yang ketara kepada pelindung lengkap yang terbaik. Sebilangannya kini dipamerkan di muzium seperti Metropolitan Museum of Art di Bandaraya New York, dan Higgins Armory [3] di Worcester, Massachusetts. Baju zirah Henry VIII [4] di Menara London juga mempunyai kodpis.

Pada zaman kemudian, kodpis menjadi satu bahan ejekan yang mempersendakan fesyen yang ganjil-ganjil. Francois Rabelais, penulis satira lucu Zaman Pertengahan merujuk secara bergurau kepada buku yang berjudul On the Dignity of Codpieces (Tentang Kemuliaan Kodpis) dalam prakata bukunya, The Histories of Gargantua and Pantagruel  (Sejarah Gargantua dan Pantagruel).[5]

Menerusi laluan linguistik yang sama, cods dalam bahasa Inggeris menjadi satu slanga moden untuk merujuk kepada alat kelamin lelaki.[6]

Dalam budaya sezaman

Kodpis kulit.
Oderus Urungus daripada pancaragam heavy metal, Gwar, memakai kodpis dalam konsert 2004.

Pakaian subbudaya

Kodpis dipakai oleh homoseksual subbudaya kulit untuk melitupi dan mengurung alat kelamin mereka, kekadangnya di samping pemakaian chap kulit.

Fesyen heavy metal

Kodpis beraliih daripada subbudaya kulit untuk menjadi sebahagian kostum persembahan fesyen heavy metal yang mantap apabila Rob Halford daripada pancaragam Judas Priest mula memakai pakaian pelumba motosikal homoseksual dan subbudaya kulit sewaktu mempromosikan Hell Bent untuk Leather Album pada 1978.[7]

Tokoh-tokoh lain dalam dunia heavy metal yang memakai kodpis termasuklah:

  • Ian Anderson, penyanyi utama untuk pancaragam Jethro Tull, yang memakai kodpis semasa persembahannya pada pertengahan 1970-an.
  • Gene Simmons daripada pancaragam rock Amerika, Kiss, yang seringnya memakai kostum hitam dan perak dengan kodpis.
  • Larry Blackmon, penyanyi utama Cameo, sekumpulan ahli muzik 1980-an, yang memakai kodpis yang besar dan berwarna merah terang dalam semua persembahannya.
  • Blackie Lawless, pemuzik Shock rock serta ketua kumpulan W.A.S.P., yang memakai kodpis yang menonjolkan mata gergaji.
  • King Diamond, penyanyi heavy metal, yang lama memakai kodpis sebagai sebahagian alat kelengkapan persembahannya.
  • Dick Valentine, penyanyi utama Electric Six yang dilihat memakai kodpis yang menjolok mata dalam video muzik untuk Danger! High Voltage, rekod single pancaragamnya yang terlaris pada 2003.
  • Till Lindemann, penyanyi heavy metal, yang kekadang memakai kodpis di atas pentas.
  • Infernus, ahli muzik black metal dan pemuja syaitan, yang memakai kodpis sebagai sebahagian pakaiannya dalam Ad Majorem Sathanas Gloriam, album studio ketujuh Gorgoroth, pancaragam black metal Norway.
  • William Murderface yang juga kekadang memakai kodpis.
  • Alice Cooper yang memakai kodpis merah terang secara tetap dalam konsert.
  • Oderus Urungus, penyanyi utama GWAR, yang memakai kodpis yang berjudul "The Cuttlefish of Cthulu" (Sotong Katak dari Cthulu).

Muzik pop

Tokoh-tokoh dalam dunia muzik pop yang memakai kodpis termasuklah:

  • Tom Jones yang memakai kodpis sewaktu membuat persembahan dalam konsert.
  • Larry Blackmon yang memakai kodpis merah di atas seluarnya, dengan itu merupakan ciri utamanya.
  • Penyanyi utama Cameo yang memakai kodpis dalam videonya, "Word Up".

Dalam filem, media elektronik dan kesusasteraan moden

Novel

  • Dalam novel Anthony Burgess, A Clockwork Orange (dan kemudiannya padanan filem Stanley Kubrick), Alex dan gengnya memakai kodpis.
  • Dalam novela William Tenn, The Masculinist Revolt (1965), kodpis menjadi lambang gerakan antifeminisme.
  • Dalam novel Do Androids Dream of Electric Sheep? (1968), Bumi dilitupi dengan debu radioaktif daripada guguran nuklear dan oleh itu, watak lelaki memakai kodpis plumbum demi mengelakkan kemandulan.

Filem

  • Filem Batman Forever dan Batman & Robin menerima publisiti yang meluas terhadap saiz kodpis getah teracu pada kostum Batman dan Robin.
  • Dalam filem Jim Henson, Labyrinth, raja goblin (dilakonkan oleh David Bowie) memakai kodpis di bawah seluar menunggang kudanya.
  • Dalam The Pirate Movie (1982), versi muzik rock untuk Pirates of Penzance, Pirate King memakai kodpis bertatahkan barang kemas untuk mencapai kesan komedi.
  • Dalam filem Se7en (1995), suatu pembunuhan berkait nafsu syahwat melibatkan seorang lelaki memakai kodpis yang memiliki mata pisau yang panjang sewaktu diacukan senapang kepadanya.
  • Dalam filem, From Dusk till Dawn, watak "Sex Machine" yang dilakonkan oleh Tom Savini memakai kodpis kulit hitam.

Siri televisyen

  • Dalam siri televisyen, Babylon 5, G'Kar, dilakonkan oleh Andreas Katsulas, memakai kodpis sebagai sebahagian pakaian Duta Besar.
  • Dalam episod The Archbishop daripada sitcom British, antiwira eponim Edmund memakai kodpis "Rusia Hitam" yang besar.
  • Dalam episod Murdering Outside the Box daripada siri Metalocalypse, William Murderface, pemain guitar bes membeli sekeping kodpis yang bertatahkan berlian.
  • Dalam sitcom The Big Bang Theory, sebuah episod berjudul "Codpiece Topology" (Topologi Kodpis) kerana ceritanya merangkumi pesta ria Zaman Pembaharuan.

Permainan video

  • Dalam permainan video, Guitar Hero dan Guitar Hero II, kostum utama Izzy Sparks menonjolkan sekeping kodpis berbentuk tengkorak. Codpiece ialah superbajingan yang muncul dalam Doom Patrol #70. Dia dilengkapi kodpis mekanik tetapi ditewaskan oleh Coagula yang meleburkannya.[8]
  • Dalam permainan video, Final Fantasy IX, antagonis utama Kuja seringnya dikelirukan sebagai memakai thong, walaupun dia sebenarnya memakai sekeping kodpis logam.
  • Permainan video No More Heroes (permainan video) menonjolkan bos bernama Destroyman yang memakai kodpis yang berupaya menembakkan laser.
  • Dalam sitcom/komedi British, Red Dwarf (siri cereka sains), Lister sering dilihat memakai peranti pelancapan kodpis sewaktu bermain permainan video realiti maya.


Rujukan

  1. ^ C. Michael Hogan. 2007. Knossos fieldnotes, Modern Antiquarian.
  2. ^ Grace Q. Vicary, Cultural Anthropology, Vol. 4, No. 1 (Feb., 1989), Visual Art as Social Data: The Renaissance Codpiece, pp. 3-25.
  3. ^ John Grabenstein, http://www.higgins.org Diarkibkan 2016-10-12 di Wayback Machine
  4. ^ David Edge, Arms and Armor of Medieval Knights: An Illustrated History of Weaponry in the Middle Ages
  5. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2004-01-21. Dicapai pada 2009-12-01.
  6. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-09-06. Dicapai pada 2009-12-01.
  7. ^ http://findarticles.com/p/articles/mi_m1589/is_n759/ai_20830600/pg_1
  8. ^ A Fan's Analysis of Doom Patrol supervillain Codpiece.

Pautan luar

  • Time Magazine article


Komponen perisai zaman pertengahan
Kepala
Armet · Barbuta · Basinet · Burgonet · Hounskull · Ketopong agung · Ketopong nasum · Ketopong tutup · Mail coif · Mulut katak · Periuk ekor udang karang · Salet · Servelier · Spangenhelm · Topi cerek
Buffe jatuh · Nosel · Visor
Leher
Aventel · Bevor · Gorget  · Piksana
Torso
Alas tombak · Brigandina · Kuiras · Kulet · Plackart  · Fauld · Hauberk · Kodpis · Pelindung loin
Lengan
Ailet · Besagew · Gauntlet · Kuter · Pauldron · Rerebrace · Spaulder · Vambrace
Kaki
Grif · Kause · Kuise · Polein · Sabaton · Skinbald · Tasset
Tonlet · Bes (kedua-duanya digunakan dalam pertandingan)
Kepingan komponen
Guset · Lamé · Rondel
  • l
  • b
  • s
Badan atas
Baju dalam · Kemeja tak berlengan (Kemeja-A, kemeja otot, baju panas, jiperak, pemukul isteri) · Kemeja-T
Badan bawah
Fundoshi · Jokstrap (penyokong olahraga) · Seluar petinju · Boxers, boxer briefs dan briefs · Seluar renang · Seluar pendek mampatan · Tali-G · Thong
Badan penuh
Seluar dalam panjang (long john)
Hosieri
Sarung kaki · Stoking · Tabi
Sejarah
Causse · Cawat · Kodpis · Dublet · Gancu garter · Hos · Kain punggung · Sut kesatuan
Jenama
2(x)ist · Abercrombie & Fitch · American Apparel · Andrew Christian · aussieBum · BVD · California Muscle · Calvin Klein · Diesel S.p.A. · DKNY · Dolce & Gabbana · Fruit of the Loom · Hanes · Hollister Co. · Hugo Boss · Jockey International · Joe Boxer · Mundo Unico · Ruehl No.925 · Saxx Apparel · Under Armour