Kolonel

Angkatan Tentera Malaysia
Angkatan Tentera Malaysia
Tentera Darat Tentera Laut Tentera Udara
Pangkat Pegawai Angkatan Tentera
Fil Marsyal Laksamana Armada Marsyal TUDM
Jeneral Laksamana Jeneral TUDM
Leftenan Jeneral Laksamana Madya Leftenan Jeneral TUDM
Mejar Jeneral Laksamana Muda Mejar Jeneral TUDM
Brigedier Jeneral Laksamana Pertama Brigedier Jeneral TUDM
Kolonel Kepten Kolonel TUDM
Leftenan Kolonel Komander Leftenan Kolonel TUDM
Mejar Leftenan Komander Mejar TUDM
Kapten Leftenan Kapten TUDM
Leftenan Leftenan Madya Leftenan TUDM
Leftenan Muda Leftenan Muda Leftenan Muda TUDM
Pegawai Kadet Kanan
Kadet
Lain-lain Pangkat Angkatan Tentera
Pegawai Waran I Pegawai Waran I Pegawai Waran Udara I
Pegawai Waran II Pegawai Waran II Pegawai Waran Udara II
Staf Sarjan Bintara Kanan Flait Sarjan
Sarjan Bintara Muda Sarjan Udara
Koperal Laskar Kanan Koperal Udara
Lans Koperal Laskar Kelas I Laskar Udara Kanan
Prebet Laskar Kelas II Laskar Udara I
Prebet Laskar Muda Laskar Udara II
Perajurit Muda Perajurit Muda Perajurit Muda

Kolonel (disebut /ˈkɜrnəl/) (Kol atau KOL) merupakan satu pangkat tentera di dalam pegawai tauliah. Ia juga digunakan dalam beberapa pasukan polis dan struktur pangkat separa tentera. Kolonel biasanya bertanggungjawab ke atas sebuah rejimen di dalam tentera darat.

Pada hari ini, seorang kolonel adalah pangkat tentera medan yang berada pada kedudukan tertinggi, atau kedua tertinggi selepas jeneral. Di dalam pasukan tentera yang kecil, kolonel boleh menjadi pangkat tertinggi yang boleh disandang.

Kolonel sebagai pangkat pegawai tertinggi

Beberapa pasukan tentera hanya memiliki seorang kolonel sebagai pegawai tertinggi mereka, dan tiada pangkat 'jeneral', dan tiada pihak yang lebih berkuasa (kecuali, mungkin ketua negara sebagai ketua komander). Berikut merupakan beberapa contoh:

  • Antigua dan Barbuda (170 anggota)
  • Benin (4,500 anggota)
  • Costa Rica (about 8,000 anggota)
  • Gambia (1,900 anggota)
  • Iceland (100 anggota, digaji hanya untuk tugas-tugas pengaman)
  • Luxembourg (hanya satu cabang, tentera darat, dengan jumlah 1,500 anggota)
  • Monaco (dua cabang, dengan jumlah kira-kira 250 anggota)
  • Niger (8,000 anggota)
  • Suriname (1,800 anggota)
  • Negara Kota Vatican (kini hanya satu cabang, Swiss Guard)

Galeri

  • Brazil
    Brazil
  • Tentera Darat Malaysia
    Tentera Darat Malaysia
  • Itali
    Itali
  • Belanda (Kolonel)
    Belanda (Kolonel)
  • Romania
    Romania
  • Thailand
    Thailand

Rujukan