Konflik Israel–Palestin

Israel Tengah dan Kawasan C (biru), bahagian Tebing Barat di bawah kawalan penuh Israel, Genting Gaza ditepi laut Mediterranean dibawah kawalan penuh Gerakan Penentangan Islam Hamas

Konflik Israel-Palestin merupakan satu pertikaian yang masih berlangsung antara Israel dan orang Arab Palestin. Konflik Israel-Palestin ini merupakan sebahagian daripada Konflik Arab-Israel yang lebih besar. Pada dasarnya, konflik kini merupakan pertikaian antara dua kumpulan mengenai tuntutan kawasan tanah yang sama.

Banyak percubaan telah dibuat untuk membantu mencipta sebuah "penyelesaian dua negara" yang melibatkan penciptaan sebuah negara Palestin merdeka di samping Israel. Pada masa ini, kebanyakan orang Israel dan Palestin bersetuju bahawa sebuah penyelesaian dua negara merupakan cara yang terbaik untuk menamatkan konflik, menurut banyak tinjauan pendapat yang utama.[1][2] Kebanyakan orang Palestin melihatkan Tebing Barat dan Genting Gaza sebagai sebahagian kawasan negara masa hadapan, suatu sudut pandangan yang juga diterima oleh kebanyakan orang Israel.[3] Walaupun demikian, sebilangan ahli akademik yang kecil menyokong penyelesaian satu negara, dengan semua kawasan Israel, Genting Gaza, dan Tebing Barat menjadi sebuah dwinegara dengan hak yang sama untuk semua penduduk.[4][5] Bagaimanapun, terdapat banyak percanggahan pendapat yang utama tentang bentuk persetujuan mutakhir serta tahap keandalan kedua-dua pihak terhadap komitmen asas masing-masing.[6]

Terdapat banyak pemain dalam negeri serta pemain antarabangsa yang terbabit dalam konflik ini. Pihak perunding langsung ialah kerajaan Israel yang diketuai oleh Ehud Olmert dan Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) yang diketuai oleh Mahmud Abbas. Perundingan rasmi diantarakan oleh sebuah kontingen antarabangsa yang dikenali sebagai Kuartet Timur Tengah yang terdiri daripada Amerika Syarikat, Rusia, Kesatuan Eropah, Pertubuhan Bangsa Bersatu, dan diwakili oleh utusan khas yang kini merupakan Tony Blair. Liga Arab merupakan pemain yang penting yang telah mencadangan rancangan keamanan alternatif. Mesir, anggota pengasas Liga Arab, merupakan peserta yang utama dari segi sejarah.

Sejak tahun 2006, pihak Palestin telah dipecah belah oleh konflik antara dua puak yang utama: Fatah, parti yang terbesar, dan Hamas, sebuah kumpulan perjuangan Islam. Oleh sebab itu, wilayah yang dikuasai oleh Pihak Berkuasa Nasional Palestin (kerajaan interim Palestin) berpecah belah antara Fatah di Tebing Barat dengan Hamas di Genting Gaza. Hal ini terbukti menimbulkan masalah kerana Hamas dianggap sebagai sebuah pertubuhan pengganas oleh Israel dan banyak negara yang lain.[7] Oleh itu, walaupun Hamas memenangi pilihan raya Palestin 2006, ia tidak dibenarkan mengambil bahagian dalam sebarang perundingan rasmi.

Pusingan perundingan keamanan terkini yang bermula di Annapolis, Amerika Syarikat pada bulan November 2007 bertujuan untuk mencapai ketetapan mutakhir menjelang akhir tahun 2008.[8] Semua pihak bersetuju bahawa adanya enam teras atau 'status akhir' yang merupakan persoalan yang mesti diselesaikan: Jerusalem, pelarian, petempatan, keselamatan, sempadan, dan air.[9]

Dalam kalangan masyarakat Israel dan Palestin, konflik ini menjanakan berbagai-bagai pandangan dan pendapat (sila lihat juga pandangan Israel tentang proses keamanan dalam konflik Israel-Palestin dan pandang Palestin tentang proses keamanan). Hal ini bertindak untuk menonjolkan percanggahan pendapat yan=, bukan sahaja antara orang Israel dengan orang Palestin, tetapi juga antara mereka sendiri.

Ciri utama konflik ini ialah tahap keganasan yang disaksikan pada sepanjang konflik tersebut. Korban perang yang diadakan oleh askar tetap, kumpulan separa tentera, dan sel pengganas tidak hanya terhad kepada para tentera, malahan banyak nyawa orang awam bagi kedua-dua pihak juga dikorbankan.

Isu ut

  • Status wilayah diduduki Israel
  • Saling mengiktiraf
  • Pelarian Palestin
  • Petempatan Israel
  • Keselamatan Israel
  • Pembahagian sumber alam
  • Perobohan rumah orang Palestin

Rujukan

  1. ^ Soalan Lazim OneVoice[pautan mati kekal]
  2. ^ Hamas won't go[[ away, The E]]conomist, 31 Januari 2008
  3. ^ Dershowitz, Alan. The Case for Peace: How the Arab-Israeli Conflict Can Be Resolved. Hoboken: John Wiley & Sons, Inc., 2005
  4. ^ Israel: The Alternative, The New York Review of Books, Jilid 50, Nombor 16, 23 Oktober 2003
  5. ^ Virginia Tilley, The One-State Solution, University of Michigan Press (24 Mei 2005), ISBN 0472115138
  6. ^ "Berita Perang Israel Terkini dan Terbaru Hari Ini - SINDOnews". SINDOnews.com (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 2023-10-17.
  7. ^
    • Israel: The Financial Sources of the Hamas Terror Organization, Israel Ministry of Foreign Affairs
    • USA: Country Reports on Terrorism 2005, US Department of State, April 2006
    • European Union: COUNCIL DECISION of 21 Disember 2005, COUNCIL OF THE EUROPEAN UNION
  8. ^ New Mid-East peace drive launched, BBC News, 28 November 2007
  9. ^ * "It is understood that these negotiations shall cover remaining issues, including: Jerusalem, refugees, settlements, security arrangements, borders, relations and cooperation with other neighbors, and other issues of common interest." (Declaration of Principles on Interim Self-Government Arrangements, Article V, Section 3 Diarkibkan 2009-01-09 di Wayback Machine, Oslo, September 13 1993)
    • "In furtherance of the goal of two states, Israel and Palestine, living side by side in peace and security, we agree to immediately launch good-faith bilateral negotiations in order to conclude a peace treaty, resolving all outstanding issues, including all core issues without exception, as specified in previous agreements." (Joint Understanding Read by President Bush at Annapolis Conference, Annapolis, November 27 2007)
    • "As President Bush said, Prime Minister Olmert and President Abbas have agreed to an ambitious work plan to negotiate and resolve all outstanding issues, including all core issues, without exception, as specified in previous agreements, by the end of next year. These issues include borders, refugees, security, water, settlements, and Jerusalem." (Condoleezza Rice's Remarks at the Annapolis Conference, November 27 2007)
  • Negara
  • Pihak Berkuasa
  • Pertubuhan
Israel
Palestin
Utama
Kumpulan lain
Kumpulan pihak ketiga
Latar
belakang
1920–1948
  • 1920
  • 1921 Rusuhan Yafa
  • 1929 Rusuhan Palestin
    • Pembunuhan beramai-ramai Al-Khalil
  • 1936–1939 Rusuhan Arab
  • 1944–1947 Pemberontakan Yahudi
  • 1947–1948 Perang Saudara
Siri serangan
1948–1970
Pemberontakan
Palestin
1968–1982
  • 1970 Pengeboman bas sekolah Avivim
  • 1972 Penerbangan 571 Sabena / Pembunuhan beramai-ramai di Munich / Pembunuhan Mossad susulan pembunuhan beramai-ramai di Munich (1973 Peristiwa Lillehammer)
  • 1974 Pembunuhan beramai-ramai di Kiryat Shmona / Pembunuhan beramai-ramai di Maalot
  • 1975 Serangan Hotel Savoy
  • 1976 Entebbe
  • 1978 Pembunuhan beramai-ramai di Lebuh Pesisir / Konflik Selatan Lubnan
  • 1980 Krisis tebusan Misgav Am
Siri serangan
1973–1987
  • 1973 Perang Yom Kippur
  • 1975 Pengeboman Dataran Zion
  • 1982 Perang Lubnan
    • Pengepungan Beirut
  • 1983 Epidemik pengsan Tebing Barat
  • 1984 Peristiwa Bas 300
  • 1985 Rampasan Achille Lauro / Operasi "Kaki Kayu"
  • 1987 Malam Para Peluncur
Intifadah Pertama
1987–1991
Intifadah Kedua
2000–2005
  • Serangan roket Palestin ke atas Israel
    • senarai
  • Serangan berani mati Palestin
  • Pembunuhan Israel
  • 2000 Peristiwa Oktober
  • 2001 Santorini
  • 2002 Operasi "Bahtera Nuh" / Operasi "Perisai Pertahanan" / Pertempuran Jenin / Pertempuran Nablus / Operasi "Laluan Tekad"
  • 2003 Serangan udara Ain Al-Sahib
  • 2004 Operasi "Pelangi" / Suruhan Beit Hanoun / "Hari Kesesalan"
Kempen penentangan
orang Palestin
2006–kini
  • 2006 Pertempuran Penjara Ariha
  • 2008 Serangan yesyiva Baitulmaqdis / Serangan jentolak Baitulmaqdis
  • 2009 Krisis Masjid Al-Aqsa
  • 2010 Kempen keganasan terhadap Israel
  • 2015–2016 Konflik Israel-Palestin
  • 2017 Krisis Masjid Al-Aqsa
  • 2021 Krisis Israel-Palestin
  • 2022 Penggempuran Masjid al-Aqsa
Konflik
Gaza–Israel
2006–kini
  • 2006 Letusan pantai Gaza / Rusuhan lintas sempadan Gaza  / Hujan Musim Panas / "Awan Musim Luruh"
  • 2008 Pelanggaran sempadan Gaza–Mesir / Musim Sejuk Hangat
  • 2008–2009 Pertempuran Al-Furqan
  • 2010 Rampasan armada Gaza
  • 2012 Gema Kembali / Batu Lumpur Neraka
  • 2014 Daun Yang Dimakan
  • 2015 Pembebasan Flotila III
  • 2018 Perarakan Pulang Perdana / Pertembungan November
  • 2019 Pertembungan Mei / Pertembungan November
  • 2021 Pedang Al-Quds
  • 2022 Fajar Menyinsing
  • 2023 Perisai dan Panah / Taufan Al-Aqsa
Diplomasi dan proses pendamaian
Garis masa
1948–1991
1990-an
  • 1981–1982 Rancangan Fahd
  • 1991 Persidangan Madrid
  • 1993–1995 Perjanjian Oslo
  • 1994 Protokol Hubungan Ekonomi (Protokol Paris)
  • 1994 Perjanjian Gaza–Jericho
  • 1994–kini Bantuan keselamatan AS kepada Palestin
  • 1997 Protokol Hebron
  • 1998 Memorandum Sungai Wye
  • 1999 Memorandum Sharm El Sheikh
2000-an
  • 2000 Sidang Kemuncak Kem David / Parameter Clinton
  • 2001 Sidang Kemuncak Taba
  • 2002 Penubuhan kuartet
  • 2003 Peta Hala Tuju
  • 2005 Pengunduran Israel dari Gaza
  • 2005 Persetujuan Pergerakan dan Capaian
  • 2006 Inisiatif Lembah Damai
  • 2007 Persidangan Annapolis
2010-an
  • 2010–2011 Rundingan damai Israel-Palestin
  • 2011 Kertas-kertas Palestin
  • 2013–2014 Rundingan damai Israel-Palestin
Israel, Palestin dan PBB