Korona

Korona matahari dapat dilihat dengan mata kasar semas a gerhana matahari.

Korona (Latin: corona "mahkota"[1]) ialah sejenis plasma yang mengelilingi Matahari dan objek cakerawala lain termasuk Bumi. Korona matahari berukuran berjuta-juta kilometer ke dalam angkasa lepas dan paling mudah dilihat semasa berlakunya gerhana matahari, mahupun ia juga dapat dilihat dengan alat koronagraf.

Suhu tinggi korona Matahari memberinya ciri-ciri spektroskopi yang luar biasa. Ini membawa kepada cadangan pada abad ke-19 yang korona ini mengandungi unsur-unsur yang tidak diketahui, iaitu "coronium". Ciri-ciri luar biasa ini kini sudah dipastikan sebagai besi yang terion tinggi, (Fe-XIV) yang menggambarkan suhu plasma yang melewati 106 kelvin.[2] Hakikat yang Matahari memiliki korona yang suhunya berjuta darjah pertama kalinya ditemui Gotrian pada tahun 1939 dan Bengt Edlen pada tahun 1941 dengan mengenal pasti garis-garis korona (diperhatikan semenjak tahun 1869) sebagai peralihan tahap dari tahap metastabil rendah tataletak asas logam yang terion tinggi (garis hijau FeXIV pada 5303 Å, tetapi juga garis merah FeX pada 6374 Å).

Cahaya dari korona datang daripada tiga sumber primer, yang diberi nama berlainan mahupun ketiga-tiga berkongsikan sispadu ruang angkasa yang sama. Korona-K (K-corona, K untuk kontinuierlich, "bersambung" dalam bahasa Jerman) terbentuk dengan serakan elektron bebas oleh sinaran matahari; Pelebaran Doppler terhadap garis penyerapan fotosfera yang terpantul menyelubungi pancaran serakan ini dan menimbulkan sebuah gambaran spektroskopi kontinum tanpa sebarang garis penyerapan. Korona-F (F-corona, F buat Fraunhofer) direka oleh pantulan sinaran matahari daripada zarah-zarah habuk, dan dapat dilihat atau dikesan kerana cahayanya mengandungi garis penyerapan Fraunhofer yang kelihatan dalam sinaran matahari yang tidak bertapis; korona-F memanjang kepada sudut pemanjangan yang tinggi dari Matahari dan diberi nama cahaya zodiak. Korona-E (E-corona, E buat emission atau pancaran) disebabkan garis pancaran spektroskopi yang dibuat ion yang hadir dalam plasma korona; ia dapat dilihat dalam garis pancaran spekstoskopi yang lebar atau terhalang atau panas, dan merupakan sumber maklumat utama tentang kandungan korona.[3]

Rujukan

  1. ^ "cŏrōna". K. Prent, J. Adisubrata, W. J. S. Poerwadarminta (1969). Kamus Latin-Indonesia. Jogjakarta: Penerbitan Jajasan Kanisius. m/s. 198.
  2. ^ Aschwanden, M. J. (2004). Physics of the Solar Corona. An Introduction. Praxis Publishing. ISBN 3-540-22321-5.
  3. ^ Corfield, Richard (2007). Lives of the Planets. Basic Books. ISBN 978-0-465-01403-3.

Bacaan lanjut

  • Thorsten Dambeck: Seething Cauldron in the Suns's Furnace[pautan mati kekal], MaxPlanckResearch, 2/2008, p. 28–33
  • B. N. Dwivedi and A. K. Srivastava Coronal heating by Alfvén waves CURRENT 296 SCIENCE, VOL. 98, NO. 3, 10 FEBRUARY 2010, pp. 295–296

Pautan luar

  • NASA description of the solar corona
  • Coronal heating problem at Innovation Reports
  • NASA/GSFC description of the coronal heating problem
  • FAQ about coronal heating
  • Solar and Heliospheric Observatory, including near-real-time images of the solar corona
  • Coronal x-ray images from the Hinode XRT
  • nasa.gov Astronomy Picture of the Day July 26, 2009 – a combination of thirty-three photographs of the sun's corona that were digitally processed to highlight faint features of a total eclipse that occurred in March 2006
  • Animated explanation of the core of the Sun (University of South Wales)
  • Animated explanation of the temperature of the Corona (University of South Wales)
  • Space,time,matter and vacuum: The Solar Corona. A sign of Quantum Gravity?(Spanish) Diarkibkan 2016-12-03 di Wayback Machine
  • Alfvén waves may heat the Sun's corona Diarkibkan 2011-07-10 di Wayback Machine
  • New Clue May Solve Solar Mystery Diarkibkan 2012-11-21 di Wayback Machine
  • The Origins of Hot Plasma in the Solar Corona
  • Solar Interface Region – Bart de Pontieu (SETI Talks) Video
  • l
  • b
  • s
Struktur
Teras · Zon sinaran · Zon perolakan
Gambar Matahari pada 7 Jun 1992 (NASA)
Atmosfera
Fotosfera · Kromosfera · Kawasan peralihan · Korona
Struktur
Heliosfera (Kepingan arus · Kejutan penamatan)  · Selaput helios  · Heliopaus  · Kejutan busur
Fenomena Matahari
Lubang korona  · Gelung korona  · Lentingan jisim korona  · Gerhana  · Fakula  · Suar  · Granul  · Gelombang Moreton  · Semarak  · Sinaran (variasi)  · Spikul  · Tompok  · Supergranulan  · Angin
Topik berkaitan
Sistem Suria · Dinamo suria