Lumba-lumba hidung botol biasa

Lumba-lumba hidung botol biasa
frames
Pengelasan saintifik
Tatanama binomial
Tursiops truncatus
Perbandingan saiz dengan manusia
Perbandingan saiz dengan manusia

Dolfin Hidung Botol (bahasa Inggeris: Bottlenose Dolphin) merupakan sejenis dolfin yang paling dikenali ramai. Nama sainsnya Tursiops truncatus.[1] Walau bagaimanapun, kajian baru telah menunjukkan sebenarnya terdapat dua spesies dolfin ini, T. truncatus dan T. aduncus.

Taburan

Dolfin Hidung Botol boleh didapati di hampir semua laut beriklim sederhana dan panas di dunia. Ia cuma tidak pernah dilihat di Lautan Artik dan Antartik.

Ciri

Dolfin Hidung Botol adalah haiwan mamalia berdarah panas, melahirkan anak, menjaga anak, dan mempunyai bulu di badan.

Dolfin Hidung Botol berwarna kelabu, dari kelabu tua di di bahagian atas berhampiran sirip dorsal sehinggalah kelabu muda hampir putih di bahagian bawah. Ini membuatkan ia sukar dikesan dari atas dan bawah ketika berenang. Rahang atas dan bawahnya yang memanjang ke depan, dipanggil rostrum, memberikan namanya "hidung botol". Hidung sebenarnya ialah lubang sembur di atas kepalanya.

Jantung Dolfin Hidung Botol terdiri daripada 4 kamar seperti manusia. Kamar atas dikenali sebagai atrium, sementara kamar bawah dikenali sebagai ventrikel.

Pembiakan

Sebagai mamalia, Dolfin Hidung Botol melahirkan anak. Tempoh bunting adalah kira-kira 12 bulan. Selepas anaknya lahir, dolfin ini akan menjaga anaknya sehingga mampu berdikari, iaitu sehingga 6 tahun.

Pengekalan

Dolfin Hidung Botol secara keseluruhannya tidak merupakan haiwan terancam, cuma di beberapa tempat tertentu, jumlahnya telah berkurang akibat pencemaran dan kekurangan sumber makanan. Dolfin Hidung Botol seperti semua dolfin lain merupakan haiwan yang dilindungi dan memerlukan lesen pemburuan.

Rujukan

  1. ^ "JABATAN HIDUPAN LIAR SABAH" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2011-11-11. Dicapai pada 2013-01-10.

Lihat juga

  • Dolfin


Senarai mamalia
A - B - C - D - E - F - G - H - I - J - K - L - M - N - O - P - Q - R - S - T - U - V - W - X - Y - Z