MPEG-4

MPEG-4 ialah kolekso kaedah-kaedah yang menentukan pemampatan data digital audio dan visual. MPEG-4 diperkenalkan pada lewat tahun 1998 dan menetapkan pemiawaian untuk sekumpulan format pengekodan audio dan video serta teknologi berkaitan yang dipersetujui oleh ISO/IEC Kumpulan Pakar Gambar Bergerak (MPEG) di bawah piawaian rasmi ISO/IEC 14496. Kegunaan MPEG-4 termasuk pemampatan data AV untuk Internet (media strim) dan pengedaran CD, suara (telefon, videofon) dan aplikasi penyiaran televisyen.

MPEG-4 menyerap kebanyakan ciri-ciri MPEG-1 dan MPEG-2 serta piawaian-piawaian berkaitan yang lain, menambah ciri-ciri baru termasuk sokongan VRML (tambahan) untuk paparan 3D, fail-fail komposit berorientasikan objek (termasik audio, video dan objek VRML), sokongan untuk Pengurusan Hak Digital yang ditetapkan oleh pihak luar dan pelbagai jenis interaktiviti. AAC (Advanced Audio Codec) dipiawaikan sebagai satu tambahan pada MPEG-2 (Part 7) sebelum keluarnya MPEG-4.

MPEG-4 masih sedang dibangunkan dan dibahagi kepada beberapa bahagian (part). Syarikat-syarikat yang memupuk keserasian MPEG-4 tidak semestinya menjelaskan keserasian tahap "part" yang mana. Bahagian-bahagian utama yang harus diberi perhatian ialah MPEG-4 part 2 (MPEG-4 SP/ASP, digunakan oleh kodek seperti DivX, Xvid, Nero Digital dan 3ivx serta Quicktime 6) dan MPEG-4 part 10 (MPEG-4 AVC/H.264, digunakan oleh kodek x264, Nero Digital AVC, Quicktime 7, dan format-format DVD generasi seterusnya seperti HD DVD dan Blu-ray).

Kebanyakan ciri-ciri yang terangkum dalam MPEG-4 terpulang pada pemaju perisian individu untuk menentukan sama ada hendak melaksanakannya. Ini bermaksud mungkin tiadanya pelaksanaan sepenuhnya keseluruhan set piawaian MPEG-4. Untuk menangani masalah ini, piawaian ini merangkumi konsep "profil" dan "levels" untuk membolehkan satu set kebolehan tertentu ditakrifkan dalam satu cara yang berpatutan untuk satu subset aplikasi.

Mula-mulanya, MPEG-4 disasarkan terutamanya kepada komunikasi video berkadar bit rendah; namun, skopnya diluaskan menjadi lebih kepada piawaian pengekodan multimedia. MPEG-4 cekap merentasi pelbagai kadar bit, baik beberapa kilobit per saat mahupun berpuluh-puluh megabit per saat. MPEG-4 menyediakan kefungsian berikut:

  • Peningkatan kecekapan pengekodan
  • Kebolehan mengekod data media campuran (video, audio, percakapan)
  • Ketahanan ralat untuk membolehkan pemancaran yang kuat
  • Kebolehan berinteraksi dengan babak audio-visual yang dijana pada penerima

Pautan luar

  • MPEG-4: The Next Generation
  • MPEG-4 Audio: AAC
  • MPEG Industry Forum (MPEGIF) MPEG-4 page
  • MPEG Industry Forum (MPEGIF) MPEG-4 White Paper
  • Moving Picture Experts Group (MPEG) Official Website
  • JM MPEG-4 AVC /H.264 Reference Code
  • OpenIPMP: Open Source DRM Project for MPEG-4
  • Streamable Mpeg-4 Conversion guide
  • MPEG-4 part 20: LASeR
  • MPEG-4 – Information on MPEG-4 for beginners.


  • l
  • b
  • s
Format-format pemampatan multimedia
Pemampatan video
ISO/IEC MJPEG · MPEG-1 · MPEG-2 · MPEG-4 ASP · MPEG-4/AVC
ITU-T H.120 · H.261 · H.262 · H.263 · H.264
Lain-lain AMV · AVS · Bink · Dirac · Indeo · MJPEG · Pixlet · RealVideo · RTVideo  · Smacker · Theora · VC-1 · VP6 · VP7 · WMV
Pemampatan audio
ISO/IEC MPEG-1 Lapisan III (MP3) · MPEG-1 Lapisan II · MPEG-1 Lapisan I · AAC · HE-AAC · HE-AAC v2
ITU-T G.711 · G.722 · G.722.1 · G.722.2 · G.723 · G.723.1 · G.726 · G.728 · G.729 · G.729.1 · G.729a
Lain-lain AC3 · AMR · Apple Tak Hilang · ATRAC · FLAC · iLBC · Monkey's Audio · Hukum-μ · Musepack · Nellymoser · OptimFROG · RealAudio · RTAudio · SHN · Siren · Speex · Vorbis · WavPack · WMA · TAK
Pemampatan imej
ISO/IEC/ITU-T JPEG · JPEG 2000 · JPEG Tak Hilang · JBIG · JBIG2 · PNG  · WBMP
Lain-lain BMP · GIF · ICER  · ILBM · PCX · PGF  · TGA  · TIFF  · JPEG XR / Foto HD
Bekas media
Am 3GP · ASF · AVI · Bink · DMF · DPX · FLV · Matroska · MP4 · MXF · NUT · Ogg · Ogg Media · QuickTime · RealMedia · Smacker · VOB
Audio sahaja AIFF · AU · WAV
Sila lihat Kaedah Pemampatan untuk kaedah, dan Pelaksanaan Perisian Mampatan untuk codec