Masjid Nasir al-Mulk

Masjid Nasir al-Mulk
Pemandangan dalam masjid
Info asas
LokasiIran Shiraz, Iran
PerbandaranKaunti Shiraz
WilayahFars
NegaraIran
StatusActive
Penerangan seni bina
Jenis seni binaMasjid
Gaya seni binaSeni bina Iran
Disiapkan pada1888

Masjid Nasir al-Mulk (Parsi: مسجد نصیر الملکcode: fa is deprecated Masjed-i Nasir al-Mulk), juga dikenali sebagai Masjid Merah Jambu merupakan sebuah masjid tradisional di Shiraz, Iran. Ia terletak berhampiran Masjid Shāh Chérāgh.

Masjid ini mengandungi kaca berwarna yang luas di fasadnya, dan memaparkan unsur-unsur tradisional lain seperti reka bentuk Panj Kāse (lima lekuk). Dalam budaya popular, masjid ini digelar Masjid Merah Jambu atau Masjid Pink[1] kerana penggunaan jubin berwarna merah jambu yang banyak sebagai reka bentuk dalamannya.[2]

Sejarah

Masjid ini telah dibina semasa era Qajar dan masih digunakan dibawah perlindungan oleh Yayasan Wakaf Nasir al Mulk. Ia telah dibina dari tahun 1876 sehingga 1888 atas arahan Mirza Hasan Ali (Nasir al-Mulk), iaitu seorang pemerintah Qajar.[3] Rekaannya oleh Mohammad Hasan-e-Memār, seorang arkitek Iran, bersama-sama dengan Mohammad Rezā Kāshi-Sāz-e-Širāzi.[4]

Penyelenggaraan

Pemulihan, perlindungan, dan penyelenggaraan monumen ini diteruskan di bawah Yayasan Wakaf Nasir al Mulk.

Galeri

  • Halaman dalaman.
    Halaman dalaman.
  • Pintu masuk.
    Pintu masuk.
  • Siling salah satu gerbang.
    Siling salah satu gerbang.
  • Siling dalaman Masjid Nasid al-Mulk.
    Siling dalaman Masjid Nasid al-Mulk.
  • Kaca berwarna dalam masjid.
    Kaca berwarna dalam masjid.
  • Kaca berwarna dalam masjid.
    Kaca berwarna dalam masjid.
  • Seseorang sedang bersembahyang dalam ruang yang dihiasi kaca berwarna.
    Seseorang sedang bersembahyang dalam ruang yang dihiasi kaca berwarna.
  • Dalam masjid.
    Dalam masjid.

Pautan luar

  • Nasir ol Molk Mosque on Art-Days.com
  • Nasir ol Molk Mosque on Albert-Videt.eu (Perancis)
  • BBC Persian: Nasir ol Molk (Parsi)

Rujukan

  1. ^ Mosque of Whirling Colours: A Mixture of Architecture and Art in Nasīr al-Mulk Mosque in Shiraz, Iran Diarkibkan 2016-05-11 di Wayback Machine, Cem Nizamoglu, MuslimHeritage.com
  2. ^ CNN: Why your next vacation could be in Iran, Frederik Pleitgen – July 14, 2015
  3. ^ Stunning Mosque In Iran Becomes A Magnificent Kaleidoscope When The Sun Rises, DeMilked Magazine
  4. ^ https://books.google.fr/books?id=RT0bAgAAQBAJ&pg=PA185&dq=Nasir+ol+Molk+Mosque+Muhammad+Hassan&hl=en&sa=X&redir_esc=y#v=onepage&q=Nasir%20ol%20Molk%20Mosque%20Muhammad%20Hassan&f=false

Koordinat: 29°36′31″N 52°32′54″E / 29.60861°N 52.54833°E / 29.60861; 52.54833