Materialisme

Fahaman materialisme ialah sejenis fahaman falsafah yang mendakwa bahawa satu-satunya perkara yang benar ialah bahan berjirim, yakni segala fenomena yang berlaku adalah bersifat jirim atau ialah kesan daripada perkara berjirim dan nyata.[1] Sebagai contoh, kesedaran dan pemikiran manusia hanya berpunca daripada proses biokimia dan sistem saraf manusia dalam fahaman ini, dan ketiadaan perkara ini memustahilkan kemahiran berfikir.

Konsep ini bertentangan dengan konsep idealisme serta pluralisme dan dualisme.[2] Selain itu, fahaman ini berkait dengan fizikalisme, yakni pandangan bahawa segala yang wujud hanyalah bersifat fizikal, tetapi ada yang beranggap bahawa materialisme dan fizikalisme hanyalah dua perkataan bagi konsep yang sama.

Lihat juga

  • Materialisme ekonomi

Rujukan

  1. ^ Lorens Bagus. 2000. Kamus Filsafat. Jakarta: PT. Gramedia Pustaka Utama. Hlm. 593-600
  2. ^ N. Drijarkara. 1966. Pertjikan Filsafat. Jakarta: PT Pembangunan Djakarta. Hal. 57-59.

Pautan luar

  • Kategori berkenaan Materialisme di Wikimedia Commons
  • Takrifan kamus materialisme di Wikikamus
  • l
  • b
  • s
Kawalan kewibawaan: Perpustakaan negara Sunting ini di Wikidata
  • Perancis (data)
  • Ukraine
  • Jerman
  • Israel
  • Amerika Syarikat
  • Latvia
  • Jepun
  • Republik Czech