Mathieu Debuchy

Mathieu Debuchy
Maklumat peribadi
Nama penuh Mathieu Debuchy[1]
Tarikh lahir (1985-07-29) 29 Julai 1985 (umur 38)
Tempat lahir Fretin, Perancis
Ketinggian 1.77 m (5 ka 10 in)
Posisi permainan Pertahanan
Maklumat kelab
Kelab terkini
Arsenal
Nombor 2
Kerjaya remaja
1992–1993 Frétin
1993–2003 Lille
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2003–2013 Lille 233 (16)
2013–2014 Newcastle United 43 (1)
2014– Arsenal 4 (0)
Pasukan kebangsaan
2011– Perancis 26 (2)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 16:00, 13 September 2014 (UTC)
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 4 September 2014 (UTC)

Mathieu Debuchy (lahir 28 Julai 1985) merupakan seorang pemain bola sepak Perancis yang bermain sebagai pertahanan untuk kelab Liga Perdana Arsenal. Dia selalunya bermain di posisi pertahanan kanan, tetapi memulakan karier beliau sebagai pemain tengah.

Dia menghabiskan sembilan musim setengah bersama Lille, memenangi Ligue 1 dan Piala Perancis pada musim 2010-2011. Dia menyertai Newcastle United pada Januari 2013, dan ditandatangani oleh Arsenal pada Julai 2014.

Debuchy membuat penampilan sulung bersama Pasukan kebangsaan Perancis pada tahun 2011. Sehingga kini, dia telah membuat 25 penampilan termasuk bermain ketika UEFA Euro 2012 dan Piala Dunia FIFA 2014.

Karier kelab

Newcastle United

Tujuh bulan selepas tawaran mereka gagal, kelab Inggeris Newcastle United menandatangani Debuchy dengan kontrak lima tahun setengah pada 4 Januari 2013, dengan yuran yang tidak didedahkan dilaporkan sekitar £5.5 juta.[2][3] Dia membuat penampilan sulung untuk Newcastle pada 12 Januari 2013 ketika menentang Norwich City.[4][5]

Arsenal

Debuchy bersama Arsenal pada tahun 2014

Debuchy berpindah ke satu lagi kelab Liga Perdana Arsenal pada 17 Julai 2014, menandatangani kontrak jangka panjang dengan yuran yang tidak didedahkan (dipercayai sekitar £12 juta[6]) dan diberi jersi bernombor 2.[7] Dia berkata "bermain sekali lagi dalam Liga Juara-Juara merupakan satu keterujaan besar buat saya dan saya akan buat yang terbaik untuk membantu Arsenal bersaing untuk trofi".[8]

Dia membuat penampilan sulung untuk Arsenal ketika kemenangan 3−0 mereka ke atas juara bertahan liga Manchester City dalam perlawanan Perisai Komuniti FA 2014 di Stadium Wembley pada 10 Ogos 2014.[9] Enam hari kemudian dia bermain dalam Liga Perdana sebagai pemain Arsenal buat pertama kali, percubaannya semasa masa kecederaan diselamatkan sebelum dijaringkan oleh Aaron Ramsey untuk kemenangan 2–1 di tempat sendiri menentang Crystal Palace.[10] Debuchy dibuang padang pada 27 Ogos ketika kemenangan Arsenal ke atas Beşiktaş dalam play-off Liga Juara-Juara.[11]

Pada 13 September 2014, Debuchy rosak ligamen pergelangan kaki ketika seri 2–2 dengan Manchester City. Dia diberikan oksigen dan diusung keluar dari padang.[12] Susulan pembedahan, dia akan terlepas tiga bulan.[13][14]

Karier antarabangsa

Debuchy dan Jordi Alba ketika suku akhir Euro 2012

Debuchy telah bermain untuk pasukan bawah-21. Pada 5 Ogos 2010, Debuchy dipanggil ke pasukan senior buat pertama kali oleh pengurus baru Laurent Blanc untuk perlawanan persahabatan menentang Norway pada 11 Ogos 2010 tetapi tidak memenangi kap pertamanya sehingga bulan November 2011. Dia menjaringkan gol pertamanya untuk Perancis ketika perlawanan persahabatan menentang Iceland di Valenciennes pada 27 Mei 2012.[15]

Blanc memilih Debuchy dalam skuad 23 pemain untuk UEFA Euro 2012 di Poland dan Ukraine pada 29 Mei 2012. Dia bermula sebagai pertahanan kanan Les Bleus dalam perlawanan pembukaan menentang England, membantu pasukannya untuk seri 1–1, di mana prestasinya telah dipuji sebagai "luar biasa"[16].[17] Dia bermain 90 minit penuh untuk Perancis ketika perlawanan kedua kumpulan ketika kemenangan 2–0 ke atas Ukraine pada 15 Jun,[18] dan bermain dalam baki perlawanan mereka sebelum disingkirkan Sepanyol di peringkat suku akhir.

Debuchy dinamakan Didier Deschamps dalam skuad Perancis untuk Piala Dunia FIFA 2014 di Brazil.[19] Dia bermain dalam semua perlawanan mereka ketika mereka layak ke suku akhir, kecuali ketika perlawanan terakhir peringkat kumpulan menentang Ecuador di mana Bacary Sagna bermain di tempatnya.

Statistik karier

Antarabangsa

Sehingga 4 Julai 2014[20]
Pasukan kebangsaan Perancis
Tahun Kmncln Gol
2011 2 0
2012 11 1
2013 5 1
2014 8 0
Jumlah 26 2

Gol antarabangsa

Sehingga 11 Oktober 2013
No. Tarikh Venue Lawan Skor Keputusan Pertandingan
1
27 Mei 2012 Stade du Hainaut, Valenciennes, Perancis  Iceland
1–2
3–2
Persahabatan
2
11 Oktober 2013 Parc des Princes, Paris, Perancis  Australia
5–0
6–0
Persahabatan

Kejayaan

Kelab

Lille
Arsenal

Individu

  • UNFP Ligue 1 Pasukan Tahunan: 2011–12

Rujukan

  1. ^ "Barclays Premier League Squad Numbers 2013/14". Premier League. 16 August 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-09-25. Dicapai pada 17 August 2013.
  2. ^ "Mathieu Debuchy: Newcastle sign France international". BBC Sport. British Broadcasting Corporation. 4 January 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-01-06. Dicapai pada 4 January 2013. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  3. ^ Anthony Marshall (4 January 2013). "Newcastle complete Debuchy signing". Newcastle United F.C. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-01-07. Dicapai pada 4 January 2013. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  4. ^ "Norwich v Newcastle: Debuchy Starts". Newcastle United F.C. 12 January 2013. Dicapai pada 12 January 2013. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  5. ^ Mandeep Sanghera (12 January 2013). "Norwich v Newcastle". BBC Sport. British Broadcasting Corporation. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-01-13. Dicapai pada 12 January 2013. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  6. ^ "Arsenal complete transfer of Mathieu Debuchy from Newcastle United for £12 million". The Telegraph. 17 July 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-07-19. Dicapai pada 17 July 2014.
  7. ^ "Arsenal complete Mathieu Debuchy signing". Arsenal. 17 July 2014. Dicapai pada 17 July 2014. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  8. ^ "Mathieu Debuchy: Defender joins Arsenal from Newcastle". BBC Sport. 17 July 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-07-17. Dicapai pada 17 July 2014. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  9. ^ "Arsenal beat City in Community Shield". ESPN FC. 10 August 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-08-12. Dicapai pada 10 August 2014. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  10. ^ Chowdhury, Saj (16 August 2014). "Arsenal 2-1 Crystal Palace". BBC Sport. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-08-16. Dicapai pada 16 August 2014. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  11. ^ McNulty, Phil (27 August 2014). "Arsenal 1-0 Besiktas". BBC Sport. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-08-29. Dicapai pada 28 August 2014. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  12. ^ "Mathieu Debuchy: Arsenal defender suffers ankle injury". BBC Sport. 13 September 2014. Dicapai pada 13 September 2014.
  13. ^ Orr, James (15 September 2014). "Mathieu Debuchy injury: Arsene Wenger says Hector Bellerin is now ready for first-team after revealing Debuchy is out for 'long period'". The Independent. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-09-16. Dicapai pada 19 September 2014. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  14. ^ "Mathieu Debuchy: Arsenal defender out for three months". BBC Sport. 22 September 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-09-20. Dicapai pada 4 October 2014. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  15. ^ "France 3 Iceland 2: Les Bleus come from behind to rescue victory". Mail Online. London: Daily Mail. 27 May 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-08-27. Dicapai pada 2014-10-20. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  16. ^ "England 1 France 1: Hodgson's men off the mark as Three Lions share draw with Group D heavyweights in opening match". Daily Mail. London: Daily Mail.
  17. ^ Winter, Henry (12 June 2012). "England up and running after 1-1 opening draw against France at Euro 2012 but work is needed". The Daily Telegraph. London. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  18. ^ Ian Ladyman (15 June 2012). "Ukraine 0 France 2: Les Bleus strike twice after lightning and thunderstorms halt clash". Mail Online. London: Daily Mail. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-08-31. Dicapai pada 2014-10-20. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  19. ^ "World Cup 2014: Samir Nasri and Gael Clichy not in France squad". BBC Sport. 3 June 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-06-15. Dicapai pada 17 July 2014. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  20. ^ (Inggeris) Debuchy Profil Mathieu Debuchy di National-Football-Teams.com

Pautan luar

  • Mathieu Debuchy French league stats at LFP.fr (Perancis)
  • Mathieu Debuchy di L'Équipe Football (Perancis)
  • Mathieu Debuchy – Rekod persaingan FIFA
  • Mathieu Debuchy – Rekod persaingan UEFA
  • Profil ESPN FC
  • l
  • b
  • s
Arsenal F.C. – skuad semasa

1 Ramsdale • 2 Saliba • 4 White • 5 Partey • 6 Gabriel • 7 Saka • 8 Ødegaard (k) • 9 Gabriel Jesus • 10 Smith Rowe • 11 Martinelli • 12 Timber • 14 Nketiah • 15 Kiwior • 17 Cédric • 18 Tomiyasu • 19 Trossard • 20 Jorginho • 21 Vieira • 22 Raya • 24 Nelson • 25 Elneny • 29 Havertz • 31 Hein • 35 Zinchenko • 41 Rice • Manager: Arteta

  • l
  • b
  • s
Skuad PerancisPiala Dunia FIFA 2014
Perancis
Persondata
Nama Debuchy, Mathieu
Nama alternatif
Pemerihalan ringkas Pemain bola sepak
Tarikh kelahiran 28 Julai 1985
Tempat kelahiran Fretin, Perancis
Tarikh kematian
Tempat kematian