Mentol lampu


Mentol lampu berpijar 230-volt, dengan dasar skru Edison 27 mm.
Lampu pijar dan filamennya yang sedang menyala.
Mentol yang ditembak dengan pistol udara, menampakkan seolah-olah mentol ini meletup.

Mentol lampu ialah sebuah sumber cahaya buatan. Ia merupakan lampu elektrik yang dibuat daripada kaca lut cahaya atau lut sinar sebagai balangnya dan terdapat dawai filamen di dalamnya yang akan mengeluarkan cahaya apabila arus elektrik dialirkan melaluinya. Filamen biasanya diperbuat daripada bahan tungsten. Filamen panas dilindungi daripada pengoksidaan oleh kaca atau kuarza yang diisi dengan gas lengai atau dikosongkan.

Ada beberapa jenis mentol lampu. Antara yang biasa digunakan di rumah-rumah kediaman adalah jenis lampu pijar (incandescent) dan lampu pendarfluor/kalimantang (flourescent). Mentol lampu pijar mengeluarkan cahaya kekuningan sementara lampu kalimantang biasanya putih. Ini adalah kerana faktor bahan gas yang digunakan di dalam balang kaca lampu tersebut. Mentol lampu jenis halida logam dan neon direkabentuk untuk mencerahkan kawasan yang luas, sementara mentol lampu berisikan gas halogen digunakan untuk lampu kenderaan.

Lampu pijar sangat tidak cekap berbanding kebanyakan jenis lampu elektrik lain; ia menukar tidak sampai 5% tenaga yang digunakannya menjadi cahaya tampak[1] (dengan tenaga selebihnya ditukar menjadi haba).

Galeri

  • Mentol lampu pijar
    Mentol lampu pijar
  • Mentol lampu Halogen
    Mentol lampu Halogen
  • Mentol lampu Halogen untuk kenderaan
    Mentol lampu Halogen untuk kenderaan
  • Lampu kalimantang
    Lampu kalimantang
  • Lampu kalimantang kompak
    Lampu kalimantang kompak
  • Lampu limpah kalimantang kompak
    Lampu limpah kalimantang kompak
  • Lampu neon untuk pengiklanan
    Lampu neon untuk pengiklanan

Rujukan

  1. ^ Keefe, T.J. (2007). "The Nature of Light". Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-06-12. Dicapai pada 2007-11-05.
Kawalan kewibawaan: Perpustakaan negara Sunting ini di Wikidata
  • Perancis (data)
  • Jerman
  • Israel
  • Amerika Syarikat
  • Jepun
  • Republik Czech