Mikhail Timofeyevich Kalashnikov

Mikhail Timofeyevich Kalashnikov
Михаил Тимофеевич Калашников
Kelahiran(1919-11-10)10 November 1919
Kuriya, Altai Krai, RSFSR
Meninggal dunia23 Disember 2013 (94 tahun)
Izhevsk, Udmurtia, Rusia
WarganegaraRusia
PekerjaanPereka Senjata Ringan, Leftenan Jeneral
Terkenal keranaPereka Senapang AK-47
PasanganEkaterina Kalashnikova[1]
Anak-anakVictor (Anak Lelaki), Nelly, Natasha,dan Elena (Anak Perempuan)[1]
Ibu bapaTimofey Aleksandrovich Kalashnikov, Aleksandra Frolovna Kalashnikova (née Kaverina)
AnugerahWira Kesatuan Soviet (dua)
Wira Pekerja Sosialis
Wira Persekutuan Rusia
Perintah St. Andrew
Hadiah Lenin
Hadiah Stalin
Hadiah Negeri Persekutuan Rusia
Perintah Merit untuk Tanah Air II

Leftenan Jeneral Mikhail Timofeyevich Kalashnikov (Bahasa Rusia: Михаил Тимофеевич Калашниковcode: ru is deprecated ) (10 November 1919 - 23 Disember 2013) adalah pereka pelbagai jenis senapang di Rusia.

Biografi

Dilahirkan dalam keluarga miskin di kampung Kurya, wilayah Altai, Siberia, Rusia. Kerjaya beliau dalam lapangan kejuruteraan di stesen kereta api yang membolehkan beliau menjadi mekanik yang hebat. Pada 1938, beliau menyertai pasukan Tentera Merah Soviet sebagai pemandu kereta kebal ketika Perang Patriotik Besar. Pada Oktober 1941 Kalashnikov cedera parah semasa dalam satu pertempuran. Sejak itu beliau merekacipta senjata semasa di hospital dan menyertai Institut Penerbangan Moscow.

Pada 1947, beliau merekacipta senjata Avtomat Kalashnikova model 1947 atau singkatannya AK-47/Kalashnikov. Pada 1949, senjata AK-47 digunakan secara meluas dalam Angkatan Tentera Soviet dan di kebanyakan peperangan di dunia. Sejak 1949, Mikhail Kalashnikov tinggal dan bekerja di bandar Izhevsk, Udmurtia. Pada 2004, beliau memperkenalkan minuman Vodka, sejenis arak.

Mikhail Kalashnikov diberi gelaran "Wira Pekerja Sosialis" oleh pemimpin Kesatuan Soviet. Pada 1998, beliau diberi anugerah "Perintah St. Andrew". Dalam Tentera Merah Soviet, beliau diberi pangkat Leftenan Jeneral. Pada hari ulangtahun kelahiran beliau yang ke-90, Presiden Rusia Dmitry Medvedev mengurniakan pingat Wira Persekutuan Rusia, diatas lahirnya 'satu jenama yang boleh dibanggai oleh seluruh warga Rusia'. Kemudian beliau mendapat "Doktor Sains Teknikal". Beliau dilaporkan dihantar ke hospital di hospital terletak di Izhevsk dan meninggal dunia selepas kurang sihat yang berpanjangan.

Rujukan

  1. ^ a b "Калашников Михаил Тимофеевич". weaponplace.ru.

Lihat juga

  • Biography Diarkibkan 2006-08-15 di Wayback Machine
  • (Jerman) Biography[pautan mati kekal]
  • 'I sleep soundly' - Interview with and article on Mikhail Kalashnikov at the age of 83, from The Guardian newspaper.
  • The Biography of the Main Gun Designer Mikhail Timofeevich Kalashnikov
  • Automat Kalaschnikow film documented the man and his machine
  • Mikhail Kalashnikov backs weapons control
  • BBC NEWS Profile: Mikhail Kalashnikov