Muzik Zaman Baru

Zaman Baru
Maklumat am
Asalan gayaMuzik klasikal
Muzik elektronik
Musique concrète
Rock progresif
Rock psikedelik
Muzik dunia
Krautrock
Muzik avant-garde
Muzik rakyat tradisional
Muzik ambien
Minimalisme
Asalan budayaEropah akhir 1960-an
Asal usulAmerika Syarikat, Eropah Sunting ini di Wikidata
Dicipta1960 Sunting ini di Wikidata
Alat muzik tipikalpiano, papan nada, sampler, penjujuk, komputer, alat tali, bunyi sekitar (kicauan burung, lenguhan ikan paus, percikan air terjun dsb.), alat muzik tradisional, gitar kapuk, seruling, hap, sitar, tambura, tabla, organ, kesan studio
Sebahagian daripadamuzik popular Sunting ini di Wikidata
Subgenre
Genre lakuran
celtic fusion, puisi simfoni, biomuzik
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Muzik Zaman Baru (bahasa Inggeris: New Agecode: en is deprecated ) ialah pelbagai jenis muzik tenang yang bertujuan menghasilkan inspirasi, ketenangan, dan perasaan positif. Muzik ini didengari ketika menjalankan aktiviti yoga, urut, inspirasi, santai, meditasi, dan pembacaan sebagai cara menangani tekanan[1] atau menimbulkan suasana damai di rumah atau mana-mana suasana yang dikaitkan dengan environmentalisme dan pergerakan rohani Zaman Baru.

Secara amnya, harmoni dalam muzik Zaman Baru berbunyi modus, konsonan, atau menerapkan bes yang mendengung. Selalunya, melodinya berulang-ulang agar menghasilkan suasana memukau. Adakalanya, rakaman bunyi alam diterapkan sebagai pembuka lagu ataupun didengarkan sepanjang lagu. Selalu ada lagu-lagu bermuzik sedemikian yang panjangnya mencecah 30 minit.

Takrifan

Muzik Zaman Baru ditakrifkan khususnya kerana suasana yang dihasilkan dan tidak semestinya alat-alat muzik yang digunakan, baik elektronik mahupun akustik atau kedua-duanya dicampur sekali. Artis-artis Zaman Baru baik solo mahupun berkumpulan bermain alat muzik Barat seperti piano, gitar akustik, seruling, hap dan lain-lain lagi, apatah lagi alat muzik elektronik, di samping alat muzik Timur seperti sitar, tambura, tabla; dan macam-macam lagi alat muzik dari merata dunia, diiringi suara manusia yang menyanyi beraneka bahasa seluruh dunia.

Sesetengah artis Zaman Baru terang-terang memeluk kepercayaan Zaman Baru, manakala ada pemuzik lain seumpamanya yang menegaskan muzik mereka bukanlah bergelar "Zaman Baru", walaupun karya mereka dilabelkan sedemikian oleh pihak syarikat rakaman, peruncit muzik mahupun penyiar radio.

Muzik Zaman Baru sering ditindankan dengan unsur-unsur muzik ambien, electronica, muzik dunia, chillout, spacemusic dan sebagainya. Terdapat dua takrifan yang sering dipakai untuk menghuraikan muzik Zaman Baru, iaitu:

  • Muzik Zaman Baru berbunyi ambien yang terang-terang bertujuan membantu proses meditasi dan bersantai, ataupun membolehkan bermacam-macam amalan rohani alternatif seperti penyembuhan takafur, pemeriksaan cakera dan sebagainya. Penyokong definisi ini kebanyakannya merupakan pemuzik yang menyampaikan irama mereka terutamanya untuk tujuan ini.[2] Artis-artis terkenal yang mendendangkan muzik Zaman Baru khususnya untuk membantu penyembuhan atau meditasi termasuklah Aeoliah, Deuter, dan Steven Halpern.
  • Muzik yang ditemui di bahagian "New Age" di kedai muzik.[2] Takrifan ini seolah-olah berbentuk amali, kerana bidang muzik digolongkan sebagai "zaman baru" oleh peruncit yang selalunya kurang berminat terhadap perbezaan halus antara corak muzik berbanding peminat corak muzik sedemikian. Muzik yang tergolong dalam takrifan ini selalunya digolongkan dalam genre-genre muzik yang biasa, tetapi selalunya merangkumi genre muzik tertentu seperti Worldbeat dan Flamenco. Beraneka ragam pemuzik seperti George Winston, Dean Evenson, Will Ackerman, Ray Lynch, Suzanne Ciani, Jim Brickman, Enya, B-Tribe, GregZ, Deep Forest, Jean Michel Jarre, Tangerine Dream, Enigma, Jean Ven Robert Hal, Kitaro, Yanni, Oscar Lopez, Vangelis, Mike Oldfield dan Steve Roach selalunya digolongkan sebagai artis Zaman Baru walaupun gaya muzik mereka tidak hampir memadani takrifan muzik Zaman Baru yang sebetulnya. Muzik Zaman Baru rohaniah turut tergolong.

Senarai rujukan

  1. ^ Lehrer, Paul M. (2007). Principles and Practice of Stress Management, Third Edition. m/s. 46–47. ISBN 159385000X. Unknown parameter |coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan)
  2. ^ a b Steven Halpern, New Age Voice Magazine, June 1999 issue

Pautan luar

  • Live365 Internet Radio New Age Music
  • New Age Music? What is it? Diarkibkan 2007-01-08 di Wayback Machine Rencana Muzik Zaman Baru oleh Paul Adams
  • Discography of New Age, Electronic, and Ambient Music
  • New Age music radio
  • New Age music by Mystica Music
  • New Age Music Enters The Mainstream Rencana mengenai muzik Zaman Baru

Templat:New Age Movement