Nilai kekeluargaan

Nilai kekeluargaan merujuk kepada nilai kebudayaan atau tradisional berkait dengan struktur, fungsi, peranan dan pemikiran serta pendapat berkenaan sistem keluarga. Dalam politik, konsep familisme berkaitan ialah sejenis ideologi yang memberi keutamaan terhadap keluarga dan nilai bersangkutan.[1] Fahaman ini mendukung sistem kebajikan di mana keluarga bertanggungjawab terhadap kebajikan ahli-ahlinya berbanding pemerintah.[1]

Dalam sains sosial dan wacana politik Amerika, istilah "keluarga tradisional" merujuk kepada keluarga nuklear— persekitaran pembesaran anak yang terdiri daripada bapa pencari rezeki, ibu suri rumah dan keturunan biologikal mereka. Keluarga selain model ini dianggap sebagai keluarga bukan tradisional. Walau bagaimanapun, dalam kebanyakan budaya sepanjang masa, model keluarga lanjutan adalah yang paling biasa berbanding bukan keluarga nuklear,[2] dan keluarga nuklear menjadi lazim di Amerika sejak 1960-an.[3]

Dalam agama

Sastera akademik melihat bahawa keluarga dianggap sebagai asas utama masyarakat dan budaya Islam; struktur keluarga dan sifat hubungan antara ahli keluarga dipengaruhi oleh agama Islam.[4] Di Arab Saudi, perkahwinan menandakan penyatuan dua keluarga, bukan hanya dua individu.[5] Dalam masyarakat Islam, perkahwinan melibatkan kontrak sosial yang berlaku dengan persetujuan ibu bapa atau penjaga. Tambahan pula, perkahwinan dianggap satu-satunya jalan sah keinginan seksual, dan seks di luar perkahwinan (zina) adalah jenayah yang dihukum dalam undang-undang Islam.[6] Pandangan tentang perkahwinan ini serupa dengan pandangan Kristian Barat tentang perkahwinan yang terbit di Perancis pada abad ke-12, yang menjanjikan salvasi, seks tanpa dosa, dan banyak lagi.[7]

Rujukan

  1. ^ a b Emiko Ochiai, Leo Aoi Hosoya (2014). Transformation of the Intimate and the Public in Asian Modernity. The Intimate and the Public in Asian and Global Perspectives. BRILL. m/s. 20–1. ISBN 9789004264359.
  2. ^ "Parenting Myths And Facts". Npr.org. Dicapai pada 4 Januari 2019.
  3. ^ "History of Nuclear Families". Bebusinessed.com. 3 Januari 2017. Dicapai pada 4 Januari 2019.
  4. ^ Mutair, A; Plummer, V; O'Brien, A; Clerehan, R (2014). "Providing culturally congruent care for Saudi patients and their families". Contemporary Nurse. 46 (2): 254–258. doi:10.5172/conu.2014.46.2.254. PMID 24787260. S2CID 20386177.
  5. ^ Khalaf, I; Callister, L (1997). "Cultural meanings of childbirth: Muslim women living in Jordan". Journal of Holistic Nursing. 4 (15): 373–388. doi:10.1177/089801019701500405. PMID 9397746. S2CID 40338008.
  6. ^ Lemu, A; Heeren, F (1992). Women in Islam. Leicester, England: The Islamic Foundation.
  7. ^ McDougall, Sara (2013). "The Making of Marriage in Medieval France". Journal of Family History. 38 (2): 103–121. doi:10.1177/0363199013484680. S2CID 143759807.